Kebanyakan teks-teks dharma (ajaran-ajaran mengenai keadilan dan kebaikan yang patut menjadi amalan setiap insan) adalah bersifat arahan-arahan langsung tanpa ulasan tambahan; dan bukan semua lapisan masyarakat dapat memahami. Oleh itu wujud karya-karya kesusasteraan bersifat epik yang menyampaikan ajaran-ajaran dharma yang serius lag! tegas dalam bentuk cerita dengan memuatkan watak-watak yang cukup mantap. Cerita epik ini mudah difahami dan diingati oleh rakyat biasa, terutama melalui cerita lisan. Oleh itu cerita- cerita seperti ini digunakan untuk menyebarkan ajaran-ajaran dharma.
Epik Mahabharata
Epik Mahabharata dicipta dan dihasilkan oleh Vyasa antara tahun 400SM dan 400 Masihi. Karya ini mengandungi lebih kurang 100 000 seloka (puisi) dan merupakan karya puisi yang terbesar di dunia.
Epik ini berkisar kepada kisah pemerintahan kerajaan Kurukshetra di India Utara. Tema utama Mahabharata adalah berkaitan dengan peperangan besar di antara Pandava dengan Kaurava tetapi epik ini sengaja diperluaskan dengan pelbagai jenis cerita sisipan. Cerita-cerita sisipan ini berperanan sebagai didaktik, memberi ajaran-ajaran agama dan moral. Secara ringkas Mahabharata boleh dianggap sebagai sejarah bheda (konflik), rajyavinasa (kehilangan negara) dsmjaya (kekayaan). Mahabharata mengandungi pelbagai perkara yang menarik perhatian sarjana-sarjana dalam pelbagai bidang seperti agama, falsafah, etika, masyarakat dan kesusasteraan. Sebab itulah Mahabharata dianggap sebagai itihasa (yang membincangkan sembilan jenis emosi dan matlamat kehidupan); purana (cerita-cerita tentang dewa-dewi); akhyana (yang mengandungi lagenda- lagenda dan mitos); dharmasastra (yang mengajar tentang pelbagai jenis dharma); arthasastra (karya-karya yang menyentuh perkara-perkara kerajaan dan pemerintahan); kamasastra (yang membincangkan percintaan); nitisastra (yang menekankan idea-idea etika); dan moksasastra (membincangkan cara-cara membebaskan diri daripada kelahiran semula).
Dari sudut pandangan biasa Mahabharata merupakan peristiwa benar tentang satu peperangan antara dua pihak yang menuntut takhta kerajaan. Sekiranya dilihat dari segi etika peperangan ia mewakili konflik prinsip dharma dan adharma, iaitu antara kebaikan dengan kejahatan ataupun keadilan dengan ketidakadilan tetapi pada akhirnya kejayaan adalah kepada pihak yang mendukung dharma.
Bhagavadgita (BG)
Antara ajaran agama yang terdapat dalam Mahabharata, perbincangan mengenai falsafah yang terkandung dalam Bhagavadgita menduduki tempat yang penting dalam koleksi pemikiran falsafah India. Sebelum tercetusnya peperangan antara Pandawa dengan Kaurava, Arjuna (kumpulan Pandava) menghadapi konflik jiwa kerana beliau terpaksa membunuh sanak saudara dan ahli-ahli keluarganya. Sri Krishna yang berperanan sebagai penasihat Arjuna memahami perasaan tersebut lalu mengajar intipati kebenaran suci untuk mencapal tarafhidup yang kekal abadi. Krishna menggalakkan beliau supaya bertindak tanpa mengharapkan apa-apa balasan dan menyerahkan diri sepenuhnya kepada Tuhan; dan menjelaskan bahawa medan peperangan merupakan badan manusia di mana segala peristiwa berlangsung. Duryodhana (kumpulan Kaurava) merupakan kuasa jahat yang ada dalam badan kita; Arjuna merupakan kuasa mulia (diwakili oleh hati suci, tidak gentar, tanpa egoisme); dan Krishna merupakan jiwa yang bersemayam dalam hati setiap manusia. Dengan ini, Krishna mengajar kepada Arjuna agar melawan kuasa-kuasa jahat ini.
