BalHaikal's Aktiviti Pengenalan Ilmu Ketamadunan : Sub Topik 2 - OpenLearning
Definisi 
Tamadun berasal daripada kata kerja “Maddana” yang bermaksud membuka bandar atau kota serta aktiviti memperhalusi budi pekerti. “Madani” adalah kata sifat yang bermaksud sesuatu yang berkaitan dengan pembangunan perbandaran serta kehalusan budi pekerti yang terpuji. Madana & Madani sebenarnya berasal daripada “Deen” bermaksud “Agama” iaitu menggambarkan kehidupan beragama.
 
 
Perkataan lain untuk mentakrifkan tamadun ialah:
Hadarah yang merujuk kepada penempatan di bandar dan perilaku kehidupan yang tinggi.
Peradaban “Keadan dan tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani dalam sesebuah bangsa dan masyarakat”
Civilization “berasal daripada perkataan latin “Civitas” yang bermaksud bandar atau kota. 

Comments

Chat