Perkataan 'tamadun' kebiasaannya menggambarkan kemajuan kebendaan (material) sesebuah masyarakat. Dari perspektif semasa pula, perkataan 'tamadun' selalunya merujuk kepada pencapaian yang tinggi dalam sains dan teknologi selari dengan penonjolannya dalam tamadun Barat pada zaman ini
Dari sudut etimologi, perkataan tamadun berasal dari bahasa arab iaitu madan. maddan bermaksud:
- membangunkan atau memajukan
- menduduki sesuatu tempat atau bandar
- menjadikan seseorang kepada kelakuan bandar.
Selain itu, perkataan yang memberi maksud tamadun dalam bahasa inggeris adalah civilization yang berasal dari perkataan bahasa latin iaitu civitas yang membawa maksud bandar. civilization membawa maksud:
- sifat kemasyarakatan yang positif
- berunsur kebandaran
- sopan santun
- kerakyatan
- sivil dan sivik
Bagaimana pun penulis yang lebih awal mengupas dan mengenengahkan idea pengajian ketamasunan ini adalah Ibn Khaldun. Ibn Khaldun menggunakan istilah ‘umran atau istilah lain 'hadharah' bagi menjelaskan makna dan maksud tamadun suatu wilayah atau bandar yang merangkumi organisasi sosial dan budaya.
Antara Penulis lain yang boleh dianggap pelopor dalam bidang pengajian ini adalah Farid Wajdi dan Muhammad Abduh. Muhammad abduh menggunakan istilah madaniyyah yang bermaksud masyarakat yang bertamadun.
MUHAMMAD HAFIZI BIN MISSGIMAN
DD120045
UTHM