Bhagavadgita mengajar manusia tentang svadharma atau kewajipan hidup seseorang untuk mencapai kebenaran, di samping mengesyorkan rajayoga (disiplin badan dan minda); karma-yoga (jalan tmdakan);jnanayoga (melalui pengetahuan benar) dan hhakti yoga (melalui kebaktian kepada Tuhan) sebagai jalan untuk mengenali jiwa atau Tuhan. Walau apa pun jalan yang ditempuhi, kewajipan tidak seharusnya dilaksanakan sebagai suatu dosa. Apa sahaja yang dilaksanakan hendaklah disertakan dengan kebaktian dan ianya harus ditujukan kepada Tuhan.
Epik Ramayana
Epik Ramayana dicipta dan dihasilkan oleh Valmiki, seorang pertapa di antara tahun 200SM hingga tahun 200 Masihi. Epik ini mengandungi 24 000 seloka (puisi) dan ceritanya berpusat di Ayodhya, iaitu ibu negeri kerajaan Kosala yang terletak di timur Kuruksetra. Valmiki mencipta epik Ramayana ini bertujuan untuk menggambarkan kehidupan seorang manusia yang sempurna, iaitu gambaran perwatakan yang ideal. Dalam epik ini, Rama merupakan pendukung watak yang harus diteladani oleh setiap manusia kerana beliau merupakan pendukung kewajipan, ideal pengorbanan diri, manusia yang penuh dengan kasih sayang serta pelindung kepada sesiapa sahaja yang cinta akan dharma. Rama digambarkan sebagai anak yang setia, suami yang bertanggungjawab, abang yang dihormati, rakan yang setia, penegak keadilan dan sebagainya.
Epik Ramayana, selain sebagai karya teks seni sastera dan sejarah, ia juga merupakan dharmasastra atau teks suci yang mengajar perihal keadilan. la menerangkan prinsip-prinsip abadi (sanatoria dharma) dan menjelaskan sifat-sifat ideal yang merupakan asas kepada dharma.
Dari segi pendidikan,tamadun india mumpunyai perkembangan dalam bidang sains dan matematik dimana kematangan dan kesempurnaan yang dicapai dalam bidang kerohanian telah merintis jalan bagi orang India memiliki beberapa keistimewaan lain. Ini dapat dilihat dari penemuan-penemuan awal yang telah dilakukan dalam bidang sains. Pengetahuan orang India dalam bidang matematik, astronomi, fizik, kimia, perubatan dan bidang logam merupakan sumbangan yang tidak ternilai kepada perkembangan tamadun dunia.
Dalam bidang ilmu matematik, pengetahuan mengenai konsep geometri telah berkembang sejak zaman sebelum masihi lagi. Sejak zaman Gupta (319 TM), India telah maju dalam bidang ilmu matematik. Kemajuan ini dapat dicapai oleh orang India hasil pengetahuan yang dimiliki oleh mereka dalam konsep nombor abstrak. Mereka berupaya membezakan nombor abstrak dan nombor kuantiti objek-objek ataupun keluasan ruang. Berbandmg dengan matematik Greek (Yunani) yang lebih bersifat mengukur panjang, lebar dan geometri, India sudah melepasi tahap ini lebih awal lagi. Orang India menggunakan nombor- nombor asas dengan simbol 0 hingga 9 untuk mencipta cara kiraan Algebra asas dan ini membolehkan tamadun India menceburi bidang ilmu matematik yang lebih rumit.
Dalam batu-batu bersurat/inskripsi awal India, tarikhnya tidak ditulis dengan menggunakan simbol-simbol Yunani-Romawi dan Hebrew tetapi telah digunakan sembilan notasi (notation) bagi 9 angka pertama diikuti dengan angka '0' dan '0' menjadi asas bagi menulis 10, 100 dan sebagainya. Inskripsi seumpama ini bertarikh 595 Masihi telah ditemui di Gujarat, India. Pada kurun ke-6, konsep ini sudah pun sampai ke Syria dan juga telah tersebar sehingga ke Indo-China.
Terdapat beberapa karya matematik awal India yang turut menggunakan nombor dalam cara 10 angka. A.ntursLnya.ManuskripBakshali bertarikh kurun ke-4 dan tidak diketahui siapa pengarangnya. Seterusnya karya berjudul Aryabhatiya, ciptaan Aryabhata yang bertarikh tahun 449 Masihi ialah karya matematik yang kedua yang pernah dicipta di India.