Aktiviti Minggu 14
Kepada Puan Hazwani @ Hasidah Binti Siran
Asas-asas pembentukan tamadun Islam
Tamadun Islam mempunyai kaitan rapat dengan perkembangan tamadun manusia. Perkataan Islam berasal daripada perkataan Arab iaitu salima yang bermaksud sentosa atau damai. Islam secara keseluruhan ialah sejahtera di mana sistem Allah S..W.T seimbang dan sejahtera. Tamadun Islam berasaskan wahyu mempunyai sifat-sifat khusus serta tersendiri. Sifat tersebut mampu menghadapi segala apa yang berlaku. Antara ciri Islam ialah kesejagatannya, keterbukaannya, kewujudannya dan toleransi.
Tamadun Islam juga mengajar umatnya supaya wujud keseimbangan antara rohani dan jasmani, antara fizikal dan spiritual. Hal ini demikian kerana Islam mengiktiraf kewujudan manusia dalam dua entiti iaitu rohani dan fizikal. Selain itu, ciri-ciri khusus tamadun Islam ialah shumul/ menyeluruh (kesempurnaan) , Umum, Idea dan Realistik, Adil serta Rabbani.
Sumber tamadun Islam terbahagi kepada dua iaitu sumber (primier) Al-Quran dan Sunnah manakala sumber sekunder iaitu Ijma/Ijtihad/ Tamadun Asing. Kedua-dua sumber merupakan inspirasi kepada pembentukan tamadun manusia. Sesuatu yang baru dikatakan sebagai tamadun selagi tidak bercanggah dengan Al-Quran dan Hadith. AL-Quran bemaksud bacaan. Ia merupakan kalam Allah yang mu'jiz yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang mengandungi 114 surah dan 30 juzuk. Manakala, hadith pula bermaksud apa-apa yang disandarkan kepada Nabi Muhammad samada perkataan, perbuatan, persetujuan atau sifat-sifat kejadian akhlak dan sirahnya sebelum dan sesudah baginda dilantik menjadi Rasul.
Matlamat tamadun Islam terbahagi kepada dua iaitu matlamat umum dan matlamat khusus. Matlamat umum ialah mengangkat Islam sebagai ad-din iaitu satu cara hidup yang lengkap dan komprehensif. Hal ini bertujuan untuk memaparkan keadilan sistem pemerintahan Islam pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. dan selepasnya. Manakala, matlamat khusus ula bermaksud menjalinkan hubungan manusia dengan ALLAH pencipta manusia dan alam. Selain itu, mewujudkan hubungan manusia dengan alam sejagat.
link :
https://www.youtube.com/watch?v=48uDX-ZEt34