Asas Pembentukan Tamadun Melayu:-
1) Pertapakan masyarakat
2) Mesyuarat dan kesaksamaan
3) Kuasa mutlak
4) Interaksi dan penerimaan kelompok melayu kepada tamadun-tamadun luar
Kemunculan Tamadun Melayu
-wujud seawal 2500 tahun dahulu di Lembah Bujang dan Kuala Selingsing di Perak
-Penguasaan perdagangan menunjukkan kewujudan sebuah tamadun dengan sistem yang teratur.
Pembentukan Empayar Melayu Sebelum Islam:-
- Menguasai teknologi maritim yang berupaya menjadi sumber asas.
-Pengaruh Hindu- Buddha berasaskan empayar yang wujud seperti empayar Funan,Srivijaya,Langkasuka dan majapahit.
ASAS-ASAS TAMADUN MELAYU
Tamadun Melayu pada awalnya dijejaki sejak zaman Paleolitik iaitu zaman batu awal kira-kira 35,000 tahun yang lalu. Selepas itu diikuti dengan zaman Mesolitik atau zaman batu tengah kira-kira 11,000 tahun dahulu, zaman Neolitik ataupun zaman Batu Baru kira-kira 5,000 tahun dahulu, dan zaman Logam iaitu zaman Gangsa-Besi kira-kira 2,500 tahun dahulu. Contoh penempatan manusia yang dijumpai pd zaman itu seperti Kota Tampan (Perak), Gua Niah (Sarawak) & Tingkayu (Sabah).
Umumnya asas Tamadun Melayu banyak merujuk kepada struktur sosial masyarakat yang berlapis seperti sistem kasta, kerana banyak dipengaruhi oleh peradaban India.
Selain daripada sturktur sosial, kemunculan kerajaan awal Melayu juga memainkan peranan dalam pembentukan tamadun Melayu. Umumnya kerajaan pra-Islam di Alam Melayu dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu kerajaan Agraria dan kerajaan Maritim.