1) Sejauhmanakah karya sastera India seperti epik Mahabhrata dan Ramayana mempengaruhi karya sastera Melayu?
Karya sastera India mula mempengaruhi di alam Melayu sejak abad ke 7, epik Ramayan menjadi panduan kepada semua lapisan mayrakat terutama olongan istana dan rakyat biasa. Kedua-dua karya ini merupakan panduan untuk semua lapisan masyarakat .Karya - karya ini memberikan sumbangan kepada unsur mitos yang terdapat dalam kesusasteraanklasikkuno di Asia Tenggara. Pada peringkat awal ,pengaruh kesusasreraan India( dalambahasa Sanskrit ) dapat dilihat dalam bentuk puisi atau prosa jawa, contohnya, Nagara kertagama dan kunjarkarna.
Karya sastera india mempengaruhi karya sastera melayu ialah pengggumaan bahasa sanskrit , contohnya maha,agama, syurga ,nerakha. Atara ciri yang membuktikan sastera melayu menerima pengaruh sastera India ialah unsur kesaktian dan penjelmahan .Dalam kepercayaan Hindu ,para dewa mereka dipercayai mempunyai kuasa kesaktiaan yang sangat luar biasa. Dewa Visynu,Siva,Krishna dan juga watak-watak yangb terdapat dalam Hikayat Ramayana dan Mahabhata yang terdapat dalam sastera Melayu. Krya-karya berunsur Hindu yang ditulis oleh para pendeta itu terperap di istana. Rakyat jelata yang di letakkan di dalam kasta rendah menurut tradisi Hindu itu sebenarnya tidak tidak pun menghayati ajaran agama tersebut . Mereka tidak boleh merapati istana. Setelah islam bertapak dan konsep persamaan hak dipraktikkan , seluruh bangsa Melayu mengetahui kewujudan karya-karya Hindu itu.
ii) Sejauhmanakah masyarakat India di Malaysia pada hari ini menggunapakai karya kesusasteraan India dalam pelbagai aspek kehidupan, contohnya pendidikan, kurikulum, kesenian dan lain-lain.
Karya sastera India banyak digunakan dalam kehidupan harian dari segi pendidikan . Dlam kokurikulumdisediakan teks dan bahan karya ini sebagai panduan atau aturcara yang memberi tunjuk ajar cara bahasa yang betul. Selain itu, Tirukkural merupakan panduan hidup dan penting dalampanduan Tamil atau India di mana - mana , dalam cara hidup dan sumbangannya di alam ini. Kesusasteraan tamil di sekolahTamil dan Menengah sehingga kini masih menggunakan Tholkapiyam untuk tatabahasa nahu bahasa Tamil
Ini merupakan sumbangan yang besar dalam kurikulum dan kokurikulum di sekolah Tamil Ia meliputi semua peringkat, memang telah di masukkan unsur sastera karya tamil dari segi unsur kesenian dalam tarian ,unsur pembinaan kuil dan sebagainya. Selain itu terdapat juga unsur-unsur sastera yang digunakan sebagai unsur - unsur kerohaniaan . Dalam adat melayumasih juga dapat melihat pengaruh pengaruh ini semasa majlis perkahwinan ,pengantin akan naik pelamin dan minta restu. Dalam bidang keseniaan seperti tarian dan pembinaan kuil pula memaparkan keharmoniaan dan kemakmuran rakyat. Masyarakat India di Malaysia sendiri masih menggunakan karya kesusasteraan India seperti kesenian dalam kehidupan . Contohnya , kesusasteraan India yang menunjukkan bahawa bidang seni lukis
India mencapai kemajuaan. Dinding istana dan ruang dalaman rumah golongan berada dihiasi dengan lukisan yang menarik. Kebanyakkan kuil gua ( gave temples ) India dihiasi dengan lukisa bersifat agama . Para pelukis mendapat ilham daripada epik klasik india seperti Ramayana dan Mahabhrata.