1. Bagaimanakah kandungan buku-buku teks dapat memupuk hubungan etnik?
1. Kandungan buku teks dapat memupuk hubungan etnik dengan cara menerapkan elemen perpaduan dengan mengubahsuai kandungan silibus mengikut keperluan masa kini supaya lebih futuristik dan berdaya saing bersama etnik lain. Ianya perlulah menyentuh lebih tentang elemen perpaduan yang mana sebelum ini hanya menekankan elemen patriotisme sahaja. Selain itu, kandungan buku teks tersebut perlu menerangkan dengan lebih mendalam tentang sumbangan kaum lain dalam memperjuangkan kemerdekaan kerana selama ini dilihat buku teks banyak mengetengahkan sumbangan kaum Melayu sahaja. Tidak ketinggalan juga, ianya perlulah menggambarkan pemupukan elemen perpaduan dan patriotisme kerana selama ini kandungan tersebut, sekali lagi, lebih terarah kepada kaum Melayu sahaja. Maka,perlulah menerapkan tema yang menjurus kepada meningkatkan tahap integrasi antara kaum.
2. Industri hiburan sebagai mekanisme pemupukan jalinan hubungan dalam kalangan masyarakat pelbagai budaya di Malaysia.
2. Industri hiburan juga banyak memainkan peranan sebagai mekanisme pemupukan jalinan hubungan dalam kalangan masyarakat pelbagai budaya di Malaysia. Contohnya di dalam bidang perfileman. Cerita terkenal pada masa kini iaitu Talentime yang diarahkan oleh allahyarhamah Yasmin Ahmad yang menceritakan perhubungan antara kaum selain menerapkan kisah persahabatan dan percintaan antara remaja tanpa mengira bangsa. Cerita Gerimis nukilan allahyarham P.Ramlee turut menceritakan perkahwinan di antara kaum Melayu dan India. Tidak ketinggalan juga karya Sesudah Suboh, yang turut mengetengahkan sekali lagi,kisah cinta antara lelaki Melayu dan gadis Cina. Dalam bidang nyanyian pula, kumpulan penyanyi bukan Melayu, Alleycat amat terkenal dalam menyanyikan lagu Melayu yang turut diterima oleh kaum Melayu dan juga bukan Melayu. Perjuangan yang sama turut dilaksanakan kumpulan OAG, Pop Shuvit, Jacyln Victor dan Estranged. Banyak juga dapat disaksikan dalam bidang muzik yang mana banyak lagu dilihat dapat meningkatkan semangat cinta dan patriotik terhadap Negara yang turut mengetengahkan kesepaduan antara kaum seperti lagu Satu Malaysia dan Keranamu. . Kehebatan muzik ini tidak dinafikan berjaya menembus sempadan bangsa, budaya dan bahasa. Permainan tradisional alat muzik sesuatu kaum juga pada masa sekarang semakin mahir dimainkan dan didendangkan oleh kaum lain. Contohnya seruling pernah digunakan kumpulan Alleycat di dalam salah satu persembahan mereka.
