khairul bariyyah's Aktiviti Tamadun Islam : Sub Topik 1 - OpenLearning
Perkataan tamadun sering digunakan untuk menggambarkan kemajuan kebendaan sesebuah masyarakat. Dari perspektif semasa pula, perkataan tamadun selalunya merujuk kepada pencapaian yang tinggi dalam sains dan teknologi. Sebenarnya perkataan tamadun dari sudut etimologi berasal daripada perkataan maddana dalam bahasa arab yang merupakan kata kerja dan membawa maksud perbuatan membuka Bandar atau kota serta perbuatan memperhalus budi pekerti. Daripada perkataan maddana diterbitkan perkataan madani yang merujuk sifat sesuatu yg berkaitan pembangunan pembandaran serta kehalusan budi pekerti yang terpuji. Kedua-dua perkataan maddana dan madani sendiri sebenarnya berasal daripada deen yang bermaksud agama, iaitu menggambarkan kehidupan beragama.
 
Perkataan bahasa arab lain yang turut digunakan untuk mentakrifkan tamadun ialah hadarah yang berasal daripada perkataan hadara yang merujuk kepada perbuatan duduk di bandar dan perilaku kehidupan yang tinggi. Hadarah juga bererti tinggal menetap dalam sesebuah wilayah, daerah atau bahagian ibu kota dan bandar.
Bedasarkan perkataan Umran, pula adalah berasal daripada Firman Allah s.w.t. dalam Surah Hud ayat 61 yang membawa maksud “Dia lah Yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendakikamu memakmurkannya”. Perkataan ini telah digunakan oleh Ibn Khaldun dalam al-Muqaddimah abad 14M.
 
Bedasarkan pengertian-pengertian yang dikemukakan, konsep ketamadunan sepatutnya dilihat dari perspektif yang meliputi pencapaian tatasusila dan moral yang tinggi serta kemajuan penempatan dan kemudahan yang sempurna. Bagaimanapun, konsep ketamadunan yang sering difahami oleh masyarakat hari ini lebih menjurus kepada pekara yang berkaitan dengan kemajuan penempatan dan kemudahan yang sempurna semata-mata. Lebih buruk daripada itu, tasawur terhadapp kemajuan penempatan dan kemudahan disempitkan lagi kepada soalan kebendaan yang menjadi simbol kemewahan. Kemuncak kewujudan sesebuah tamadun bukanlah digambarkan oleh limpahan kemewahan tetapi suasana kemakmuran sebagaimana ungkapan umran yang digunakan oleh Ibn Khaldun.
 
Tamadun Islam itu merupakan suatu tamadun yang telah diadun dalam bentuk antara bangsa. Sifatnya terbukti di dalam berbagai-bagai bidang kemajuan, terutama sekali dalam bidang kesenian, dan ini termasuk juga senibina. Berbagai-bagai bentuk hasil kesenian dan senibina adalah lahir daripada Tamadun Islam. Adunan ini berpandukaِn kitab perundangan Islam, iaitu al-Quran dan al-Hadis. Ia adalah tamadun yang baru, melambangkan keperibadian Islam yang terus berkembang untuk memberi sumbangan terhadap kehidupan manusia keseluruhannya.
 
Tamadun Islam mempunyai beberapa asas yang penting dalam mewujudkan pembangunan kebendaan dan kerohanian umat Islam iaitu asas keimanan, asas ‘ubudiyah, asas syariah dan asas akhlak. Keempat-empat asas ini adalah berperanan serentak dalam kehidupan umat Islam. Ianya tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Kemajuan sama ada kebenaan atau kerohanian umat Islam hendaklah bertunjankan kepada keimanan atau akidah kepada Allah s.w.t. dalam masa yang sama ia adalah ibadah dan mengikut landasan syariah serta mempunyai nilai-nilai akhlak Islam yang murni berpandukan keapda al Quran.
 
Tamadun Islam menitikberatkan 4 asas iaitu:
1. aqidah,
2. shariah,
3. akhlak dan
4. ilmu
 
Aqidah dalam Tamadun Islam
1. Aqidah merupakan asas kelahiran Tamadun Islam.
2. Aqidah berasaskan tauhid.
3. Aqidah berasal daripada perkataan Arab yang membawa erti kepercayaan / keyakinan’.
4. Menurut etimologi bahasa Arab ‘aqidah’ terbitan daripada ‘aqada’(ikatan/simpulan).
 
Menurut Hassan al-Banna
1. Aqidah adalah hal-hal yang berhubung dengan :
2. Kepercayaan.
3. keyakinan di dalam hati.
4. sehingga hati dan jiwa itu menjadi tenteram.
 
Aqidah sebagai intisari Tamadun Islam:
1. Percaya kepada Allah SWT.
2. Percaya kepada Malaikat.
3. Percaya kepada Rasul.
4. Percaya kepada Kitab.
5. Percaya kepada Hari Kiamat.
6. Percaya kepada Qada dan Qadar.
 
Syariah dalam Tamadun Islam
1. syariah membawa maksud undang-undang Allah SWT
2. mengatur hubungan manusia dengan Allah dan kedamaian di dunia
3. Bagi menyelamatkan mereka untuk mencapai kehidupan abadi di akhirat kelak
4. Itulah tujuan (Maqasid al Syari’ah) diturunan
 
Maqasid boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu
1. Maqasid Dhururiyyah.
2. Maqasid Hajiyah.
3. Maqasid Tahsiniyah.
 
Maqasid Dhururiyyah
1. Asas bagi mencapai matlamat hidup manusia di dunia dan akhirat.
2. Ia merangkumi aspek
a. agama,
b. jiwa,
c. akal,
d. keturunan dan
e. harta.

Comments

Chat