syahir ishak's Aktiviti Pengenalan Ilmu Ketamadunan : Sub Topik 2 - OpenLearning
1.       Definisi Tamadun
Perkataan ‘tamadun’ digunakan bagi menggambarkan kemajuan sesebuah masyarakat khausunya dari sudut ilmu pengetahuan dan fizikal. Dari perspektif semasa, perkataan ‘tamadun’ merujuk kepada pencapaian yang tinggi dalam sains dan teknologi. Perkataan tamadun itu sendiri adalah dari bahasa Arab yang telah diterima pakai dalam bahasa Melayu (dalam bahasa Indonesia istilah peradaban lebih popular penggunaannya). Dari sudut etimologinya ia berasal daripada kalimah maddana iaitu kata kerja merujuk kepada perbuatan membuka bandar atau kota serta perbuatan memperhalus budi pekerti. Daripada perkataan ini diterbitkan perkataan madani yang merupakan sifat nama. Madani merujuk kepada sifat sesuatu yang berkaitan dengan pembangunan perbandaran serta kehalusan budi pekerti yang terpuji. Kedua-dua perkataan maddana dan madani sendiri sebenarnya berasal daripada deen yang bermaksud agama, iaitu menggambarkan kehidupan beragama.
 
2.       Bahasa Arab         
·         Al-Umran (الــعــمــران- merujuk kepada binaan, bangunan, membaiki dan lain-lain.
·         Al-Hadarah (الــحــضــارة-merujuk kepada maju; kemajuan, pembangunan.
Tulisan beliau Tarikh Ibn Khaldun dan al-Muqaddimah menggunakan istilah tamadun sebagai   al-umran dan al-hadarah.
·         Al-Bunyan (الــبـنـيـان-merujuk kepada binaan; bangunan.
·         Al-Thaqafah (الــثـقــافــة-merujuk kepada budaya; ilmu pengetahuan, kebudayaan.
·         Al-Madaniyyah (الــمـدنــيــة-merujuk kepada pekan, bandar, kota dan sifat kebandaran manusia seperti lakuan akhlak, kehalusan adat sopan dan sebagainya. Sarjana Muslim Abu Nasr al-Farabi (870-950M) al-Siyasah al-Madaniyyah (Pemerintahan Negara Kota) Telah memperkenalkan istilah al-madaniyyah pada abad ke 10M. Istilah ini merujuk kepada sebuah kehidupan bernegara (bermasyarakat) yang berteraskan akidah, syariah serta kemuliaan akhlak.
·         maddana Berasal daripada bahasa Arab iaitu membangunkan sesuatu kawasan sehinggan menjadi perbandaran. Kata dasar maddanasebenarnya merujuk kepada “deen” iaitu menggambarkan kehidupan beragama.
·         Jesteru itu pentakrifan tamadun sepatutnya menggabungkan dua elemen iaitu pembangunan bandar dan kehalusan budi pekerti yang berteraskan kehidupan beragama.
Nama lain yang turut memberi pengertian tamadun ialah hadarah, umran dan madaniyyah.
·         Tamaddun mula diperkenalkan oleh Jurji Zaydan [1861-1914 M] seorang  seorang sarjana Arab Kristian yang berpengetahuan luas dalam tamaddun Islam dan tamaddun Barat, beliau menggunakan istilah tamaddun Pada abad 19 dalam tulisan-tulisannya terutama Majalah al-Hilal yang diasaskan pada 1892 mempopularkan istilah al-tamaddun.
3.       Bahasa Inggeris
·         “Culture”  refined understanding and appreciation of art, literature, etc. (pemahaman dan penikmatan kesenian, kesusasteraan dan lain-lain yang halus).
·         state of intellectual development of a society – (keadaan perkembangan intelektual sesuatu masyarakat).
·         customs, art, social institutions, etc of a particular form of culture –(adat, sastera, institusi sosial, dan lain-lain dari kumpulan atau orang-orang tertentu).
·         Daripada istilah “civilize” cause somebody or something to improve from a primitive stage of human society to more developed one – (menyebabkan seseorang atau sesuatu menjadi bertambah baik dari peringkat primitif masyarakat manusia kepada peringkat yang lebih maju).
·         Tamadun diistilahkan sebagai “civilization”, mula diperkenalkan dan digunakan dengan meluas pada abad ke 19M.
·         “Civilization”  becoming or making somebody civilized- (menjadi atau membuat seseorang bertamadun).
·         Diambil daripada perkataan Latin yang merujuk kepad “city” atau “civitas” yang memberi maksud bandar atau kota.
·         Perkataan lain yang pernah digunakan bagi membawa maksud yang sama ialah culture, urbanization dan renaissance.
 
Clive Bell (1881-1964)
Para sarjana Barat mula membincangkan aspek dan teori ketamadunan pada awal abad ke 19M. seperti tokoh Clive Bell (1881-1964) was a British art critic and philosopher of art who defended abstract art. Bukunya Civilization and Old Friends menegaskan bahawa tamadun merupakan kriteria masyarakat selain menjadi kayu ukur penentu tahap pencapaiannya.
4.       Bahasa Melayu (Kamus Dewan):
•          Keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran sosial, budaya, politik dan lain-lain yang tinggi dan peradaban.
•          Perkataan lain yang digunakan bagi merujuk maksud tamadun ialah peradaban dan budaya.
 
5.       Pandangan  Tamadun dari Perspektif Islam dan Barat
a.       Perspektif Islam:
Tamadun ialah segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat seperti system sosial, pemerintahan, politik, ekonomi dan kebudayaan yang berteraskan syariat Allah serta bercirikan nilai-nilai moral Islam.
 
 
b.      Perspektif Barat
Tamadun ialah satu system masyarakat yang dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran atau produktiviti dan ia mempunyai empat elemen iaitu bahan ekonomi, sistem politik, pengetahuan dan seni.

Comments

Chat