OpenLearning
Perkataan ‘tamadun’ digunakan bagi menggambarkan kemajuan sesebuah masyarakat khausunya dari sudut ilmu pengetahuan dan fizikal. Dari perspektif semasa, perkataan ‘tamadun’ merujuk kepada pencapaian yang tinggi dalam sains dan teknologi. Perkataan tamadun itu sendiri adalah dari bahasa Arab yang telah diterima pakai dalam bahasa Melayu (dalam bahasa Indonesia istilah peradaban lebih popular penggunaannya). Dari sudut etimologinya ia berasal daripada kalimah maddana iaitu kata kerja merujuk kepada perbuatan membuka bandar atau kota serta perbuatan memperhalus budi pekerti. Daripada perkataan ini diterbitkan perkataan madani yang merupakan sifat nama. Madani merujuk kepada sifat sesuatu yang berkaitan dengan pembangunan perbandaran serta kehalusan budi pekerti yang terpuji. Kedua-dua perkataan maddana dan madani sendiri sebenarnya berasal daripada deen yang bermaksud agama, iaitu menggambarkan kehidupan beragama.
1.1) Bahasa Arab:
Al-Umran (الــعــمــران) - merujuk kepada binaan, bangunan, membaiki dan lain-lain.
Al-Hadarah (الــحــضــارة) -merujuk kepada maju; kemajuan, pembangunan.
Tulisan beliau Tarikh Ibn Khaldun dan al-Muqaddimah menggunakan istilah tamadun sebagai   al-umran dan al-hadarah.
Al-Bunyan (الــبـنـيـان) -merujuk kepada binaan; bangunan.
Al-Thaqafah (الــثـقــافــة) -merujuk kepada budaya; ilmu pengetahuan, kebudayaan.
Al-Madaniyyah (الــمـدنــيــة) -merujuk kepada pekan, bandar, kota dan sifat kebandaran manusia seperti lakuan akhlak, kehalusan adat sopan dan sebagainya. Sarjana Muslim Abu Nasr al-Farabi (870-950M) al-Siyasah al-Madaniyyah (Pemerintahan Negara Kota) Telah memperkenalkan istilah al-madaniyyah pada abad ke 10M. Istilah ini merujuk kepada sebuah kehidupan bernegara (bermasyarakat) yang berteraskan akidah, syariah serta kemuliaan akhlak.
“maddana” Berasal daripada bahasa Arab iaitu membangunkan sesuatu kawasan sehinggan menjadi perbandaran. Kata dasar maddana sebenarnya merujuk kepada “deen” iaitu menggambarkan kehidupan beragama.
Jesteru itu pentakrifan tamadun sepatutnya menggabungkan dua elemen iaitu pembangunan bandar dan kehalusan budi pekerti yang berteraskan kehidupan beragama.
Nama lain yang turut memberi pengertian tamadun ialah hadarah, umran dan madaniyyah.
Tamaddun mula diperkenalkan oleh Jurji Zaydan [1861-1914 M] seorang  seorang sarjana Arab Kristian yang berpengetahuan luas dalam tamaddun Islam dan tamaddun Barat, beliau menggunakan istilah tamaddun Pada abad 19 dalam tulisan-tulisannya terutama Majalah al-Hilal yang diasaskan pada 1892 mempopularkan istilah al-tamaddun.
1.2) Bahasa Inggeris:
“Culture”  refined understanding and appreciation of art, literature, etc. (pemahaman dan penikmatan kesenian, kesusasteraan dan lain-lain yang halus).
state of intellectual development of a society – (keadaan perkembangan intelektual sesuatu masyarakat).
customs, art, social institutions, etc of a particular form of culture –(adat, sastera, institusi sosial, dan lain-lain dari kumpulan atau orang-orang tertentu).
Daripada istilah “civilize” cause somebody or something to improve from a primitive stage of human society to more developed one – (menyebabkan seseorang atau sesuatu menjadi bertambah baik dari peringkat primitif masyarakat manusia kepada peringkat yang lebih maju).
Tamadun diistilahkan sebagai “civilization”, mula diperkenalkan dan digunakan dengan meluas pada abad ke 19M.
“Civilization”  becoming or making somebody civilized- (menjadi atau membuat seseorang bertamadun).
Diambil daripada perkataan Latin yang merujuk kepad “city” atau “civitas” yang memberi maksud bandar atau kota.
Perkataan lain yang pernah digunakan bagi membawa maksud yang sama ialah culture, urbanization dan renaissance.
Clive Bell (1881-1964)
Para sarjana Barat mula membincangkan aspek dan teori ketamadunan pada awal abad ke 19M. seperti tokoh Clive Bell (1881-1964) was a British art critic and philosopher of art who defended abstract art. Bukunya Civilization and Old Friends menegaskan bahawa tamadun merupakan kriteria masyarakat selain menjadi kayu ukur penentu tahap pencapaiannya.
1.3) Bahasa Melayu (Kamus Dewan):
Keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran sosial, budaya, politik dan lain-lain yang tinggi dan peradaban.
Perkataan lain yang digunakan bagi merujuk maksud tamadun ialah peradaban dan budaya.
1)      Ciri-Ciri Umum Tamadun :
–     Wujudnya kawasan penempatan yang membentuk bandar.
–     Peningkatan taraf hidup yang lebih sempurna dan wujudnya pertambahan penduduk.
–     Wujudnya sistem kepercayaan tertentu yang menjadi pegangan.
–     Wujudnya organisasi yang teratur dalam masyarakat.
–     Kemunculan bahasa dan beberapa bentuk penulisan.
–     Munculnya system perundangan yang teratur dan system nilai yang dikuatkuasakan
–      Peningkatan teknologi dan sains.
 
