rosya ahmad's Aktiviti Tamadun India : Sub Topik 3 - OpenLearning
 
Perancangan Bandar
Ø  Keupayaan untuk mewujudkan sebuah bandar terancang seperti Mohenjo-Daro dan Harappa -- memerlukan gabungan kepakaran sama ada dari sudut letak bandarnya mahupun dari sudut pengisiannya.
 
Ø  pemahaman tentang ilmu geometri, kesenian, dan matematik sangat diperlukan untuk masyarakat Lembah Indus mencapai kecemerlangan dalam perancangan Bandar.
 
Ø  Pemahaman geometri: hasil daripada pertembungantamadun ini dengan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba-- bandar disusun berasaskan bentuk segi empat, diikuti oleh jalan raya yang lurus.
Sifat Keterbukaan
Ø  Sifat keterbukaan yang dibuktikan oleh tamadun ini dalam membuat hubungan dengan tamadun lain juga merupakan satu lagi aspek yang sangat penting.
Ø  tamadun Indus telah menunjukkan bahawasesebuah masyarakat itu tidak mampu mencapai kecemerlangan tanpa membuat hubungan sertabertukar pandangan denganpihak lain.
 
Ø  hubungannya dengan tamadun Mesopotamia serta tamadun Mesir Purba telah membolehkan kedua-dua belah pihak memperoleh manfaatnya sama ada dalam bentuk pertukaran teknologi atau seumpamanya.
 
Ø  dalam konteks hubungan antara tamadun Indus dengan tamadun Mesopotamia, segala pengaruh dari luar itu disesuaikan dengan keadaan dan suasana tempatan.
Sains dan Teknologi
Ø  Ahli matematik India telah mengetahui tentang konsep geometri - mendorongnya memperkenalkan sistem nombor (angka Brahmin dan angka Kharosti) yang mencecah ke angka perpuluhan.
 
Ø  Pengetahuan dalam bidang astronomi pula dapta dipetik daripada Rig Veda.
 

Ø  Masyarakat Lembah Indus tidak hanya bergantung pada panas matahari untukmembuat batu bata daripada tanah liat-- batu bata dihasilkan melalui pembakaran dengan suhu yang tinggi.

Comments

Chat