OpenLearning

Soalan 1

Setelah menonton video tentang LO 1, maka bincangkan hubung kait antara pembangunan ekonomi dengan hubungan etnik di Malaysia (sebelum merdeka, selepas merdeka dan sekarang)
Sebelum Merdeka Pembangunan ekonomi sebelum kemerdekaan boleh dibahagikan kepada dua peringkat yang utama iaitu sebelum kedatangan British dan semasa penjajahan British. Sistem dan pembangunan ekonomi masyarakat Melayu sebelum kedatangan British adalah berkisar kepada sektor pertanian, perikanan, pemungut hasil hutan bahkan ada juga yang melibatkan diri dalam mengeluarkan hasil-hasil bumi. Menjalankan urusan pertukaran barangan (barter) keperluan dengan pihak-pihak lain. Orang Melayu telah menjadi pembekal utama hasil-hasil tersebut kepada saudagar-saudagar Arab, India, China dan seterusnya kepada pedagang-pedagang Eropah seperti Belanda dan Portugis. Ini menunjukkan bahawa ekonomi masyarakat Melayu ketika itu bukanlah bersifat tertutup tetapi juga sudah mencapai ke tahap perdagangan antarabangsa. Keadaan ini semakin ketara apabila Melaka telah menjadi pusat perdagangan dan pelabuhan entrepot yang terkenal di rantau Asia ini. Dengan aktiviti perdangan ini telah menjalinkan hubungan etnik secara semulajadi sehinggakan berlakunya perkahwinan antara orang melayu dan orang cina dan mewujudkan etnik baba dan nyoya. Sistem dan Pembangunan Ekonomi semasa Penjajahan British merupakan era baru kepada perkembangan dan pembangunan ekonomi di Tanah Melayu. Mereka mula memperkenalkan dasar-dasar awam mengenai pembangunan yang lebih tertumpu kepada industri getah dan bijih timah. Untuk memajukan industri ini, mereka telah membawa masuk tenaga kerja dari Tanah Besar China dan Benua Kecil India. Dimana orang-orang Cina di tempatkan dalam industri bijih timah yang terletak berhampiran bandar- Bandar dan orang-orang India pula, tenaga mereka digunakan di ladang-ladang getah. Orang Melayu masih kekal dengan pekerjaan tradisi mereka dalam bidang pertanian dan perikanan. Melalui polisi pemerintahan pecah dan perintah ini telah merubah struktur kekuatan etnik di Semenanjung Tanah Melayu secara keseluruhannya. Dasar yang diperkenalkan ini menjadi batu penghalang kepada kewujudan satu masyarakat yang bersatupadu. Pembahagian kawasan-kawasan penempatan dan sektor pekerjaan telah menyebabkan ketidakseimbangan kedudukan ekonomi antara kaum dan perbezaan kemajuan di antara wilayah. Wujudnya jurang kemiskinan semakin meluas di kalangan masyarakat yang kemudiannya menimbulkan masalah ekonomi yang tidak seimbang antara kaum. Selepas Merdeka Selepas mencapai kemerdekaan, kerajaan Perikatan pada ketika itu meneruskan dasar ekonomi bebas penjajah Inggeris. Penerusan pendekatan ekonomi penjajah ini telah menghasilkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi. Isu kemiskinan menjadi persoalan terutam dalam kalangan etnik Melayu dan wujud ketidakseimbangan ekonomi antara kumpulan etnik Melayu dengan etnik Cina. Dasar Ekonomi baru diperkenalkan oleh kerajaan bertujuan bagi memajukan ekonomi serta berusaha menghapuskan pengenalan ekonomi berasaskan etnik yang menjadi asas kepada penyusunan semula sosioekonomi Negara. Tindakkan kerajaan dalam memperbaiki kedudukan ekonomi selepas tragedy 13 Mei 1969 adalah berdasarkan strategi kearah pembentukan perpaduan nasional. Sekarang Ekonomi Malaysia telah menempa kejayaan yang boleh dibanggakan kerana Malaysia mampu berjaya dalam pembangunan ekonomi dalam masyarakat multietnik. Dan merupakan Negara yang berjaya mencapai pertumbuhan dengan agihan yang sama rata. Pertumbuhan pesat ekonomi Malaysia sekarang telah berjaya diterjemahkan kepada pengurangan kadar kemiskinan dan kemajuan dari segi pembangunan manusia dan etnik. DEB yang dilaksanakan telah berjaya melahikan golongan professional, meningkatkan kelas menengah bumiputera serta melahirkan usahawan bumiputera. Kegiatan ekonomi secara umumnya telah meningkatkan interaksi antara pelbagai etnik di Malaysia dan menyumbang kepada perpaduan dalam masyarakat. Namun sekiranya output pendapatan dan kekayaan Negara tidak diagihkan secara adil antara etnik dan kelas, keadaan ini boleh menimbulkan ketidakpuas hati dalam masyarakat. Keadaan ini akan mengundang kepada tegangan dan konflik dalam masyarakat dan seterusnya membantutkan ekonomi dan pembangunan Negara.

