Munirah Hanim's Aktiviti Tamadun India : Sub Topik 2 - OpenLearning

i) Epik Mahabharata

- Dari sudut pandangan biasa Mahabhaarata merupakan peristiwa benar tentang satu peperangan antara dua pihak yang menuntut takhta kerajaan. sekiranyan dilihat dari segi etika peperangan ia ameawakili konflik prinsip dharma dan adharma iaitu antara kebaikan dengan kejahatan ataupun keadilan dengan ketidakadilan tetapi pada akhirnya kejayaan adalah kepada pihak yang mendukung dharma.

 

ii) Epik Ramayana

- Penciptaab epik Ramayana ini bertujuan untuk menggambarkan kehidupan seorang manusia yang sempurna, iaitu gambaran perwatakan yang ideal. dalam epik ini, Rama merupakan pendukung watak yang harus diteladani oleh setap manusia kerana beliau merupakan pendukung watak yang harus diteladani oleh setiap manusia kerana beliau merupakan pendukung kewajipan, ideal pengorbanan diri, manusia yang penuh dengan kasih sayang serta pelindung kepada sesiapa sahaja yang cinta akan dharma. Rama digambarkan sebagai anak yang setia, suami yang bertanggungjawab, abgn yang dihormarmati, rakan yang setia, penegak keadilan dan sebagainya.

 iii) kehidupan orang India lebih terikat pada alam semula jadi dan kesenian. Dalam bidang seni halus, India telah mencapai kecemerlangan sejak awal tahun masihi lagi. Bidang muzik, tarian dan drama berkembang maju. Dalam muzik India, walaupun teori harmoni tidak begitu meluas, mereka mempungai raga yang lebih kompleks daripada corak melodi Barat. Raga dan ragini digunakan untuk menggambarkan waktu atau sesuatu musi, perayaan dan emosi.

Tradisi kesenian India juga menunjukkan bahawa seni tarian seni muzik mempunyai hubungan yang erat. antara tarian-tarian utama ialah Bharata Natyam yang penuh dengan tradisi, yang mana untuk menguasainya perlu mengambil masa bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai gerakan tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari demi untuk mempersembahkan tarian warisan lama yang dihormati ini secara lengkap, penuh dengan kegemilangan. India maju dalam seni logam terutamanya dalam bidang seni ukir. pembinaan dasar menampakkan sepenuhnya ciri-ciri seni bina Islam tetapi kerja-kerja pengindahan sesuatu bangunan banyak melibatkan ciri-ciri Hindu. Tiang Asoka merupakan contoh terbaik kemegahan seni bina dan seni ukir India. Kesusasteraan India awal menunjukkan bahawa bidang seni lukis India mencapai kemajuan pada zaman tersebut. Dinding Istana dan ruang dalaman ruman golongan berada dihiasa dengan lukisan-lukisan yang menarik. Kebanyakkan kuil gua (cave temples) India dihiasi dengan lukisan bersifat agama. Bidang seni bina Tamadun India pernah menjadi seni bina teragung pada zaman dahulu spt The Great Bath dan kekal sehingga ke hari ini dan menjadi daya tarikan pelancong.

 

Comments

Chat