1. Bagaimanakah kandungan buku-buku teks dapat memupuk hubungan etnik?
Pada pendapat saya, kandungan buku-buku teks dapat memupuk hubungan etnik terutama ketika sesi pembelajaran dan pengajaran(P&P) di dalam kelas bukan sahaja di peringkat rendah seperti sekolah menengah, malah juga di peringkat lebih tinggi seperti di IPTA dan IPTS. Sebagai contoh, kandungan buku teks sejarah dalam alam persekolah menengah yang menceritakan segala sejarah yang berlaku di Malaysia suatu ketika dahulu yang mempunyai perkaitan dengan sejarah hubungan etnik pelbagai kaum di Malaysia. Hal demikian menyebabkan para pelajar dapat mengenal sejarah pembentukan hubungan etnik dari awalnya sehingga kini disamping dapt memupuk hubungan etnik semasa mempelajarinya di sekolah. Selain itu, kandungan buku teks itu juga dapat memberi kesedaran kepada pelajar akan penat lelah pemimpin terdahulu dalam menyatukan etnik berbilang kaum di Malaysia seterusnya menyebabkan para pelajar akan menghargainya dan sentiasa akan menjaga hubungan baik walaupun berlainan etnik.
2. Industri hiburan sebagai mekanisme pemupukan jalinan hubungan dalam kalangan masyarakat pelbagai budaya di Malaysia.
Industri hiburan merupakan industri yang sedang bergerak dalam media dan penyiaran kini dilihat semakin meluas. Industri hiburan meliputi pelbagai bidang iaitu bidang muzik, lakonan, nyayian, media massa dan sebagainya merupakan elemen-elemen berunsur subjektif yang mampu dihayati oleh seluruh lapisan masyarakat pelbagai budaya di Malaysia. Di Malaysia, filem-filem dan drama tempatan juga sedikit sebanyak turut memainkan peranan sebagai suatu alat propaganda yang amat berkesan dalam mencorakkan persepsi, nilai atau pandangan seseorang. Antaranya ialah filem tempatan mengisahkan keperwiraan tokoh-tokoh perjuangan kemerdekaan menunjukkan suatu usaha yang baik dan wajar digalakkan. Walau bagaimanapun, dari segi jumlahnya adalah masih sedikit. Justeru itu, pengusaha filem tempatan yang mengadaptasikan cerita-cerita berunsurkan patriotisme atau menggalakkan pemupukan jalinan hubungan masyarakat antara kaum. Melalui karya seni, dapat diselitkan mesej, semangat atau citra bangsa untuk disampaikan kepada golongan sasaran. Dalam erti kata lain, bagaimana penggiat hiburan menghasilkan sesuatu karya yang di dalamnya ada mesej, misalnya menggalakkan perpaduan dan jalinan hubungan antara kaum, dalam bentuk yang menghiburkan.
3. Apresiasi seni (seni lakon, seni tampak, seni suara, seni reka, dll) dalam masyarakat pelbagai kaum.
Dalam konteks masyarakat pelbagai kaum di Malaysia, apresiasi seni seperti seni lakon, seni tampak, seni suara dan sebagainya dikatakan dapat memupuk jalinan hubungan yang baik dan erat. Hal ini demikian kerana ia dapat meningkakan keupayaan berkomunikasi secara lisan, pernyataan tampak, penulisan mengenai produk, dan meningkatkan kualiti sahsiah kendiri dan profesionalisma dalam hubungan pelbagai etnik. Apresiasi seni dapat memupuk hubungan etnik, contohnya dalam seni lakon. Dalam sesuatu filem atau drama Melayu, terdapat sebilangan para pelakon yang terdiri dari etnik lain seperti Cina dan India. Hal ini dapat membuktikan bahawa apresiasi seni mampu memupuk masyarakat Malaysia untuk bekerjasama walaupun mereka terdiri dari etnik dan kaum yang berbeza.
4. Apakah kawalan-kawalan yang diperlukan dalam memupuk perpaduan kaum di Malaysia?
Kawalan-kawalan yang diperlukan dalam memupuk perpaduan kaum di Malaysia meliputi pelbagai pihak dan aspek dalam memastikan jalinan hubungan etnik terus mekar dan perpecahan dapat dielakkan. Sebagai contoh, kawalan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan iaitu memperkenalkan konsep dan Gagasan 1 Malaysia. Gagasan 1 Malaysia bertujuan memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara rakyat pelbagai kaum di negara ini sebagai senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran, yang bertujuan menggugat kesejahteraan hidup mereka. Selain itu, kawalan-kawalan oleh pihak masyarakat itu sendiri. Dalam konteks ini, nilai, sikap, etika yang positif sangat ditekankan dalam hubungan multietnik seperti sikap tolerasi, hormat menghormati, tolong-menolong, dan berfikiran terbuka yang perlu ditanam dalam diri setiap etnik. Jika ia diamalkan secara terus, sekaligus ia dapat memupuk hubungan etnik dan perpaduan kaum di Malaysia.
5. Orientasi parti politik yang ada sekarang lebih cenderung ke arah polarisasi kaum atau perpaduan?
Pada pandangan saya, orientasi parti politik yang ada sekarang lebih cenderung ke arah perpaduan kaum. Hal ini dapat dibuktikan dalam usaha perpaduan kaum oleh pihak kerajaan sendiri iaitu dengan memperkenalkan konsep atau Gagasan 1Malaysia. Gagasan 1Malaysia menurut penjelasan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak: “Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita. Melalui Gagasan 1Malaysia, YAB Perdana Menteri mahukan setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum-kaum lain. Pendekatan mendekati rakyat, memahami masalah mereka dan bersikap mesra rakyat adalah perkara utama ditekankan oleh YAB Perdana Menteri kepada kepimpinan parti dan perkhidmatan awam tanpa mengira etnik di Negara ini.
6. Orientasi Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang ada sekarang lebig cenderung ke arah polarisasi kaum atau perpaduan?
Pada pandangan saya, Orientasi Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang ada sekarang lebih cenderung ke arah polarisasi kaum. Hal ini demikian kerana orientasi NGO masa kini lebih cenderung dan tertumpu kepada polarisasi kaum di sesebuah kawasan dan tempat. Sebagai contoh, aktiviti ekonomi seperti perniagaan di Bandar-bandar besar lebih didominasi oleh etnik Cina dan pada umumnya, orientasi tersebut ke arah polarisasi kaum dan etnik itu sendiri.
7. Permainan tradisional masyarakat Malaysia sebagai warisan dan wadah memupuk persafahaman antara pelbagai etnik.
Masyarakat berbilang etnik di Malaysia mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada pelbagai keturunan. Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang masyarakat masing-masing iaitu warisan dan mampu menjadi wadah persefahaman dan perpaduan antara pelbagai etnik. Antara contoh permainan tradisional orang Melayu ialah permainan congkak, batu seremban dan sepak raga, orang Cina dengan permainan Mahjong dan Go, orang India dengan permainan Chaturanga dan Kabadi. Permainan tradisional ini mampu menjadi wadah persefahaman multietnik apabila ia dapat diterima oleh pelbagai etnik serta dimain secara berkumpulan yang ramai. Sebagai contoh, masyarakat Cina yang gemar akan permainan batu seremban dan congkak serta masyarakat Melayu yang gemar bermain Chaturanga. Hal demikian secara tidak langsung dapat memupuk perpaduan kaum terutama sejak kecil lagi dan akan berterusan sampai bila-bila walaupun hubungan tersebut bermula dari wadah yang mudah iaitu permainan tradisional.