1) Sejauh manakah karya sastera India seperti epik Mahabrata dan Ramayana mempengaruhi karya sastera Melayu?
2) Sejauh manakah masyarakat India di Malaysia pada hari ini menggunapakai karya kesusasteraan India dalam pelbagai aspek kehidupan ?
Karya kesusateraan India masih lagi digunakan dan diamalkan dalm kehiddupan pelbagai bidang. Melalui bidang pendidikan, karya kesusateraan India digunakan dalam pelbagai peringkat seperti peringkat rendah, peringkat menengah dan peringkat institusi tinggi misalnya bahasa Sanskrit iaitu perkataan maha, durhaka, syurga dan sebagainya. Selain itu, bidang kurikulum di sekolah jenis Tamil turut memberikan impaknya yang tersendiri. Bahasa Tamil merupakan bahasa pengantar di sekolah kebangsaan jenis Tamil. Dalam bidang kesenian dan tarian pula, setiap tarian dan muzik yang mereka amalkan mempunyai maksud dan unsur-unsur sastera India, bukan sekadar suka-suka. Bidang seni bina Tamadun India yang pernah menjadi seni bina yang teragung pada zaman dahulu seperti The Great Bath juga masih kekal sehingga ke hari ini dan turut menjadi tarikan pelancong di dalam dan luar negara. Justeru, tamadun India juga merupakan antara tamadun yang berpengaruh pada suatu ketika dahulu dan mempunyai keunikan dan kehebatannya yang tersendiri sebaris dengan tamadun-tamadun yang lain