UTHM ISRAZI BIN JAHRO's Aktiviti Pengenalan Ilmu Ketamadunan : Sub Topik 3 - OpenLearning
Tamadun secara amnya merangkumi kemajuan. Kemajuan dari segi intelektual, kebudayaan, kebendaan dan tingkah laku.
TAMADUN ialah perkataan Arab yang berasal dari kata kerja ‘maddana’ yang bererti membangunkan atau memodenkan sesuatu. Beberapa perkataan lain yang sama erti dengan perkataan tamadun, ialah ‘Hadharah’ bererti peradaban, ‘Umran’ bererti kemajuan, ‘Thaqafah’ bererti kebudayaandan di dalam bahasa Inggeris disebut ‘civilization’.
 
Menurut Kamus Dewan, tamadun ialah satu keadaan masyarakat yang dicirikan oleh atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik dan lain-lain) yang tinggi. Ini bermaksud, tamadun terbentuk daripada hasil penggunaan pemikiran manusia untuk mengawal dan guna alam sekitar dengan bawa kehidupan yang lebih maju dan kompleks. Disamping itu, selain dapat meningkatkan kemahiran dalam penghasilan idea baru, pemikiran manusia mampu memberikan kemajuan kepada sesuatu tamadunnya menerusi aspek politik, ekonomi dan sosial.
 
Pengertian tamadun amat luas, malah melangkaui dan melepasi budaya, bangsa dan juga berbeza dari agama.Semua masyarakat berbudaya tetapi tidak semua budaya boleh mencapai tamadun yang tinggi. Masyarakat berbudaya tinggi akan mencapai tamadun yang tinggi dan sempurna berbanding tamadun lain. Jika tidak mencapai tahap masyarakat berbudaya tinggi, masyarakat itu berbudaya rendah seperti masyarakat nomad.Tamadun Barat dan Tamadun Islam sendiri mengandungi pelbagai budaya daripada pelbagai kaum.
 
Tamadun berasal dari perkataan Arab maddana, mudun, madainyang bererti pembukaan bandar atau masyarakat yang mempunyai kemajuan dari segi lahiriah dan rohaniah. Perkataan tamadun dapat diertikan kepada keadaan hidup bermasyarakat yang bertambah maju. Istilah-istilah lain yang sama pengertiannya dengan tamadun adalah: umran, hadarahmadaniyah. Dalam bahasa Inggeris, istilah yang hampir sama dengan tamadun ialah culture and civilizationatau kebudayaan dalam bahasa Melayu. Perkataan civilization dalam bahasa inggeris berasal dari bahasa Greek civitas yang bermaksud bandar. Para sarjana telah membahas persamaan dan perbezaan istilah-istilah tersebut. Istilah Tamadun banyak digunakan dalam penulisan Tamadun Islam.
 
Bahasa Arab
1. Umran- Terbitan dari perkataan 'Amara' yang bererti kawasan tanah atau rumah yang didiami, diduduki orang, tinggal menetap,                               segolongan penduduk yang menetap dan seumpamanya dalam suatu keadaan yang berkembang subur lagi makmur dari                           keadaan kering tandus atau terbiar dan binasa.
2.    Hadarah - Tanah yang diusahakan, kampung, kota atau bandar.
3.    Tamadun - Memenuhi ciri-ciri kehidupan di bandar bagi menggambarkan masyarakat yang bertamadun.
4.    Madaniyyah  /  mudun - Memiliki ciri-ciri tamadun.
 
Bahasa Inggeris
1. Civilization - Diambil dari bahasa Latin ‘civitas’ bererti ‘bandar’. Civilization merujuk kepada budaya manusia yang kompleks yang                                       memiliki sains dan teknologi serta mempunyai pengkhususan pekerjaan.
 
-Definisi menurut istilah:
 
Ibn Khaldun - Dalam kitab al-Muqaddimah memperkenalkan dua terminology al – umran dan al – hadarah dalam abad ke – 1 membawa                           maksud sekumpulan manusia yang tinggal kekal di sesuatu tempat  atau kota atau wilayah dan tanah pertanian yang                                     akhirnya merintis kemajuan, kemakmuran dan pencapaian yang bersumberkan agama.
 
Arnold Toynbee - Tamadun merupakan suatu kehidupan yang unggul yang dipandukan oleh sistem perundangan, agama, politik dan                                         pentadbiran yang menjamin kemajuan dan keselamatan masyarakat.
 
Sayyid Qutb - Segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat seperti sosial, pemerintahan, politik, ekonomi dan                             kebudayaan yang berteraskan syariat Allah, serta bercirikan nilai-nilai moral Islam.
 
Collingwood - Tamadun ialah satu proses bagi mencapai satu tahap kehidupan yang lebih sempurna ataupun satu proses ke arah civil                               yang mana hasil daripada proses tersebut akan melahirkan ciri-ciri masyarakat bandar iaitu masyarakat yang mempunyai                             kehalusan budi.
 
Edward L. Farmer - Tamadun sebagai unit budaya besar yang mengandungi unsur-unsur sosial, tradisi dan institut yang dikongsi bersama                                   dan diwarisi dari generasi ke generasi yang lain.

Comments

Chat