KONSEP SEGREGASI Segregasi ialah pemisahan antara satu kelompok etnik dengan satu kelompok etnik yang lain. sebagai contoh, kaum melayu ditempatkan di kampung, orang cina ditempatkan di bandar dan orang india di estet. Pada zaman sekarang segregasi ini dapat dilihat pada sekolah dimana telah ada sekolah vernikular yang menempatkan pelajar-pelajar mengikut kaum masing-masing. Kaum cina di hantar di sekolah jenis kebangsaan cina , india sekolah jenis kebangsan mereka sendiri. jadi oleh kerana itu , mereka akan bergaul dengan etnik masing-masing sahaja. Keadaan ini telah mendorong perasaan berpuak-puak antara kaum semakin menebal. Sebagai contoh, pelajar cina akan bergaul dengan kaum cina sahaja. Bagi pelajar melayu pula lebih suka bergaul dengan pelajar melayu sahaja.