1. Bagaimanakah kandungan buku-buku teks dapat memupuk hubungan etnik?
Buku teks merangkumi pelbagai aspek-aspek positif yang dapat memupuk perpaduan. Sehubungan dengan itu,sejarah tokoh-tokoh yang telah berjuang untuk kemerdekaan negara dapat memupuk hubungan etnik. Selain itu, terdapat pelbagai informasi yang dapat mewujudkan perpaduan di Malaysia.
2. Industri hiburan sebagai mekanisme pemupukan jalinan hubungan dalam kalangan masyarakat pelbagai budaya di Malaysia.
Industri hiburan memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan sesutu mesej. Ianya merupakan satu jalan untuk menyebarkan semangat perpaduan masyarakat. Contohnya, melalui konsert-konsert amal yang berunsurkan semangat perpaduan dan sebagainya. Selain itu, memaparkan iklan-iklan yang berunsurkan semagat perpaduan yang mana ianya memberi kesan terhadap masyarakat yang berbilang kaum.
3. Apresiasi seni (seni lakon, seni tampak, seni suara, seni reka, dll) dalam masyarakat pelbagai kaum.
Apresiasi seni merupakan suatu penilaian terhadap suatu karya seni, baik mengenali, menilai, dan menghargai nilai-nilai seni yang terkandung dalam karya seni tersebut. Selain itu, hasil daripada apresiasi ini kita juga boleh mengeratkan hubungan antara etnik.
4. Apakah kawalan-kawalan yang diperlukan dalam memupuk perpaduan kaum di Malaysia?
Ceramah atau perhimpunan yang melibatkan isu perkauman hendaklah dibanteras. Di samping itu, usaha Kerajaan mengadakan rumah terbuka untuk menyambut perayaan kaum mendapat sambutan yang amat menggalakan. Melalui sambutan rumah terbuka ini, secara tidak langsung akan mengeratkan hubungan antara kaum.
5. Orientasi parti politik yang ada sekarang lebih cenderung ke arah polarisasi kaum atau perpaduan?
Pada pendapat saya, parti politik sekarang lebih cenderung kepada polarisasi kaum daripada perpaduan. Justeru, hal ini dapat dilihat apabila masih ada banyak parti politik yang hanya memperjuangkan dan mementingkan kepentingan kaum mereka sendiri daripada bertolak ansur dengan kaum lain.
6. Orientasi Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang ada sekarang lebig cenderung ke arah polarisasi kaum atau perpaduan?
Pada pandangan saya, Orientasi Organisasi Bukan Kerajaan(NGO) lebih cenderung ke arah perpaduan kerana tujuan NGO adalah sebuah badan uniform yang tidak mencari keuntungan, kumpulan rakyat sukarela yang dianjurkan di peringkat tempatan, kebangsaan atau antarabangsa. Mereka amat mementingkan perpaduan daripada ke arah polarisasi kaum. Mereka sering mengadakan aktiviti gotong-royong secara beramai-ramai. Secara tidak langsung kita dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain.
7. Permainan tradisional masyarakat Malaysia sebagai warisan dan wadah memupuk persafahaman antara pelbagai etnik.
Setiap etnik mempunyai permainan tradisional yang tersendiri. Semua permainan ini boleh dimain beramai-ramai oleh semua etnik. sehubungan dengan itu, melalui permainan tradisional ini kita dapat menjalin kemesraan dengan semua kaum etnik di negara kita.