3. Apresiasi seni (seni lakon, seni tampak, seni suara, seni reka, dll) dalam masyarakat pelbagai kaum.
3. Sayangnya apresiasi seni termasuk seni lakon, seni tampak, seni suara, seni reka dan lain-lain kurang mendapat sambutan dalam masyarakat pelbagai kaum. Rata-rata rakyat pada masa kini walaupun berduit, tidak mahu menyumbang untuk seni seperti ini. Kita ambil contoh kehidupan seorang pelukis. Kebanyakan orang yang tidak berkecimpung di dalam bidang ini tidak pernah mengetahui dengan lebih mendalam apa yang cuba disampaikan oleh si pelukis di dalam lukisannya. Ini tidak termasuk nilai kain kanvas dan cat yang digunakan untuk menghasilkan masterpiece mereka. Nasib yang sama dihadapi dunia teater. Jika bukan diteaterkan oleh golongan artis ternama, majoriti respon yang diterima adalah “Nobody’s goes there anymore”. Mereka tidak mahu melabur sedikit pun dalam menghayati seni yang semakin lupus ini. Sedikit pun tidak mahu meluangkan masa menerokai khazanah yang hampir lupus ini. Tidak ketinggalan bagi kaum India dan Cina juga. Walaupun masih ada golongan minoriti yang masih menyokong hasil seni seperti ini, namun, mereka tidak menjadikan ianya sebagai mata pencarian utama, malah ada antara mereka yang tidak tahu menghargai pun hasil-hasil seni seperti ini. Media- media perdana juga tidak memainkan peranan mereka dalam memelihara karya-karya ini. Mengambil contoh dari pengalaman sebenar. Cerita Rebel Three yang melibatkan lakonan tiga kaum besar di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India yang berjuang menuntut kemerdekaan. Sayangnya promosi jalanan teater ini tidak diendahkan hampir seluruh rakyat kita.
4. Apakah kawalan-kawalan yang diperlukan dalam memupuk perpaduan kaum di Malaysia?
4. Antara kawalan-kawalan yang diperlukan dalam memupuk perpaduan kaum di Malaysia adalah sekolah-sekolah Vernakular perlulah lebih menekankan semangat kesepaduan mengatasi kepentingan kaum sendiri sahaja. Selain itu, parti-parti politik perlulah mengelakkan menggunakan isu perkauman untuk meraih undi. Badan-badan berkaitan pula perlulah mengawasi kebebasan bersuara di Malaysia. Slot sejarah juga boleh diketengahkan ketika waktu-waktu puncak tayangan televisyen. Tetapi slot ini perlulah cukup untuk meyakinkan rakyat tentang pentingnya kesepaduan antara kaum dalam mengekalkan keamanan antara etnik ini. Rakyat perlu lebih mengetahui dan mampu menilai dengan lebih baik tentang peranan-peranan ikon pasca kemerdekaan yang semua tahu melibatkan wakil dari pelbagai kaum. Bukan Melayu sahaja. Kita juga perlulah mengajar sejarah kepada generasi muda melalui penerapan nilai- nilai murni dan tidak terlalu mengetengahkan perjuangan kemerdekaan sahaja. Sebaliknya lebih menuju ke arah mengekalkan keamanan yang sedia ada antara etnik. Mentaliti rakyat juga perlu diselaraskan supaya lebih terbuka dan menerima hubungan dengan etnik lain dan tidak bersifat ‘racist’.
5. Orientasi parti politik yang ada sekarang lebih cenderung ke arah polarisasi kaum atau perpaduan?
Orientasi parti politik yang ada sekarang lebih cenderung ke arah polarisasi kaum tidak kira parti politik kaum Melayu, Cina mahupun India. Mungkin orientasi ini dilihat senang untuk meraih undi selain membangkitkan sentimen yang tidak perlu pun pada asalnya. Rata- rata tidak meneliti dengan lebih mendalam polisi serta strategi ekonomi sebaliknya lebih bersifat politik bangsa dan agama.
6. Orientasi Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang ada sekarang lebig cenderung ke arah polarisasi kaum atau perpaduan?
Orientasi organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang ada sekarang juga lebih cenderung ke arah polarisasi kaum. Contohnya PERKASA yang lebih menumpukan ekonomi orang Melayu dan Dong Jiao Zong yang lebih kepada kepentingan pendidikan kaum Cina sahaja.
7. Permainan tradisional masyarakat Malaysia sebagai warisan dan wadah memupuk persafahaman antara pelbagai etnik.
Idea mengenai permainan tradisional masyarakat Malaysia sebagai warisan dan wadah memupuk persefahaman antara pelbagai etnik nyatanya dilihat belum lagi dapat memupuk persefahaman antara etnik sepenuhnya. Contohnya sepak takraw yang masih dimonopoli kaum Melayu. Dan sehingga hari ini, belum disaksikan penyertaan oleh etnik lain.