RISAL BIN ABD FIKKAH's 3.4.4 Aktiviti 4 - OpenLearning

1. Bagaimanakah kandungan buku-buku teks dapat memupuk hubungan etnik?


Kandungan buku-buku teks sedikit sebanyak dapat membantu dalam memupuk hubungan etnik. Subjek-sebjuek yang berkaitan sejarah memberi pengajaran tentang peristiwa lampau dan di mana segregai kaum membawa kepada sebuah pergolakan. Sehubungan itu, terdapat banyak pengajaran yang boleh dipelajari dan nilai memupuk hubungan antara etnik adalah penting untuk mengelakkan taragedi dari berulang.

2. Industri hiburan sebagai mekanisme pemupukan jalinan hubungan dalam kalangan masyarakat pelbagai budaya di Malaysia.


Sememangnya media memainkan peranan penting dalam memupuk jalinan antara masyarakat. Pelbagai medium boleh digunakan seperti muzik,seni, fesyen, dan pelbagai lagi. Gabungan pelbagai mayarakat untuk memaparkan hiburan berunsurkan masyarakat majmuk dan harmoni daapt menunjukkan nilai-nilai murni dalam kehidupoan berbilang kaum.

3. Apresiasi seni (seni lakon, seni tampak, seni suara, seni reka, dll) dalam masyarakat pelbagai kaum.


Setiap kaum kaum mempunyai nilai keenian tersendiri. Kesenian ini bukan sahaja diamalkan oleh kaum tersebut, malah kaum lain turut menunjukkan minat dan ingin mempelajari seni tersebut.

4. Apakah kawalan-kawalan yang diperlukan dalam memupuk perpaduan kaum di Malaysia?


Kawalan yang perlu ada ialah sesuatu peruntukan undang-undang yang mengawal daripada perkara yang mengugat ketenteraman awam. Sehubungan itu, mengambil tindakan terhadap pihak-pihak yang cuba memecahbelahkan perpaduan kaum dengan media-media seperti di dalam media sosial atau blog. Hal ini kerana terdapat pihak yang mampu menyuarakan pendapat berbaur perkauman dan menjurus kepada persengketaan.

5. Orientasi parti politik yang ada sekarang lebih cenderung ke arah polarisasi kaum atau perpaduan?


Parti politik kini cenderung kepada sesuatu yang berorientasikan perpaduan seperti pihak kerajaan yang memperkenalkan konsep 1Malaysia yang memupuk nilai perpaduan kaum dalam Malaysia. Selain itu, barisan parti-parti politik yang terdiri daripada kaum-kaum yang berlainan berdasarkan pihak yang mereka wakili.

6. Orientasi Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang ada sekarang lebig cenderung ke arah polarisasi kaum atau perpaduan?


NGO kini berusaha menlangkah kearah perpaduan walaupun terdapat organisasi yang berpolarisasikan kaum. Namun, terdapat organisasi lain yang lebih kearah perpaduan bukan sahaja dalam negara malah antarabangsa.

7. Permainan tradisional masyarakat Malaysia sebagai warisan dan wadah memupuk persafahaman antara pelbagai etnik.


Permainan tradisional dapat memupuk persefahaman terutamannya diperingkat muda. Pelbagai permainan tradisional yang menggalakkan persefahaman antara pelbagai etnik. Kanak-kanak sering dilihat menjalin hubungan dengan etnik lain melalui permainan dan jika perkara ini diamalkan, generasi masa depan akan lebih menuju kearah perpaduan yang jitu.

Comments

Chat