1. Bagaimanakah kandungan buku-buku teks dapat memupuk hubungan etnik?
Kandungan yang terdapat di dalam buku teks yang digunakan oleh pelajar zaman sekarang merangkumi pelbagai aspek termasuklah berkaitan dengan adat resam, budaya dan pelbagai info mengenai sesebuah etnik yang terdapat di sesuatu tempat. Dengan adanya bahan bacaan seperti ini, semua masyarakat terutama pelajar dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai sesuatu etnik dan juga akan mewujudkan persefahaman antara setiap kaum.
2. Industri hiburan sebagai mekanisme pemupukan jalinan hubungan dalam kalangan masyarakat pelbagai budaya di Malaysia.
Industri hiburan merupakan salah satu elemen penting yang digunakan pada zaman sekarang bagi membantu memupuk jalinan perhubungan dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Selain itu, rancangan yang di siarkan kepada masyarakat juga banyak mengaitkan tentang pelbagai etnik yang mana ini dapat memberikan input yang positif kepada penonton.
3. Apresiasi seni (seni lakon, seni tampak, seni suara, seni reka, dll) dalam masyarakat pelbagai kaum.
Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik yang kaya dengan pelbagai corak seni yang menggambarkan etnik masing-masing. Kesepaduan sosial dalam hubungan antara etnik yang terhasil daripada aktiviti seni dapat dilihat semasa proses penghasilan sesuatu kesenia yang dijalankan dan produk kesenian. Contohnya, seni lakon memerlukan saling bergantungan antara etnik lain untuk menjayakannya .Oleh itu, individu dapat mempelajari dan memahami apa yang menjadi amalan kumpulan etnik yang lain. Penglibatan pelbagai etnik mewujudkan interaksi dalam kumpulan yang berbilang kaum.
4. Apakah kawalan-kawalan yang diperlukan dalam memupuk perpaduan kaum di Malaysia?
Banyak perkara harus diteliti dan dikawal dalam memupuk perpaduan kaum di Malaysia supaya tidak menimbulkan sebarang salah faham dan spekulasi perkauman. Dalam hal ini, antara perkara yang harus dititikberatkan ialah sensitiviti perkauman.Selain itu, kawalan dariSEGIbatas-batas pergaulan harus dijaga kerana setiap agama yang terdapat di negara ini mempunyai undang -undang dan batasnya. Tambahan pula, semua puhak haruslah memainkan peranan mereka masing-masing dalam memupuk semangat perpaduan ini dalam diri mereka.
5. Orientasi parti politik yang ada sekarang lebih cenderung ke arah polarisasi kaum atau perpaduan?
Pemimpin sepatutnya memimpin rakyat dan menjadi individu pertama yang mempertahankan negara.Malangnya, daripada pemerhatian saya, parti politik masa kini lebih memilih polarisasi kaum daripada perpaduan atau dengan erti kata lain lebih memilih untuk memenuhi kepentingan parti daripada kepentingan negara sehingga kadangkala mereka lantang mempertikaikan hak-hak kaum lain yang akan melukakan perasaan kaum lain. Hal ini jelas apabila masih ada banyak parti politik yang hanya memperjuangkan dan mementingkan kepentingan kaum mereka sendiri daripada bertolak ansur dengan kaum lain.
6. Orientasi Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang ada sekarang lebig cenderung ke arah polarisasi kaum atau perpaduan?
Orientasi organisasi bukan kerajaan (NGO) merupakan suatu badan beruniform yang mana tujuan penubuhannya adalah untuk memperjuangkan hak-hak kepentingan yang mereka mahukan tanpa campur tangan kerajaan. Selain itu, pertubuhan ini ditubuhkan bukanlah bertujuan untuk mencari keuntungan semata-mata. Pada pendapat saya NGO pada masa sekarang lebih mengutamakan perpaduan berbanding polarisasi kaum. Hal ini jelas terbukti melalui aktiviti yang diadakan kebanyakan NGO pada hari ini yang mana berbentuk gotong-royong beramai-ramai bagi membantu pihak yang memerlukan serta menubuhkan Rukun Tetangga yang mana berfungsi bagi menjaga keselamatan dan keharmonian kaum. Dengan adanya aktiviti seperti ini, hubungan yang erat antara kaum dapat dijana.
7. Permainan tradisional masyarakat Malaysia sebagai warisan dan wadah memupuk persafahaman antara pelbagai etnik.
Permainan tradisional merupakan permainan yang diwarisi sejak zaman nenek moyang kita lagi. Setiap kaum mempunyai permainan tradisional mereka masing-masing seperti congkak, silat, wau dan batu seremban bagi kaum melayu, mahjong, yoyo cina dan xiangqi bagi kaum cina dan kho-kho, chaturanga dan kabadi bagi kaumINDIA. Malaysia merupakan sebuah negara yang didiami oleh pelbagai etnik. Oleh itu, dengan adanya pelbagai permainan tradisional bagi setiap etnik ini akan menghasilkan persefahaman antara pelbagai etnik di Malaysia.