1)Sejauhmanakah karya sastera India seperti epik Mahabrata dan Ramayana mempengaruhi karya sastera Melayu?
Kepelbagaian karya di dalam Kesusasteraan Melayu menampakkan perbezaan daripada segi bentuk dan isi. Berdasarkan aspek-aspek tersebut, kita boleh menyusur galurkannya melalui pembahagian yang mampu menjelaskan kedudukan atau kategori sesebuah karya dari dahulu hingga kini.
Bentuk sastera yang tertua bagi semua bangsa di dunia ialah sastera lisan. Sastera bentuk ini dilahirkan di dalam kalangan rakyat yang belum mengenal tulisan. Oleh sebab itu, sastera jenis ini disebut juga sastera rakyat. Sastera lisan terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu:
Prosa : Karya yang terhasil di dalam bentuk karangan.
Puisi : Karangan berangkap.
Karya sastera India mula mempengaruhi karya sastera Melayu sejak abad yang ke-7 semasa jajahan Srivijaya. Ketika jajahan Srivijaya ada dua karya India yang teragung iaitu epik Mahabrata dan Ramayana yang membawa kepada kemasyhuran tamadun India. Kedua-dua karya tersebut merupakan panduan kepada semua lapisan masyarakat terutama golongan istana dan juga rakyat biasa. Karya sastera India ini telah Berjaya mempengaruhi karya sastera Melayu dengan penggunaan bahasa Sanskrit dan bahasa tamil.
Hikayat Melayu pengaruh Hindu yang terkenal ialah hikayat yang disadur secara langsung atau petikan-petikan terjemahan daripada bahagian-bahagian tertentu daripada dua buah kitab epik Hindu iaitu Mahabharata dan Ramayana.
Mahabharata dikenali sebagai cerita Pendawa dalam kesusasteraan Melayu. Daripada Epik Mahabharata : Hikayat-hikayat Melayu yang disadur atau terjemahan bahagian-bahagian tertentu dikenali sebagai Pendawa dalam kesusasteraan Melayu ialah Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Pendawa Jaya, Hikayat Panca Kelima, Hikayat Pandawa,Hikayat Sang Boma. Daripada Epik Ramayana : Hikayat Melayu yang disadur dari epik Hindu ini ialah Hikayat Seri Rama, Hikayat Maharaja Rawana. Antara contoh bahasa Sanskrit yang digunakan ialah maha, durhaka, agama, syurga, dan sebagainya. Selain memperkayakan sastera melayu, epik Mahabarata dan Ramayana juga telah mempengaruhi adat resam orang melayu. Antaranya yang masih diamalkan adalah ketika upacara perkahwinan yang mana pengantin duduk di pelamin serta diberi restu dengan beras kunyit.
Karya-karya berunsur Hindu yang ditulis oleh oleh para pendeta itu terperap di istana. Rakyat jelata yang diletakkan di dalam kasta rendah menurut tradisi Hindu itu (sebenarnya tidak pun menghayati ajaran agama tersebut) tidak boleh merapati istana. Setelah Islam bertapak dan konsep persamaan hak dipraktikkan, seluruh bangsa Melayu mengetahui kewujudan karya-karya Hindu itu.
Pada hakikatnya, Kesusasteraan Melayu dapat berkembang pesat kerana adanya kecenderungan dan usaha-usaha pengembangan agama Islam menggunakan sastera sebagai alat penyebarannya. Kegiatan-kegiatan seumpama itu telah mendorong sasterawan Islam menghasilkan roman-roman Islam untuk menggantikan epik-epik Hindu, iaitu Mahabharata dan Ramayana.
2)Sejauhmanakah masyarakat India di Malaysia pada hari ini menggunapakai karya kesusasteraan India dalam pelbagai aspek kehidupan, contohnya pendidikan, kurikulum, kesenian dan lain-lain.
Pada amnya, masyarakat India boleh dibahagikan kepada dua golongan besar berdasarkan kepada keluarga bahasa, iaitu pertama, orang Indo Arya dan kedua, orang Dravidia. Dari segi demografi, orang Indo Arya menetap di kawasan utara India manakala orang Dravidia menetap di kawasan selatan India.
Orang Indo Arya dan orang Dravidia memiliki tradisi kebudayaan masing- masing. Pertembungan antara kedua-dua golongan budaya yang berbeza sejak beberapa kurun sebelum masihi lagi telah melahirkan suatu budaya yang dikongsi bersama, dan budaya serta tamadun itulah dianggap sebagai tamadun India.
Karya kesusateraan India masih lagi digunakan dan diamalkan dalm kehiddupan pelbagai bidang. Melalui bidang pendidikan, karya kesusateraan India digunakan dalam pelbagai peringkat seperti peringkat rendah, peringkat menengah dan peringkat institusi tinggi misalnya bahasa Sanskrit iaitu perkataan maha, durhaka, syurga dan sebagainya. Selain itu, bidang kurikulum di sekolah jenis Tamil turut memberikan impaknya yang tersendiri. Bahasa Tamil merupakan bahasa pengantar di sekolah kebangsaan jenis Tamil. Dalam bidang kesenian dan tarian pula, setiap tarian dan muzik yang mereka amalkan mempunyai maksud dan unsur-unsur sastera India, bukan sekadar suka-suka. Bidang seni bina Tamadun India yang pernah menjadi seni bina yang teragung pada zaman dahulu seperti The Great Bath juga masih kekal sehingga ke hari ini dan turut menjadi tarikan pelancong di dalam dan luar negara. Justeru, tamadun India juga merupakan antara tamadun yang berpengaruh pada suatu ketika dahulu dan mempunyai keunikan dan kehebatannya yang tersendiri sebaris dengan tamadun-tamadun yang lain.