Izatul Asyikin Binti Hamzah's Aktiviti Tamadun India : Sub Topik 3 - OpenLearning

Sumbangan Tamadun India Keupayaan untuk mewujudkan sebuah bandar terancang seperti Mohenjo-Daro dan Harappa memerlukan gabungan kepakaran sama ada dari sudut letak bandarnya mahupun dari sudut pengisiannya. Pemahaman tentang ilmu geometri, kesenian dan matematik sangat diperlukan untuk masyarakat Lembah Indus bagi mencapai kecemerlangan dalam perancangan Bandar. Pemahaman geometri: hasil daripada pertembungan tamadun ini dengan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba-bandar disusun berasaskan bentuk segi empat, diikuti oleh jalan raya yang lurus. Sifat Keterbukaan Sifat keterbukaan yang dibuktikan oleh tamadun ini dalam membuat hubungan dengan tamadun lain juga merupakan satu lagi aspek yang sangat penting. Tamadun Indus telah menunjukkan bahawa sesebuah masyarakat itu tidak mampu mencapai kecemerlangan tanpa membuat hubungan serta bertukar pandangan dengan pihak lain. Hubungannya dengan tamadun Mesopotamia serta tamadun Mesir Purba telah membolehkan kedua-dua belah pihak memperoleh manfaatnya sama ada dalam bentuk pertukaran teknologi atau seumpamanya. Dalam konteks hubungan antara tamadun Indus dengan tamadun Mesopotamia, segala pengaruh dari luar itu disesuaikan dengan keadaan dan suasana tempatan. Sains dan Teknologi Ahli matematik India telah mengetahui tentang konsep geometri - mendorongnya memperkenalkan sistem nombor (angka Brahmin dan angka Kharosti) yang mencecah ke angka perpuluhan.

Comments

Chat