ASAS-ASAS TAMADUN ISLAM
Tamadun Islam mempunyai asas-asas yang kukuh yang membolehkannya menjadi satu tamadun yang hebat di dunia. Asas-asas tersebut ialah akidah, syariah, dan akhlak. Akidah Merupakan iman atau kepercayaan kepada Allah S.W.T yang diikat oleh ucapan dua kalimah syahadah. Akidah merupakan asas tamadun islam yang paling utama sekali. Kekuatan akidah dapat membantu manusia membezakan antara yang buruk dan yang baik dan dapat membina tamadun dengan cara yang diredhai.
Syariah pula merupakan asas Tamadun Islam yang kedua penting selepas akidah. Ia mengandungi peraturan-peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T untuk dipatuhi dan dilaksanakan oleh manusia. Sifatnya yang muktamad menyebabkan manusia tidak berhak mengubahnya. Segala masalah yang timbul semasa proses pertamadunan dapat diatasi dengan adanya syariah.
Seterusnya akhlak, menurut islam akhlak bererti meletakkan keimanan kepada Allah dalam bentuk praktis. Segala perilaku dan perbuatan mestilah berteraskan keimanan untuk membina tamadun yang kukuh dan disegani.
AGEN PELENGKAP TAMADUN ISLAM
Asas-asas yang kukuh adalah memainkan peranan penting dalam pembentukan sesuatu tamadun. Namun, untuk mencapai pembangunan dan kemajuan sesuatu tamadun itu terdapat dua kategori agen pelengkap di dalam tamadun islam iaitu ILMU PENGETAHUAN dan KEKUATAN MATERIAL.
Ilmu menurut perspektif Islam hendaklah bermula dari ilmu yang sifatnya rabbani ( ketuhanan ). Keilmuan mengikut Tamadun Islam merupakan nilai yang tidak terpisah dari Islam. Akidah Islam tegak di atas keilmuan. Perhatian Islam terhadap kepentingan ilmu jelas di dalam Al-quran. Dalam surah Al-Alaq, terdapat perkataan Iqra’ ( bacalah ) dan Qalam ( pena ). Ilmu yang tinggi dapat menyuburkan daya keimanan dan pemikiran seorang pembina tamadun. Oleh kerana kepentingan ilmu memberi kebaikan masa hidup dan mati manusia, Islam mewajibkan ke atas setiap muslim menuntut ilmu pengetahuan.
Kekuatan Material pula ialah nilai kebendaan. Ia juga penting dalam Tamadun Islam kerana Al-quran Sunnah menekankan ibadah dalam bentuk material seperti menunaikan zakat , jihad mali (harta ) dan lain-lain. Kekuatan material dapat membantu dalam pembangunan sains dan teknologi seperti penyediaan teknologi persenjataan untuk mempertahankan kalimah Allah dan maruah Islam.
Rujukan
1. Pengertian Tamadun Islam (Konsep Tamadun Islam)
2. Konsep Asas Tamadun Islam
3. Konsep Asas Pembentukan Tamadun Islam
MUHAMMAD HAFIZI BIN MISSGIMAN
DD120045
UTHM