–     Perkembangan daya kreativiti.
1)      Perkembangan Tamadun :
5.1) Faktor Pendorong Lahirnya Tamadun:
-Kesepaduan
Malik Bennabi menyebut ada tiga asas utama dalam usaha membina dan menjayakan tamadun:
i.                    Manusia Yang bertamadun ialah manusia bukannya bahan-bahan baku.
ii.                  Alam Berfungsi sebagai hasil tamadun dari idea manusia dan bukan asas tamadun.
iii.                Idea (fikrah) Manusia dibekalkan akal yang boleh berfikir dan seterusnya membuat inovasi kepada sumber alam.
-Kedudukan strategik sesuatu tempat adalah antara faktor utama dalam membentuk tamadun yang strategik.
-Rangsangan agama dan moral menjadi suatu perkara asas untuk membentuk sebuah tamadun berjaya.
-Kesedaran dan kebangkitan masyarakat yang ditindas, dizalimi dan menghadapi kesengsaraan dalam kehidupan juga merupakan faktor dalam memajukan diri sendiri dan masyarakat serta tamadun.
-Interaksi dan toleransi antara beberapa tamadun untuk menjalin perhubungan untuk mendapat ideal dari pelbagai sektor.
5.2) Tanda masyarakat tidak bertamadun:
-Tumpuan masyarakat adalah untuk mencari kepujian dan keredhaan sesama manusia tanpa mengambil kira kasih sayang sesama manusia.
-Menjadikan material sebagai matlamat hidup yang utama.
-Masyarakat yang mengamalkan dasar perkauman dalam tamadun.
masyarakat yang dijajah dengan pemikiran kebendaan Barat dan masih tidak merdeka.
-Masyarakat yang memandang enteng nilai moral dan etika kemanusiaan serta keagamaan juga suatu perkara yang akan menjatuhkan keharmonian sesebuah tamadun.
5.3) Faktor Kemerosotan Tamadun:
-Wujudnya jurang perbezaan dari aspek ketidakadilan yang berleluasa hingga jurang perbezaan ketara antara kaya dan miskin.yang begitu ketara.
-Sifat zalim, tamak kuasa dan suka berfoya di kalangan pemimpin menyebabkan politik tidak stabil. Berleluasanya penindasan dan kezaliman sehingga persoalan hak-hak kemanusiaan diketepikan sehingga menyebabkan pergaduhan dan peperangan.
-Berlakunya keruntuhan moral dan nilai dalam masyarakat terutama di kalangan pemimpin
-Wujud sikap tertutup yang tidak mahu menerima perubahan
-Berlakunya malapetaka atau bencana alam yang menyebabkan kerosakan secara besar-besaran.  Faktor seperti ini juga merupakan salah satu penyebab kemerosotan sesebuah tamadun.
 
-Pelbagai faktor telah menjatuhkan sesuatu tamadun seperti mana contoh yang berlaku di zaman moden ini. Hasil dari kepimpinan yang lemah ditambah pula dengan penguatkuasaan undang-undang yang lemah bakal mengundang kepelbagaian masalah dari aspek politik, sosial dan ekonomi.
1)      Kesan Interaksi Antara Tamadun :
7.1) KESAN POSITIF:
-Perpindahan ilmu
-Perpindahan teknologi : 1) Teknologi dari Tamadun China ke India seperti teknologi membuat kertas, bahan letupan dan penggunaan kompas. 2) Kemahiran dari Tamadun India diperkembangkan ke negara China seperti astronomi, teknologi membuat gula dari tebu,
-Penambahan kosa kata : Pengaruh Sanskrit dalam bahasa Melayu.
-Peningkatan hasil kesenian : Pengaruh seni bina Islam dalam senibina Cina terutama seni bina masjid.
7.2) KESAN NEGATIF:
-Perkauman (Kasta), Ethnik, bangsa, keturunan dan lain-lain. Ia dapat merosakkan perhubungan sosial secara terang-terangan.
-Jurang ekonomi  yang berbeza, antara kelas masyarakat di dalam sesebuah negara sebangai contoh perbezaan taraf orang kaya dan miskin, negara kaya dan negara miskin yang mempunyai penduduk padat.
 
-Permusuhan Buddha dan Konfusius, Penganut Islam dan Hindu, Perang Salib
1)      NILAI-NILAI UNIVERSAL  TAMADUN :
-Bersifat Terbuka
-Semua tamadun berasaskan kepada ketuhanan dan kerohanian.
-Menekankan aspek kemanusiaan.
-Mementingkan institusi kekeluargaan.
-Beretika dalam aspek kehidupan.
-Kepimpinan yang berteraskan keadilan dan kebijaksanaan.
 
-Menghargai alam sekitar.

Comments

Loading
Error: Loading CSS chunk vendors-node_modules_fortawesome_pro-regular-svg-icons_faGlobe_js-node_modules_fortawesome_pr-4f8267 failed. (error: https://assets.openlearning.com/chunks_live/vendors-node_modules_fortawesome_pro-regular-svg-icons_faGlobe_js-node_modules_fortawesome_pr-4f8267.8fd07ef9993d3220.css)

Chat