UKM-AU-MUHAMMAD HAFIZ AHMAD RUSLI's Aktiviti Tamadun India : Sub Topik 2 - OpenLearning
Ramayana dari bahasa Sanskrit Rāmāyaṇa yang berasal dari kata Rāma dan Ayaṇa yang berarti "Perjalanan Rama", adalah sebuah cerita epikdari India. Cerita epik lainnya adalah Mahabharata.  Antara dua faktor luar yang mempengaruhi penghasilan karya dalam bahasa Melayu, iaitu pengaruh animisme yang terdapat di dalam mitos dan legenda. Satu lagi ialah pengaruh Arab-Parsi. Orang-orang Melayu yang memeluk Islam pada ketika itu adalah mereka yang berpegang kepada kepercayaan animisme.  Golongan bangsawan pada masa itu pula menganuti agama Hindu.  Sebagai golongan yang tertinggi di dalam hierarki sosial golongan ini dikelilingi oleh pendeta-pendeta yang pandai dalam tulisan nagari dan pallava. Karya-karya berunsur Hindu yang ditulis oleh oleh para pendeta itu terdapat di istana.  Rakyat jelata yang diletakkan di dalam kasta rendah menurut tradisi Hindu itu (sebenarnya tidak pun menghayati ajaran agama tersebut) tidak boleh merapati istana. Setelah Islam bertapak dan konsep persamaan hak dipraktikkan, seluruh bangsa Melayu mengetahui akan kewujudan karya-karya Hindu tersebut.  Pada hakikatnya, Kesusasteraan Melayu dapat berkembang pesat kerana adanya kecenderungan dan usaha-usaha pengembangan agama Islam menggunakan sastera sebagai alat penyebarannya.  Kegiatan-kegiatan seumpama itu telah mendorong sasterawan Islam menghasilkan roman-roman Islam untuk menggantikan epik-epik Hindu, seperti Mahabharata dan Ramayana.

ii)  Dari segi pendidikan dan kokurikulum ada disediakan teks dan bahan dari karya sastera tamil atau india sebagai satu mata pelajaran di sekolah-sekolah vernakular Tamil.  Selain itu. terdapat juga panduan bahasa/ tatacara bahasa untuk  pelajar belajar dan menggunakan bahasa dengan betul.  Terdapat juga panduan hidup yang dianggap penting untuk dipelajari oleh masyarakat hindu untuk kehidupan mereka.  Dari segi kesenian contohnya tarian juga terdapat unsur daripada karya ini.  Pembinaan kuil-kuil juga menngunapakai unsur-unsur daripada sastera tamil.

Comments

Chat