1. Apakah tiga aspek yang memainkan peranan penting dalam proses membina kesepaduan antara etnik?
1. Memahami kepelbagaian pengalaman harian yang dapat menyatukan pelbagai etnik. 2. Memelihara nilai kepelbagaian sebagai teras kesepaduan sosial. 3. Memperkukuh jati diri melalui kepelbagaian pengalaman harian etnik.
2. Aspek kepelbagaian makanan memberikan ruang kepada pembentukan .............
mengeratkan ikatan perpaduan dan sebagai satu daripada produk yang menarik dalam industri pelancongan di peringkat tempatan dan antarabangsa.
3. Apakah dua jenis ruang sosial makanan?
1. Ruang Awam Tidak berkaitan dengan acara keagamaan atau kepercayaaan tetapi ada kalanya boleh berkaitan dengan acara keraian keagamaan. Contoh: Perayaan yang boleh dikongsi bersama. 2. Ruang Bukan Awam Berkaitan dengan acara keagamaan atau kepercayaan. Contoh: Makanan larangan berkaitan dengan acara tertentu dalam meraikan keagamaan. Peranan Makanan dalam Kesepaduan Sosial
4. Berikan maksud makanan yang termasuk dalam ruang bukan awam.
Contohnya, dalam majlis aqiqah bagi orang Islam, daging yang dimasak bagi majlis tersebut tidak boleh dihidangkan kepada orang bukan Islam. Rakan-rakan dan keluarga yang bukan Islam tetap boleh hadir dalam majlis tersebut tetapi mereka dihidangkan dengan masakan yang berbeza dan keadaan ini tidak dianggap sebagai beban kepada tuan rumah.
5. Keperluan ................. bersifat relatif dan tidak bersifat mutlak tetapi keperluan ini merupakan sumber penting untuk meningkatkan kualiti hidup.
rohani
6. Karya yang dihasilkan Chuah Thena Teng sarat dengan unsur ................... apabila beliau mengubah teknik lukisannya yang berlatarbelakangkan negara Cina, tempat beliau mendalami ilmu seni lukis.
Unsur akulturasi
7. Sam Karuna telah memperbaharui teknik lukisannya melalui medium batik dengan memperkenalkan teknik yang dipanggil ....................
Teknik 'dyetic'
8. Apakah dua badan yang telah menerbitkan beberapa iklan pesanan khidmat sosial yang berkaitan degan perpaduan?
Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dan ASTRO
9. Siapakah salah seorang rakyat negeri Perak yang telah menerima Ikon 1Malaysia yang telah berjaya membawa kehidupan rakyat di layar perak dan akhbar?
Allahyarham Yasmin Ahmad
10. Perkembangan ................... telah membolehkan maklumat dalam semua bidang diserbarkan ke seluruh dunia dengan pantas merentas sempadan geografi.
Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) pada masa kini juga amat berperanan dalam konteks hubungan etnik yang menyumbang kepada kewujudan kesepaduan sosial. Perkembangan ICT membawa kepada penggunaan internet secara meluas yang mendapat bantuan dan sokongan daripada pihak kerajaan pada awal tahun 1990- an, iaitu sewaktu negara di bawah pentadbiran Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad. Sejajar dengan perkembangan ICT, alat komunikasi di dunia pada hari ini seperti satelit, mesin faks, telefon, televisyen dan komputer disambungkan kepada sistem internet yang membolehkan maklumat dalam semua bidang disebarkan ke seluruh dunia dengan pantas merentas sempadan geografi.