LEE KIAN YIN's Aktiviti 4 - OpenLearning

1. Bagaimanakah kandungan buku-buku teks dapat memupuk hubungan etnik?


   Buku-buku teks mengandungi pelbagai topik tentang hubungan etnik. Perpaduan adalah salah satu topik yang amat penting. Perpaduan dalam kalangan pelbagai etnik di negara kita haruslah dikekalkan untuk menjamin keselamatan negara agar kemerdekaan yang kita kecapi sekarang ini berkekalan .Hal ini adalah untuk mengelakkan berulangnya perkara yang tidak diingini seperti rusuhan kaum pada 13 mei 1969 yang telah berlaku di negara kita. Kesan daripada rusuhan ini kita dapat lihat betapa ramai masyarakat negara kita yang mati dalam peristiwa berdarah ini. Oleh itu, perpaduan penting agar kejadian yang sama tidak akan berulang. Dalam nada yang sama kita akan dapat mengekalkan kestabilan politik jika kejadian rusuhan kaum ini dapat dielakkan oleh semua anggota masyarakat yang memiliki semangat nasionalisme dan patriotik yang tinggi.

2. Industri hiburan sebagai mekanisme pemupukan jalinan hubungan dalam kalangan masyarakat pelbagai budaya di Malaysia.


Hiburan ialah peristiwa, persembahan, atau kegiatan yang direka bentuk untuk memberi nikmat kepada penonton, walaupun contohnya untuk permainan komputer, "penonton" mungkin hanya seorang sahaja. Para penonton boleh menyertai hiburan secara pasif, umpamanya menonton opera, atau secara aktif seperti dalam permainan komputer. Industri yang membekalkan hiburan digelarkan industri hiburan. Tayangan juga merupakan salah satu hiburan yang sangat disukai oleh remaja. Ia dibekalkan kepada orang ramai tanpa mengira kaum, bangsa mahupun budaya.

3. Apresiasi seni (seni lakon, seni tampak, seni suara, seni reka, dll) dalam masyarakat pelbagai kaum.


Apresiasi di definisikan sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis atau kepandaian tukang mengenai hasil-hasil seni mereka, faktor yang mempengaruhi mereka, cara mereka bekerja, bagaimana mereka memilih tema “subject matter”serta gaya dan stail tertentu mereka. Semuanya ini berkait rapat dengan aspek pemahaman mereka dari aspek-aspek kognitif. Apresiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa atau sentuh dan deria pandang. Karya seni seperti catan, lukisan, cetakan dipandang sementara arca dan binaan di sentuh. Apresiasi seni secara aktif melibatkan penggunaan bahasa untuk berkomunikasi dengan orang lain apa yang difikirkan dan dirasakan. Contohnya, seni reka dipaparkan untuk dinikmati oleh orang ramai tanpa mengira kekauman.

4. Apakah kawalan-kawalan yang diperlukan dalam memupuk perpaduan kaum di Malaysia?


Unsur-unsur pelbagai kaum dan kebudayaan di Malaysia yang sebenarnya merupakan satu sumber kekuatan bukannya kelemahan, akan dijalinkan untuk membina sebuah negara yang bersatupadu dan teguh. Tumpuan usaha-usaha perpaduan negara ialah untuk memupuk semangat kebangsaan. Rakyat Malaysia perlu menanamkan rasa cinta dan bangga terhadap negara serta sentiasa berpandu kepada Rukunegara. Keadaan masyarakat yang berbilang kaum yang terdapat dalam negara yang muda terus menjadi cabaran besar kepada semua rakyat untuk ikut serta dalam usaha membentuk sebuah masyarakat yang hidup dalam sebuah negara yang kukuh serta rakyatnya mengamalkan nilai-nilai positif seperti berdikari, rajin berusaha, keteguhan moral dan jujur. Negara perlu meneruskan usaha-usaha ke arah memperkukuhkan perpaduan negara supaya tidak munculnya golongan yang mempunyai kepentingan peribadi dan pendapat-pendapat serta nilai-nilai yang melampau yang boleh menghalang usaha-usaha membina negara.

5. Orientasi parti politik yang ada sekarang lebih cenderung ke arah polarisasi kaum atau perpaduan?


Orientasi parti politik sekarang lebih cenderung ke arah perpaduan. Kepelbagaian budaya dalam negara Malaysia seharusnya tidak menimbulkan masalah perkauman. Setiap kaum ataupun etnik perlu tahu dan memainkn peranan mereka dalam memastikan konflik perkauman seperti peristiwa 13 Mei berulang semula. Perpaduan kaum ini amatlah penting bagi menyumbang ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020.Sehubungan dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.

6. Orientasi Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang ada sekarang lebig cenderung ke arah polarisasi kaum atau perpaduan?


Orientasi Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) sekarang lebih cenderung ke arah polarisasi kaum. Polarisasi bermaksud sikap perkauman, yang menjadi asas masalah utama perpaduan antara kaum atau etnik berbilang bangsa di nagara ini. Unsur-unsur perkauman ini lebih ketara apabila dibandingkan dengan kesanggupan bagi mencapai integrasi nasional. Dua pertubuhan Cina yang bertindak menjaga kepentingan pendidikan etnik itu kerap kali ‘panas punggung’ apabila isu-isu pendidikan Cina diketengahkan seperti cadangan ditutup sekolah jenis kebangsaan atau digabungkan sekolah berkenaan dengan sekolah wawasan. Kesedaran orang Melayu terhadap hak dan kepentingan mereka telah merealisasikan penubuhan Majlis Perundingan Melayu (MPM) yang menggabungkan 76 pertubuhan bukan kerajaan Melayu. Sokongan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir kepada Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) menunjukkan NGO semakin penting dan kritikal dalam memelihara kepentingan etnik Melayu.

7. Permainan tradisional masyarakat Malaysia sebagai warisan dan wadah memupuk persafahaman antara pelbagai etnik.


Pemainan tradisional masyarakat di Malaysia perlu dikekalkan. Antara permainan tradisi masyarakat Malaysia termasuklah sepak raga, congkak, gasing, wau, catur cina, silambam dan sebagainya. Permainan ini biasanya dimainkan secara berkumpulan dan memerlukan sikap bekerjasama dan saling membantu. Permainan tradisional diwarisi ole ibu bapa kepada anaknya atau cucunya dan akan diwariskan selama-lamanya. Permainan boleh dibelajar antara pelajar dalam sekolah. Dengan itu, persefahaman antara pelbagai etnik pada dipupuk.

Comments

Chat