MUHAMMAD FARIDHWAN's Aktiviti Tamadun India : Sub Topik 2 - OpenLearning
Epik Ramayana
 
Epik Ramayana dicipta dan dihasilkan oleh Valmiki, seorang pertapa di antara tahun 200SM hingga tahun 200 Masihi. Epik ini mengandungi 24 000 seloka (puisi) dan ceritanya berpusat di Ayodhya, iaitu ibu negeri kerajaan Kosala yang terletak di timur Kuruksetra. Valmiki mencipta epik Ramayana ini bertujuan untuk menggambarkan kehidupan seorang manusia yang sempurna, iaitu gambaran perwatakan yang ideal. Dalam epik ini, Rama merupakan pendukung watak yang harus diteladani oleh setiap manusia kerana beliau merupakan pendukung kewajipan, ideal pengorbanan diri, manusia yang penuh dengan kasih sayang serta pelindung kepada sesiapa sahaja yang cinta akan dharma. Rama digambarkan sebagai anak yang setia, suami yang bertanggungjawab, abang yang dihormati, rakan yang setia, penegak keadilan dan sebagainya.
Epik Ramayana, selain sebagai karya teks seni sastera dan sejarah, ia juga merupakan dharmasastra atau teks suci yang mengajar perihal keadilan. la menerangkan prinsip-prinsip abadi (sanatoria dharma) dan menjelaskan sifat-sifat ideal yang merupakan asas kepada dharma.
 
  Karya sastera India sudah mula mempengaruhi karya sastera Melayu sejak abad yang ke-7 semasa jajahan Srivijaya. Ketika jajahan Srivijaya ada dua karya India yang teragung iaitu epik Mahabrata dan Ramayana yang membawa kepada kemasyhuran tamadun India. Kedua-dua karya tersebut merupakan panduan kepada semua lapisan masyarakat terutama golongan istana dan juga rakyat biasa. Karya sastera India ini telah Berjaya mempengaruhi karya sastera Melayu dengan penggunaan bahasa Sanskrit dan bahasa tamil.
 
      Hikayat Melayu pengaruh Hindu yang terkenal ialah hikayat yang disadur secara langsung atau petikan-petikan terjemahan daripada bahagian-bahagian tertentu daripada dua buah kitab epik Hindu iaitu Mahabharata dan Ramayana. Mahabharata dikenali sebagai cerita Pendawa dalam kesusasteraan Melayu. Daripada Epik Mahabharata : Hikayat-hikayat Melayu yang disadur atau terjemahan bahagian-bahagian tertentu dikenali sebagai Pendawa dalam kesusasteraan Melayu ialah Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Pendawa Jaya, Hikayat Panca Kelima, Hikayat Pandawa,Hikayat Sang Boma. Daripada Epik Ramayana : Hikayat Melayu yang disadur dari epik Hindu ini ialah Hikayat Seri Rama, Hikayat Maharaja Rawana. Antara contoh bahasa Sanskrit yang digunakan ialah maha, durhaka, agama, syurga, dan sebagainya. Selain memperkayakan sastera melayu, epik Mahabarata dan Ramayana juga telah mempengaruhi adat resam orang melayu. Antaranya yang masih diamalkan adalah ketika upacara perkahwinan yang mana pengantin duduk di pelamin serta diberi restu dengan beras kunyit.
 
2) Sejauh manakah masyarakat India di Malaysia pada hari ini menggunapakai karya kesusasteraan India dalam pelbagai aspek kehidupan ?
 
Kehidupan orang India lebih terikat pada alam semula jadi dan kesenian. Dalam bidang seni halus, India telah mencapai kecemerlangan sejak awal tahun masihi lagi. Bidang muzik, tarian dan drama berkembang maju. Dalam muzik India, walaupun teori harmoni tidak begitu meluas, mereka mempunyai raga yang lebih kompleks daripada corak melodi Barat. Raga dan ragini digunakan untuk menggambarkan waktu (kala) atau sesuatu musim, perayaan dan emosi. Alat-alat muzik India terbahagi kepada empat kategori iaitu pertama, tata (tali); kedua, avanaddha (dram); ketiga, ghana (solid atau ideophone); dan keempat, susira (angin).
 
Tradisi kesenian India juga menunjukkan bahawa seni tarian dan seni muzik mempunyai hubungan yang erat. Antara tarian-tarian utama ialah Bharata Natyam yang penuh dengan tradisi, yang mana untuk menguasainya perlu mengambil masa bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai gerakan tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari demi untuk mempersembahkan tarian warisan lama yang dihormati ini secara lengkap, penuh dengan kegemilangan.
 
India maju dalam seni logam terutamanya dalam bidang seni ukir. Pembinaan dasar menampakkan sepenuhnya ciri-ciri seni bina Islam tetapi kerja-kerja pengindahan sesuatu bangunan banyak melibatkan ciri-ciri Hindu. Tiang Asoka merupakan contoh terbaik kemegahan seni bina dan seni ukir India.
 
Kesusasteraan India awal menunjukkan bahawa bidang seni lukis India mencapai kemajuan pada zaman tersebut. Dinding Istana dan ruang dalaman rumah golongan berada dihiasi dengan lukisan-lukisan yang menarik. Kebanyakan kuil gua (cave temples) India dihiasi dengan lukisan bersifat agama. 
 
Bidang seni bina Tamadun India yang pernah menjadi seni bina yang teragung pada zaman dahulu seperti The Great Bath juga masih kekal sehingga ke hari ini dan turut menjadi tarikan pelancong di dalam dan luar negara. Justeru, tamadun India juga merupakan antara tamadun yang berpengaruh pada suatu ketika dahulu dan mempunyai keunikan dan kehebatannya yang tersendiri sebaris dengan tamadun-tamadun yang lain

Comments

Chat