ILY AYUNI BINTI ABD RAZAK's Aktiviti Tamadun India : Sub Topik 2 - OpenLearning
)Karya sastera India mula mempengaruhi di alam Melayu sejak abad yang ke-7, epik Mahabrata dan Ramayana menjadi panduan kepada semua lapisan masyarakat terutama golongan istana dan rakyat biasa.Dari segi bahasa, kita masih dapat melihat bahasa Sanskrit atau perkataan Sanskrit dan Tamil digunakan dalam bahasa Melayu.Ia juga memberi pengaruh yang besar dengan memperkayakan sastera Melayu.Pelbagai adat resam dan budaya India dalam majlis perkahwinan juga mempengaruhi dalam masyarakat Melayu.Dua contoh karya sastera Melayu yang menerima pengaruh daripada epik Ramayana dan Mahabharata;Hikayat Seri Rama dan Hikayat Pendawa Lima.
 
Tiga faktor mengapa epik Ramayana dan Mahabharata mempengaruhi penulisan sastera Melayu zaman itu:
1)Teks Ramayana dan Mahabharata adalah kitab suci bagi agama Hindu. Teks ini disebarkan sebagai kitab agama yang dianuti oleh orang Melayu ketika itu. Bagaimanapun teks ini hanya tersebar di kalangan elit, bangsawan istana. Orang melayu biasa tidak berminat menganut agama Hindu.
Penyebaran teks Pendawa Lima dan Hikayat Seri Rama disokong oleh golongan istana kerana isi teks yang mengagongkan golongan raja-raja. Golongan raja dianggap sebagai penjelmaan dewa-dewi dalam agama Hindu. Raja-raja mesti ditaati, tidak boleh diderhakai.
 
2)Teks Pendawa Lima dan Seri Rama memaparkan banyak peristiwa luarbiasa dan unsur-unsur seperti percintaan, pengembaraan, penyamaran dan peperangan. Tema-tema ini sememangnya mampu menarik hati ahli masyarakat yang mudah terpegun dengan kecantikan wirawati atau puteri-puteri raja dan kepahlawanan para wiranya.
 
3)Penyebaran teks Seri Rama dan Pendawa Lima juga disebarkan menerusi genre sastera Panji dan Lipurlara. Cerita hikayat dan cerita Panji juga disebarkan menerusi permainan wayang kulit dan juga menora di kalangan masyarakat Melayu Jawa dan Kelantan. Dalam versi wayang kulit, penggunaan bahasa berirama dan kepandaian tukang cerita disamping penggunaan alat muzik telah mendorong menyebarluaskan cerita tersebut.
 
Perkembangan kesusasteraan Melayu di Nusantara kuat dipengaruhi oleh karya-karya dalam bahasa Sanskrit, khususnya dua epic Hindu, iaitu Ramayana dan Mahabharata serta Puranas.
Mereka memberikan sumbangan kepada unsur mitos yang terdapat dalam kesusasteraan klasik kuno di Asia Tenggara. Pada peringkat awal, pengaruh kesusasteraan India (dalam bahasa Sanskrit)dapat dilihat dalam bentuk puisi atau prosa jawa, contohnya Nagarakertagamadan Kunjarkarna
 
ii)Karya sastera India atau Tamil memang banyak digunapakai dalam kehidupan harian.Dari segi pendidikan, kokurikulum menyediakan teks dan bahan karya sebagai mata pelajaran bagi mereka. segi pendidikan pula wujud teks-teks pembelajaran dan juga panduan bahasa iaitu atucara bahasa dan panduan hidup. Manakala dari segi kurikulum, wujud unsur sastera karya tamil. Tolkappiyam adalah panduan bahasa untuk memberi tunjuk ajar cara guna bahasa yang betul.Tirukkural adalah panduan hidup kepada masyarakat India supaya mengetahui cara hidup dan sumbangan alam ini.Kokurikulum yang disediakan juga berunsur karya Tamil.Kita dapat dilihat semasa majlis perkahwinan, pengantin akan naik pelamin dan meminta restu. Dari Dalam bidang kesenian seperti tarian dan pembinaan kuil  menunjukan keharmonian dan kemakmura

Comments

Chat