USIM-IZZAH IZYAN's Aktiviti Tamadun Islam : Sub Topik 1 - OpenLearning
Asas-asas pembentukan tamadun
 
Ibnu Khaldun menyatakan bahawa tamadun adalah kemuncak pembangunan yang berkaitan dengan peningkatan kemewahan, keindahan suasana dan minat kepada pelbagai aspek industri yang boleh meningkatkan kualitinya termasuk keperluan kepada bahan-bahan makanan, pakaian, peralatan rumahtangga dan sebagainya. Selain itu, Sayyib Qutb ada mendefinisikan maksud tamadun Islam iaitu tamadun Islam adalah segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat yang berteraskan syariat Allah serta bercirikan nilai-nilai akhlak Islam.
 
Tamadun Islam
 
Tamadun Islam Adalah pencapaian manusia dalam aspek kehidupan secara bersepadu dan menyeluruh, berfokus kepada pembangunan manusia sebagai hamba dan khalifah Allah, bagi mencapai kesejahteraan dunia dan akhirat. Terdapat dua pandangan, bila bermulanya tamadun Islam iaitu pada pandangan pertama sejak zaman Nabi Adam, pembentukan institusi kekeluargaan, melalui kesihatan, pertanian dan penternakan. Manakala pandangan kedua pula ialah kelahiran agama Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad dan agama Islam yang bersifat menyeluruh iaitu dari segi akidah dan syariah lahir di tengah masyarakat jahiliyiah. Secara umum, tamadun ialah proses perubahan cara hidup manusia menjadi semakin sempurna, cekap dan berkesan. Menurut Ibnu Khaldun, manusia secara semula jadi dilahirkan dengan ciri-ciri madani. Tamadun berjaya dikembangkan apabila manusia memanfaatkan ciri-ciri madani yang dimanfaatkan itu. Ciri-ciri madani ialah beriman, menjaga hubungan dengan Allah, berilmu, untuk mengurus diri dan alam, beramal, bekerja keras, berakhlak, diri sendiri dan pihak lain, kemudian akhir sekali ialah bermasyarakat, dan menunaikan tanggungjawab sosial.
Tamadun Islam menitikberatkan empat asas iaitu aqidah,syariah,akhlak dan ilmu.Aqidah dalam Tamadun Islam merupakan asas kelahiran Tamadun Islam.Aqidah berasaskan tauhid. Aqidah berasal daripada perkataan Arab yang membawa erti kepercayaan.Menurut Hassan al Banna, Aqidah adalah hal- hal yang berhubung dengan kepercayaaan, keyakinan di dalam hati sehingga hati menjadi lebih tenteram. Dengan adanya kepercayaan dalam hati tentang Allah S.W.T, umat Islam disuruh untuk hidup bersatu padu, tolong-menolong, tiada perasaan hasad dengki di bawah akidah yang satu. Tujuan manusia hidup di atas muka bumi ini adalah semata-mata beribadah kepada Allah s.w.t. Itulah tujuan asal kehadiran mereka membangunkan muka bumi mengikut perintah Allah s.w.t. Maka semua aktiviti manusia sama ada yang berupa urusan dunia atau agama semuanya adalah dikira ibadah. Membangunkan muka bumi ini adalah dikira ibadah jika dengan niat untuk mendapatkan keredaan Allah s.w.t. Rasullulah adalah contoh yang terbaik dalam memakmurkan muka bumi iaitu ketika baginda berhijrah ke Madinah pertamanya iaitu membina  masjid kedua mempersaudarakan puak-puak yang bertelagah. Oleh itu, kesimpulannya di sini tamadun Islam telah lama wujud di muka bumi ini iaitu pada zaman Nabi Adam lagi.
 
Tamadun Islam menitikberatkan 4 asas iaitu aqidah, shariah, akhlak dan ilmu.
Aqidah merupakan asas kelahiran Tamadun Islam. Aqidah berasaskan tauhid. Aqidah berasal daripada perkataan Arab yang membawa erti kepercayaan/keyakinan’. Menurut etimologi bahasa Arab ‘aqidah’ terbitan daripada ‘aqada’(ikatan/simpulan). Bagi syariah, syariah membawa maksud undang-undang Allah SWT. Syariah mengatur hubungan manusia dengan Allah dan kedamaian di dunia. Syariah diwujudkan bagi menyelamatkan mereka untuk mencapai kehidupan abadi di akhirat kelak. Itulah tujuan (Maqasid al Syari’ah) diturunkan.
Bagi akhlak, perkataan “akhlak” berasal daripada Bahasa Arab “khuluq”. Maksudnya budi pekerti, perangai, sikap atau tabiat seseorang. Akhlak Baik (Mahmudah) adalah seperti jujur, sabar, ikhlas, benar, pemurah. Akhlak Buruk (Mazmumah) seperti hasad, riyak, takbur, ujub. Menurut iman al-Ghazali, akhlak ertinya kebiasaan manusia yang tetap yang wujud dalam diri manusia. Untuk menghasilkan tingkah laku yang baik, tidak memerlukan pemikiran. Menurut perspektif Islam, baik dan buruk adalah menurut ketentuan syarak. Akhlak Islam hendaklah didasarkan kepada al-Quran, al-Hadis dan pendapat Ulama.
Bagi ilmu dalam Tamadun Islam, Naqli (wahyu) membina asas tamadun berpandukan ketetapan Allah. ‘Aqli (kajian) merupakan mekanisma yang ada di dalam peradaban itu sesuai dengan fitrah semula jadi manusia.
 
Ciri-ciri Tamadun Islam amat penting bagi mewujudkan tamadun yang kukuh dan maju. Antara ciri-ciri Tamadun Islam ialah penggunaan tulisan. Penggunaan tulisan membantu mempercepatkan proses penyebaran kebudayaan Islam dan meningkatkan perkembangan ilmu yang memberi kesan terhadap perubahan dalam semua aspek kehidupan umat.
Ciri tamadun Islam yang lain termasuklah kemunculan kota atau bandar bagai menampung pertambahan penduduk yang sedia ada dan yang datang untuk pelbagai aktiviti lain.
Di samping itu, ciri yang tidak boleh dikesampingkan termasuklah wujudnya ketidakseragaman jenis bangsa yang memeluk Islam dan akhirnya turut sama-sama membentuk sebuah masyarakat Islam yang aktif dan maju. Perbezaan peranan yang dimainkan melahirkan pembahagian kerja seterusnya wujudnya suatu bentuk ekonomi bandar.
Ciri Tamadun Islam yang lain ialah wujudnya bangunan-bangunan bersejarah yang menjadi keagungan generasi berikutnya seperti istana-istana, masjid-masjid dan monumen-monumen penting yang lain.
Ciri Tamadun Islam ialah kewujudan negara Islam. Menurut sebahagian penulis antarabangsa, Islam adalah satu ciri Tamadun Islam yang tidak boleh dipertikaikan kerana sebarang aktiviti orang Islam hanya boleh dilakukan dengan bebas di dalam negara Islam.

Comments

Chat