Faris Naqib UKM's Aktiviti 4 - OpenLearning

1. Bagaimanakah kandungan buku-buku teks dapat memupuk hubungan etnik?


Melalui pendedahan terhadap setiap etnik di Malaysia . Setiap etnik di Malaysia di terangkan dengan lebih jelas lagi di dalam buku-buku teks dari segi budaya , adat dan amalan etnik-etnik di Malaysia supaya rakyat di Malaysia ini lebih mengenali setiap etnik yang wujud di bumi Malaysia.

2. Industri hiburan sebagai mekanisme pemupukan jalinan hubungan dalam kalangan masyarakat pelbagai budaya di Malaysia.


Saya setuju kerana masyarakat zaman sekarang lebih tertumpu kepada hiburan . Contohnya , dengan mengadakan konsert , masyarakat pelbagai budaya dapat berkumpul di satu tempat yang sama bersama-sama secara tidak langsung dapat memupuk hubungan antara masyarakat pelbagai budaya .

3. Apresiasi seni (seni lakon, seni tampak, seni suara, seni reka, dll) dalam masyarakat pelbagai kaum.


Dengan adanya apresiasi seni dalam masyarakat pelbagai kaum , semua kaum di Malaysia ini dapat berkumpul di bawah satu bumbung ataupun berkumpul bersama-sama untuk menjayakan sesuatu seni lakon atau sebagainya . Dengan itu , pelbagai kaum dapat bersatu padu dan bekerjasama antara satu sama lain.

4. Apakah kawalan-kawalan yang diperlukan dalam memupuk perpaduan kaum di Malaysia?


Kawalan yang diperlukan dalam memupuk perpaduan kaum di Malaysia ialah perlu mengawal daripada mengeluarkan kata-kata yang berbaur perkauman. Setiap perkataan yang dikeluarkan untuk menyatakan sesuatu tentang satu-satu kaum itu perlulah difikirkan terlebih dahulu supaya tidak menyinggung perasaan ataupun menyebabkan berlakunya isu perkauman.

5. Orientasi parti politik yang ada sekarang lebih cenderung ke arah polarisasi kaum atau perpaduan?


Terus terang saya katakan orientasi parti politik lebih cenderung ke arah polarisasi kaum di mana ada sesetengah parti politik hanya ingin satu kaum sahaja yang mendapatkan keuntungan manakala kaum yang lain ditindas . Ini sama sekali perlu dielakkan kerana sepatutnya parti politik perlu lebih cenderung ke arah perpaduan antara kaum.

6. Orientasi Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang ada sekarang lebig cenderung ke arah polarisasi kaum atau perpaduan?


Orientasi Organisasi Bukan Kerajaan(NGO) yang ada sekarang lebih cenderung ke arah perpaduan bagi saya kerana mereka tidak hanya menumpukan kepada satu-satu kaum sahaja tetapi melibatkan pelbagai kaum di Malaysia ini. Banyak NGO di Malaysia ini melakukan kerja-kerja amal yang membantu memupuk perpaduan di Malaysia yang sejajar dengan konsep 1Malaysia dan juga program-program yang dijalankan oleh NGO-NGO di Malaysia contohnya kempen derma darah dapat memupuk perpaduan antara kaum di mana tidak kira melayu , cina atau india boleh menderma darah.

7. Permainan tradisional masyarakat Malaysia sebagai warisan dan wadah memupuk persafahaman antara pelbagai etnik.


Saya setuju di mana permainan tradisional masyarakat Malaysia sebagai warisan dan wadah memupuk persefahaman antara pelbagai etnik di mana dengan permainan tradisional bukan sahaja persefahaman dapat dipupuk tetapi perpaduan juga dapat dipupuk. Contohnya , permainan tradisional gasing bukan sahaja orang melayu yang boleh bermain tetapi kaum lain juga boleh bermain bersama dan dengan itu ia dapat memupuk persefahaman antara satu sama lain.

Comments

Chat