Pengenalan Ilmu Ketamadunan : FAKTOR KEJAYAAN DAN KEJATUHAN TAMADUN - OpenLearning

Faktor penyumbang kejayaan tamadun:

1.      Politik yang kukuh merupakan faktor utama yang menentukan jangka sesebuah tamadun. Contohnya, tamadun Mesopotamia dengan system Kod Hammurabi. Tamadun Mesir dengan Raja Firaun dan system hierarkinya.

2.      Kedudukan yang strategic juga penyumbang kejayaan sesebuah tamadun. Ia untuk bertujuan memperoleh sumber semula jadi demi kelangsungan hidup. Faktor lokasi merujuk kepada kesesuaian factor geografi.

3.      Rangsangan keagamaan dan kerohanian. Ajaran agama dan amalan rohani mendorong manusia supaya menghayati nilai-nilai kehidupan yang murni serta membentuk kehidupan bertamadun. Contohnya, kemunculan tamadun Islam banyak dipengaruhi oleh penghayatan cara hidup Islam.

4.      Interaksi antara tamadun. Sikap toleransi kepada sumbangan tamadun lain menggambarkan sikap terbuka untuk menerima nilai yang baik daripada tamadun tersebut dan seterusnya membantu kepada kemunculan tamadun baharu. Interaksi antara dua ttamadun atau pelbagai tamadun memungkinkan berlaku penyebaran pengaruh psoitif dalam bidang agama, politik, ekonomi dan sebagainya.

 

Faktor Kejatuhan Tamadun:

 

1)      Berlaku jurang antara orang kaya dan miskin. Jurang perbezaan yang ketara dapatdiperhatikan di penghujung tamadun Romawi pada abad ke-3 dan ke-4 masihi, Ia menimbulkan konflik dan pertentangan yang membawa kepada keruntuhan masyarakat dan Negara.

2)      Penindasan dan kezaliman juga berlaku. Kehidupan bertamadun sudak tidak bermakna apabila sitem ketatanegaraan dan perundangan tidak dihormati. Berdasarkan sejarah, kemerosotan tamadun Yunani, tamadun Romawi dan tamadun Islam boleh dikaitkan dengan keruntuhan moral dan nilai terutamanya dalam kalangan pemimpin.

3)      bencana alam ialah salah satu penyebab kemerosotan tamadun. Walau bagaimanapun, factor ini di luar kawalan manusia untuk menghalangnya daripada terjadi.

Comments

Chat