PENEMUAN DAN PENCAPAIAN TAMADUN INDUS
1. Tinggalan tempat mandi awam (The Great Bath)
- Petempatan kekal yang wujud di lembah ini telah membawa kepada pembentukan bandar terancang. 2 tempat Harappa dan Mohenjo Daro.
- Bandarnya terbahagi kepada dua bahagian dan dikelilingi oleh tembok.
- Bahagian utama merupakan pusat pentadbiran dan keagamaan yang menempatkan bangunan pentadbiran , tempat mandi awam yang digunakan untuk upacara ritual dan pembersihan ,dan tempat penyimpanan hasil pertanian.
- Bahagian kedua bandar ialah kawasan perumahan. sistem yang sistematik perancangan bandarnya dibantu oleh kemajuan ilmu geometri dan pembinaan, serta sumbangan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba.
- Bandar-bandar disusun berasaskan blok-blok berbentuk segi empat dengan setiap blok dipisahkan oleh satu rangkaian jalan raya yang lurus dan bersambung antara satu sama lain. Setaip bandar mempunyai sistem kumbahan yang terancang. Bandar juga dihubungkan dengan sungai yang berfungsi sebagai jalan perhubungan.
2. Masyarakat Tamadun Indus
- Menurut jumpaan arkeologi, masyarakat Lembah Indus terbahagi kepada dua golongan, iaitu golongan atasan dan bawahan.
- Golongan atasan terdiri daripada pendeta dan pedangang.Kelas atasan utama ialah pendeta.Para pendeta mempunyai kuasa dan pengaruh besar dalam mengawal aktiviti masyarakat terutamanya kegiatan keagamaan.Oleh sebab tiada bukti kewujudan raja, maka, sejarahwan berpendapat bahawa tampuk pemerintahan dipegang oleh pendeta.Golongan bawahan pula terdiri daripada petani dan buruh.
- Golongan petani merupakan golongan terbesar dan mereka menjalankan aktiviti petanian dan menyalurkan sebahagian daripada hasil tersebut kepada pihak berkuasa.Golongan buruh menjalankan kerja perburuhan seperti menjaga kebersihan bandar, membina tembok di bentang, dan membina terusan.
3. Kepercayaan agama
- Masyarakat tamadun ini dikenal pasti telah menpunyai satu amalan agama.
- Ini dibuktikan dengan pernemuan patung dan ukiran yang menpunyai unsur keagamaan.
- Antara penemuan penting ialah sebuah patung yang dirujik sebagai patung proto-Siva. melambangkan brahma, vishnu dan siva.
- Kewujudan objek proto-Siva ini menjadi sangat penting terutama dari sudut perkaitannya dengan agama Hindu kemudiannya.
- Selain itu, masyarakat dalam tamadun ini juga percaya kepada Tuhan Ibu.
- Pekara ini dipercayai telah diwarisi daripada kebudayaan yang lebih awal kerana kepercayaan terhadap Tuhan Ibu ini turut berlaku dalam masyarakat yang mendiami Mesopotamia, Asia Kecil, Syria Sumbangan Tamadun Indus. mempunyai pengkhususan pekerjaan.
4. Sistem Tulisan
Masyarakat tamadun Indus telah mempunyai satu sistem tulisan yang berbentuk piktograf. Walau bagaimanapun, sehingga hari ini, tulisan tamadun Indus masih lagi menjadi misteri dan masih belum dapat ditafsirkan.