Soalan 2

Setelah memahami LO 2, terangkan bagaimanakah kedudukan ekonomi Bumiputera / Kaum Cina / Kaum India / Kaum lain sebelum dan selepas Dasar Ekonomi Baru? Sila pertimbangkan impak jawapan anda ke atas keadaan politik, ekonomi dan sosial semasa.
Sebelum DEB Melalui sejarah Malaysia, penjajah British menggalakkan perkembangan masyarakat secara plural melalui pecah dan perintah. Pihak british jugak menggalakkan kedatangan tenaga buruh dari Negara China dan India untuk kepentingan ekonomi penjajah dalam sektor perlombongan bijih timah, perdangangan dan perladangan. Penambahan penduduk dan peningkatan kegiatan ekonomi telah menyebabkan pertumbuhan Bandar, jalan-jalan, rel-rel keretapi dan pembahagian kelompok kaum mengikut sektor ekonomi. Keadaan ini telah menyebabkan jurang perbezaan antara kaum, pembangunan Bandar dan luar Bandar bertambah besar. Penduduk tahun 1970 didapati 49.3% dari semua keluarga di Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di bawah garis miskin. Dimana kadar kemiskinan kaum melayu paling tinggi iaitu 64.8% yang mempunyai kadar pendapatan purata keluarga sebulan adalah RM172.00. Berbanding dengan kaum Cina dan India, masing-masing menunjukkan kadar kemiskinan 26.0% dan 39.2%. Manakala pendapatan purata keluarga sebulan adalah RM394.00 dan RM304.00 bagi kaum Cina dan India. Berbeza pula dengan lain-lain kaum yang mempunyai kadar kemiskinan 44.8% dan memperoleh pendapatan purata keluarga RM 813.00 sebulan. Kepincangan di atas dipecayakan telah merupakan suatu sebab utama berlakunya peristiwa 13 mei 1969 yang menunjukkan perasaan tidakpuashatian kaum melayu terhadap kaum cina. Selepas DEB Selepas mencapai kemerdekaan, Rancangan Malaya 5 tahun telah diperkenalkan Rancangan Malaya, yang menitikberatkan kepada segi pertumbuhan dan pembaharuan ekonomi. Dasar yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru ini adalah satu dasar yang dilancarkan oleh kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia kedua untuk membetulkan ketidakseimbangan sosial ekonomi yang wujud di Malaysia di antara kaum-kaum, di antara wilayah-wilayah dan di antara kawasan di wilayah yang sama. Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru adalah disusun dan dijalankan menerusi strategi serampang dua mata iaitu mengurang dan seterusnya kemiskinan dengan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. DEB yang dilaksanakan telah berjaya melahikan golongan professional, meningkatkan kelas menengah bumiputera serta melahirkan usahawan bumiputera.

