Perkataan tamadun secara umumnya banyak dikaitkan dengan konsepkemajuan, kebudayaan,sains dan teknologi, pemikiran, pembangunan danperadapan yang dicapai oleh sesuatu kaum atau bangsa.Pengertian tamadun jugaboleh dilihat melalui aspek bahasa dan istilah, terutamanya dari sudut bahasa Arab, epistemologi bahasa Inggeris dan Latin. Dari sudut bahasa Arab, beberapaistilah telah digunakan oleh sarjana islam untuk menerangkan maksudtamadun.Antaranya ialah madaniah, tamadun, dan hadarah.Sebenarnya,perkataan tamadun berasal dari perkataan maddana yang merujuk kepadaperbuatan membuka bandar atau kota serta perbuatan memperhalus budipekerti.Dari perkataan maddana ini, terbitlah perkataan madani yang berkaitandengan pembangunan perbandaran serta kehalusan budi pekerti yang terpuji.Beberapa ahli sarjana islam turut mengemukakan definisi mengenaitamadun.Antaranya ialah Ibn Khaldun, atau nama sebenarnya Abdurrahman AbuZaid Waliuddin Bin Khaldun yang terkenal dalam bidang sejarah dansosiologi.Beliau menjelaskan bahawa tamadun merupakan pencapaian manusiayang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dapat membuka jalan kearah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus dan mempunyai nilai-nilai seni.Ini termasuklah keperluan kepada bahan-bahan makanan, pakaian,peralatan rumah tangga dan sebagainya.Beliau juga telah menggunakan istilah ”umran” dalam karyanya ”Muqaddimah” .Istilah ”umran” ini digunakan dalam kajian tentang bandar-bandar atau ibu kota yang memiliki kawasan tanah yang didiamidan penempatan, keadaan tinggal menetap, berkembang subur dan maju.Selain itu, istilah ”hadarah” yang berlawanan dengan istilah ”badi” atau ”badiah” turutdigunakan. ”Hadarah” memberi maksud suatu daerah, kota, bandar, kampung atautanah yang diusahakan.Selain Ibn Khaldun, sarjana islam Syed Muhammad Naquib Al– Attaspula memberi takrif bahawa tamadun adalah keadaan kehidupan insanbermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaanyang luhur bagi seluruh masyarakat.Menurut sarjana islam Muhammad Rasyid Redha pula, agama adalah asas tamadun. Ini kerana peningkatan unsur maknawi(spiritual) akan mendorong kebangkitan fizikal. Rasionalnya, semua tamadun didunia ini ditegakkan berasaskan kepercayaan agama.Peningkatan ataukemusnahan sesuatu tamadun itu bergantung kepada keteguhan peganganagama atau sebaliknya.Selain daripada definisi di atas, sarjana islam Sayyid Qutb, turutmengemukakan pandangannya mengenai tamadun.Beliau menjelaskan bahawatamadun islam ialah segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulanmasyarakat seperti sistem sosial, pemerintahan, politik, ekonomi dan kebudayaanyang berteraskan syariat Allah s.w.t serta bercirikan nilai-nilai moral islam.Sarjana islam seterusnya iaitu Siti Hawa pula mengatakan bahawatamadun secara umumnya terbahagi kepada Tamadun Islam dan TamadunJahiliyah. Tamadun islam ialah segala aspek kemajuan yang tegak di ataskebudayaan itu.Manakala Tamadun Jahiliyah pula ialah segala kemajuan yangdijelmakan dalam bentuk kebendaan dengan tidak mengambil kira aspek kerohanian dan moral.Menurut ’Umar ’ Audah Al-Khatib pula, maksud tamadunialah himpunan ilmu pengetahuan, syariat, peraturan tradisi dan moral yangmenunjukkan keadaan pemikiran, ekonomi, akhlak, politik, kesenian dan seluruhkehidupan kebendaan dan kerohanian dalam sesuatu sejarah.Bagi Muhammad Al- Bahiy pula, tamadun memberi maksud keseluruhan penghasilan atauproduktiviti yang menggambarkan nilai keperibadian manusia sama ada berbentukfalsafah, pengetahuan, kesenian, politik, kesusasteraan dan lain-lain.Kesimpulannya, definisi tamadun menurut sarjana islam lebih meluasskopnya berbanding pandangan sarjana barat.Ini adalah kerana sarjana islammengutarakan pendapat mereka berlandaskan agama islam iaitu melibatkan aspekkerohanian dan kebendaan dalam menterjemahkan maksud tamadun. Sedangkansarjana barat menilai tamadun hanya semata-mata berlandaskan kepadapemikiran dan akal dalam menentukan corak ragam kehidupan seharian。