SEGREGASI
http://www.youtube.com/watch?v=V_1AP-b5wzM
Segregasi merupakan pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara. Pemisahan ini berlaku dalam beberapa keadaan, antaranya dari segi tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam. Segregasi wujud sama ada didasari oleh undang-undang atau sebaliknya seperti Dasar Aparteid di Afrika Selatan yang dilaksanakan antara tahun 1948-1994. Dalam video ini, ia menunjukkan segregasi antara kaum di mana masyarakat melayu, india dan cina mempunyai pekerjaan yang berbeza mengikut etnik masing-masing pada suatu masa dahulu.
INTEGRASI
http://www.youtube.com/watch?v=1-St1oEPgWk
Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik. Dalam video ini, semangat nasionalisme dapat menyatukan masyarakat dan mengukuhkan keharmonian dalam kalangan pelbagai etnik.
Saling Kebergantungan
http://www.youtube.com/watch?v=gKDkC_QeqKk
Video ini menjelaskan bahawa kita bebas berkawan tidak kira bangsa, agama dan budaya. Sikap tolong menolong walaupun berlainan etnik menggambarkan antara kita saling kebergantungan.