Soalan 3

Video LO 2 juga ada membincangkan berkenaan dasar-dasar yang telah dan akan dilaksanakan oleh kerajaan dalam memacu ekonomi negara. Huraikan dasar-dasar yang berkaitan dengan isu agihan dan pertumbuhan ekonomi di Malaysia.
Dasar Ekonomi Baru Diperkenalkan sebagai tindakbalas peristiwa 13 Mei 1969. Matlamat utama dasar ini adalah bagi membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat. Merupakan satu strategi Negara dalam menghadapi realiti perbezaan etnik dalam usaha mewujudkan keseimbangan dalam pelbagai aspek kehidupan. Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru disusun menerusi startegi serampang dua mata iaitu mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum. Kedua penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Dasar Pembangunan Nasional Dasar ini diwujudkan sebagai kesenimbungan Dasar Ekonomi Baru. Dalam dasar ini tumpuan diberikan kepada strategi membasmi kemiskinan dalam kalangan golongan termiskin yang memberikan tumpuan kepada mewujudkan guna tenaga dan pembangunan pesat sebuah Masyarakat Pedagangan dan Perindustrian Bumiputera. Dasar ini turut menekankan penglibatan sektor swasta secara aktif bagi turut membantu dalam strategi ini. Beberapa strategi telah diperkenalkan antaranya ialah mengemaskan pelaksanaan dan pendekatan program membasmi kemiskinan. Dasar Pembangunan Nasional ini adalah merupakan langkah awal kea rah mencapai taraf Negara maju dari segi politik, ekonomi, kerohanian, psikologi dan kebudayaan. Dasar Wawasan Negara Yang diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamed yang mempunyai matlamat untuk mencapai status Negara maju menjelang 2020. Antara strategi utama yang dikenal pasti adalah membasmi kemiskinan, penstrukturan semula pemilikan ekuiti, pembangunan sumber manusia, k-ekonomi dan perpaduan nasional.

Soalan 4

LO 3 menekan isu globalisasi dan ekonomi. Bincangkan peranan globalisasi dan impaknya kepada keadaan ekonomi multi-etnik di Malaysia. Juga fokus kepada kekuatan kepelbagaian etnik di Malaysia (yang tiada pada negara lain) dalam menyumbang kepada kelestarian ekonomi Malaysia.
4. Globalisasi ekonomi merujuk kepada intensifikasi, regangan dan saling hubungan ekonomi di seluruh dunia. Aliran gergasi modal dan teknologi telah merangsang perdagangan dalam barangan dan perkhidmatan. Pasaran juga melebarkan jangkauan mereka di seluruh dunia dalam proses mewujudkan hubungan baru di kalangan ekonomi Negara. Antara impaknya kepada ekonomi multi-etnik di Malaysia adalah dari segi menggalakkan pemindahan teknologi moden dan pemindahan kepakaran dari Negara maju dapat membangunkan ekonomi Negara. Tetapi kegawatan ekonomi aliran masuk modal antarabangsa yang begitu besar ke dalam Negara serantau Asian Pasifik menyebabkan kewangan Negara serantau menjadi lebih mudah berubah. Selain itu, tekanan ekonomi dan bebanan kepada golongan miskin, globalisasi ini turut mengakibatkan penghapusan hak-hak keistimewaan dan subsidi kepada golongan miskin. Dimana dua perkara yang perlu ditekankan adalah penguasaan ekonomi dan perbezaan pekerjaan berdasarkan sektor ekonomi. Kaum Melayu menguasai sektor pertanian yang memerlukan banyak tenaga sumber manusia dan berteknologi rendah. Kaum Cina menguasai sektor yang lebih maju seperti perniagaan, perdagangan dan penggunaan teknologi moden. Kaum India pula terlibat dengan perladangan di estet getah dan kelapa sawit. Ini menunjukkan terdapatnya jurang pendapatan yang begitu ketara dan tidak seimbang dalam ekonomi Negara. Walaupun wujudnya jurang pendapatan antara etnik di Malaysia, kekuatan etnik di Malaysia khususnya masyarakat bumiputera Melayu dan masyarakat Cina dapat dipupuk menerusi perkongsian kemakmuran yang dijana oleh pelaksanaan dasar-dasar kerajaan. Melalui perkongsian ekonomi yang mencetuskan melalui pembukaan pasaran dapat mengikat keserasian dan tolak ansur ekonomi yang akhirnya membawa kepada usaha-usaha mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi bukan sahaja di kalangan kaum etnik tetapi juga dapat mengendurkan jurang di antara golongan kaya dan miskin.

Comments

Loading
Error: Loading CSS chunk vendors-node_modules_fortawesome_pro-regular-svg-icons_faGlobe_js-node_modules_fortawesome_pr-d462f3 failed. (error: https://assets.openlearning.com/chunks_live/vendors-node_modules_fortawesome_pro-regular-svg-icons_faGlobe_js-node_modules_fortawesome_pr-d462f3.8fd07ef9993d3220.css)

Chat