Anis Syafiqah binti Azib's Aktiviti Pengenalan Ilmu Ketamadunan : Sub Topik 3 - OpenLearning

 

FAKTOR PENYUMBANG KEJAYAAN TAMADUN
Kedudukan sesebuah tamadun atau Negara yang strategik boleh menyebabkan sesebuah tamadun itu dapat berkembang dengan pesat  kerana penyebaran tamadun sesebuah Negara itu samada jalan air atau darat.

Politik yang kukuh dapat menyumbang kepada kejayaan sesebuah tamadun umpamanya tamadun Rom dan Parsi yang pada awalnya mempunyai asas politik yang kukuh dengan sistem pemerintahan yang teratur dan kuat. Pihak-pihak musuh tidak dapat mengganggu-gugat Negara meyebabkan usaha-usaha membangunkan tamadun tidak terhenti .

Rangsangan keagamaan juga boleh menyebabkan sesebuah tamadun itu berkembang maju. Keadaan ini dapat kita lihat melalui tamadun islam. Agama islam mendorong umatnya supaya mencari ilmu pengetahuan samaada melalui Al-Quran itu sendiri atau melalui tanda-tanda alam sekitar dan budaya manusia. Keadaan ini telah menyebabkan tamadun islam berkembang pesat semasa khulafak umayyah dan juga pada zaman pemerintahan khulafa’ Abasiyyah.

Toleransi dengan tamadun lain juga boleh menyebabkan sesuatu tamadun yang baru akan lebih berkembang dengan pesatnya dengan mengkaji tamadun yang telah lalu dengan penambahbaikan sesuatu ilmu pengetahuan seterusnya mencipta tamadun mereka sendiri.

 
FAKTOR KEMEROSOTAN DAN KERUNTUHAN TAMADUN


Keruntuhan akhlak dalam masyarakat khususnya di kalangan pemimpin adalah faktor kemerosotan sesebuah tamadun. Penghayatan nilai-nilai murni tidak diendahkan lagi.

Ketidakadilan dan perbezaan jurang di kalangan rakyat dan pemerentah akan menyebabkan sesuatu tamadun itu akan jatuh atau musnah kerana banyak pemerontakan berlaku dan akhir sesebuah tamadun yang diciptakan itu musnah dengan tangan rakyatnya sendiri.

 Malapetaka dan bencana alam juga boleh membawa kepada kemusnahan buadaya dan tamadun itu sendiri. Banyak kisah-kisah sesebuah tamadun yang hebat Musnah disebabkan bencana yang berlaku samaada melalui gempa bumi, gunung berapi, rebut yang kencang dan sebagainya telah memusnahkan sesebuah tamadun itu.

Penindasan dan kezaliman juga akan menyebabkan sesebuah tamadun itu akan musnah sedikit demi sedikit kerana melalui pemerontakan yang berterusan akan memusanhkan sesebuah tamadun yang telah dibina itu sedikit demi sedikit. Pementah tiadk mempunyai masa untuk memajukan tamadun manakala rakyat pula sibuk dengan pemerontakan dan mereka tidak mempunyai masa untuk membina budaya dan tamadun mereka.

Comments

Chat