Karya kesusasteraan India mula mempengaruhi penghasilan karya dalam bahasa Melayu sejak abad yang ke 7 semasa penjajahan Srivijaya. Dua karya sastera India yang teragung iaitu Epik Mahabrata dan Ramayana berjaya mempengaruhi karya sastera Melayu dari segi penggunaan bahasa Sankrit contohnya perkataan maha, agama, durhaka dan neraka. Karya sastera ini menjadi panduan bagi golongan bangsawan dan juga golongan biasa. Karya-karya berunsur Hindu yang ditulis oleh oleh para pendeta itu terperap di istana. Bahasa Sanskrit telah menjadi bahasa pengucapan utama di rantau itu dan kekal sebagai bahasa intelektual bermula sejak awal kurun masihi dan berlanjutan sehingga zaman kedatangan Islam pada abad ke-13. Epik-epik ini memperkaya hasil sastera Melayu. Sehubungan ini, karya sastera India turut memberi kesan terhadap adat resam dan budaya orang Melayu contohnya dalam majlis perkahwinan di mana masyarakat Melayu juga mengamalkan upacara menaik pelamin dan memberi restu dengan beras kunyit.
ii) Agama Hindu masih diamalkan oleh kebanyakan penduduk dunia pada hari ini. Masyarakat India di Malaysia pada hari ini menggunapakai karya kesusasteraan India dalam pelbagai aspek kehidupan, contohnya dalam pendidikan, kurikulum, kesenian dan lain-lain. Dalam bidang kurikulum di sekolah Tamil dan juga institusi pendidikan tinggi, bahan atau karya India digunakan. Misalnya, penggunaan perkataan Sanskrit dalam bidang pendidikan. Contohnya, perkataan neraka, durhaka dan maha. Tarian dan unsur seni India juga mengandungi unsur-unsur sastera India. Teknologi pembinaan seperti Stupa di Sanchi, the Great Bath, kuil, pagoda dan candi merupakan warisan yang dikagumi. Seni bina ini telah menjadi tapak pelancongan hari ini. Karya sastera India turut memberi kesan terhadap adat resam dan budaya orang Melayu. Epik-epik India seperti Mahabharata dan Ramayana masih dijadikan sebagai rujukan pada hari ini. Contohnya, semasa majlis perkahwinan masyarakat Melayu mengamalkan upacara menaik pelamin dan memberi restu dengan beras kunyit.