Rahsia konsep kepimpinan Steve Jobs iaitu Apa yang selalu diinginkan Steve Jobs adalah mencipta seuatu yang terbaik. Kerana bagi beliau jika hendak melakukan sesuatu kita perlu melakukannya dengan bersungguh-sungguh dan bukan menjadikan prinsip janji siap sebagai pegangan hidup. Tidak hanya pada membuat produk, Steve Jobs akan memberikan kualiti sentuhan terbaik pada produknya. Sifat kepimpinan yang ditunjukkan oleh Steve Jobs ialah sentiasa berusaha ke hadapan lebih daripada orang lain dan berfikir diluar kotak dalam menjana idea-idea yang baharu. Steve Jobs juga memegang kata-katanya “passion, vision and great”. Dengan tiga kata kunci ini, saya dapat mengetahui siapa sebenarnya Steve Jobs dalam sifat kepimpinan yang dibawakan oleh beliau.
Assalammualaikum kepada Dr Azamri Mansor
Berdasarkan kepada pemerhatian saya terhadap tayangan video yang telah saya tonton ketiga-tiganya, dapatlah saya rumuskan bahawa, kepimpinan amat penting dalam kehidupan kita. Setiap manusia memang dilahirkan dengan sifat kepimpinan sama ada tinggi mahupun rendah, tetapi semua itu boleh dipupuk dan jika kita ada minat yang tinggi dalam sesuatu yang kita inginkan.
Seterusnya, gaya kepimpinan juga memainkan peranan yang penting dalam seseorang pemimpin memimpin dalam sebuah pentadbiran organisasi. pemimpi yang mempunayi gaya kepimpinan yang sesuai dan fleksibel amat dituntut oleh pengikut-pengikutnya supaya sentiasa disokong dari semasa ke semasa. Pemimpin yang lebih mementingkan kebajikan pengikutnya berbanding dirinya sendriri amat dipandang tinggi dan dihormati. Selain itu, minat yang mendalam di dalam bidang yang dipimpin hendaklah wujud di dalam jiwa seseorang pemimpin. Minat yang mendalam dalam sesustu bidang yang diceburi akan melahirkan semangat rajin bekerja serta berdedikasi.
Kepimpinan Tun Razak memang tidak dinafikan sangat memberi impak yang besar kepada negara terutama dalam pembangunan masyarakat melayu luar bandar. Kepimpinan beliau yang berkisarkan kepada kesetiaan, kejujuran dan keikhlasan mampu mengangkat kualiti kepimpinan dalam mencorakkan negara pada masa akan datang. Legasi Tun Razak banyak berkisar kepada tiga perkara iaitu kesetiaan, kejujuran dan keikhlasan Kalau kita dapat yakinkan orang ramai, kita jujur, kita setia kepada pemimpin dan parti, sudah tentu tidak ada masalah yang tidak akan dapat diatasi.
Kesimpulannya, peribadi seseorang pemimpin boleh memberi kesan dan impak kepada pengikut dalam melaksanakan tugas. Pemimpin yang berdedikasi merupakan individu yang berupaya mendengar, berkongsi dan memahami perasaan dan masalah-masalah yang dihadapi oleh ahli masyarakat. Sekian, Terima Kasih.
Disini saya ingin memohon maaf keatas kelewatan saya menghantar tugasan Dr.