nik nur eliza fizrin binti md ali's Aktiviti Pengenalan Ilmu Ketamadunan : Sub Topik 3 - OpenLearning
Faktor penyumbang kejayaan tamadun:
 
1) Politik yang kukuh merupakan factor utama yang menentukan jangka sesebuah tamadun. Contohnya, tamadun Mesopotamia dengan sistem Kod Hammurabi. Tamadun Mesir dengan Raja Firaun dan system hierarkinya.
 
2) Kedudukan yang strategik juga penyumbang kejayaan sesebuah tamadun. Ia untuk bertujuan memperoleh sumber semula jadi demi kelangsungan hidup. Faktor lokasi merujuk kepada kesesuaian factor geografi.
 
3) Rangsangan keagamaan dan kerohanian. Ajaran agama dan amalan rohani mendorong manusia supaya menghayati nilai-nilai kehidupan yang murni serta membentuk kehidupan bertamadun. Contohnya, kemunculan tamadun Islam banyak dipengaruhi oleh penghayatan cara hidup Islam. 
 
4) Interaksi antara tamadun. Sikap toleransi kepada sumbangan tamadun lain menggambarkan sikap terbuka untuk menerima nilai yang baik daripada tamadun tersebut dan seterusnya membantu kepada kemunculan tamadun baharu. Interaksi antara dua ttamadun atau pelbagai tamadun memungkinkan berlaku penyebaran pengaruh psoitif dalam bidang agama, politik, ekonomi dan sebagainya.
 
Faktor Kejatuhan Tamadun 
 
1)Ketidakadilan : Berlaku jurang antara orang kaya dan miskin menimbulkan konflik dan pertentangan yang membawa kepada keruntuhan masyarakat dan Negara.
2)Penindasan dan kezaliman: Kehidupan bertamadun tidak bermakna apabila sistem ketatanegaraan dan perundangan tidak dihormati. Berdasarkan sejarah, kemerosotan tamadun Yunani, tamadun Romawi dan tamadun Islam boleh dikaitkan dengan keruntuhan moral dan nilai terutamanya dalam kalangan pemimpin.

3) Bencana alam: Di luar kawalan manusia untuk menghalangnya daripada terjadi. contoh gempa bumi, banjir besar dan wabak penyakit.

Comments

Chat