1. Bagaimanakah kandungan buku-buku teks dapat memupuk hubungan etnik?
Jika dikaji dari segi kandungan kandungan buku teks Sejarah SMR, hampir 80 peratus isi kandungan buku teks Sejarah SMR. Contohnya, dalam bab satu mata pelajaran Sejarah tingkatan 3 dengan tajuk Pendudukan Jepun Di Negara Kita. Di dalam tajuk ini menceritakan tentang tokoh-tokoh melayu bersatu padu dan mempunyai semangat patriotisme seperti Leftenan Adnan, Ibrahim Haji Yaakob, Anggota Force 136 Melayu dan Pasukan Wataniah Pahang berjuang menentang Jepun untuk mempertahankan tanah air (rujuk buku sejarah tingkatan 3, muka surat 26). Manakala Orang Cina digambarkan kurang bersatu padu dan patriotisme kerana bersikap anti-jepun kerana kesan daripada Perang China-Jepun dan India pula digambarkan semangat patriotisme kerana berjuang untuk memerdekakan negara India (rujuk buku sejarah tingkatan 3, muka surat 32). Banyak lagi bab-bab dalam buku teks Sejarah SMR seperti bab 3 tingkatan 2 (Negeri-negeri Melayu Utara dan Johor Benteng Keselamatan British), bab tujuh tingkatan 2 ( Perjuangan Rakyat Tempatan Mengembalikan kedaulatan Bangsa), bab dua tingkatan 3 (Malayan Union dan persekutuan Tanah Melayu) dan bab lima tingkatan 3 (Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957) menerangkan tentang sumbangan-sumbangan kaum Melayu dalam memperjuangkan kemerdekaan negara sehingga membelakangkan sumbangan kaum lain dalam memperjuangkan kemerdekaan.
2. Industri hiburan sebagai mekanisme pemupukan jalinan hubungan dalam kalangan masyarakat pelbagai budaya di Malaysia.
Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai masyarakat pelbagai etnik, anutan agama dan kepercayaan, bahasa pertuturan serta adat yang berbeza. Penduduk di Malaysia terdiri daripada tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India dan terdapat juga kaum-kaum lain yang tergolong dalam kumpulan etnik minoriti. Menurut J.S. Furnival (1939:2), masyarakat yang berbilang kaum atau majmuk adalah msyarakat yang setiap kaumnya berpegang teguh kepada kepercayaan, agama, bahasa, budaya dan amalan adat masing-masing. Sebagai kumpulan masyarakat, mereka hanya bertemu di kedai, semasa berjual beli tetapi apabila mereka pulang ke rumah, mereka akan mengamalkan adat masing-masing. Fenomena ini menunjukkan, rusuhan dan perteligkahan antara kaum boleh terjadi pada bila-bila masa sahaja ekoran daripada perbezaan ini. Hal ini menunjukkan betapa ikatan serta persefahaman antara kaum di Malaysia terlalu rapuh dan begitu mudah sekali untuk bertelingkah. Dalam membincangkan mengenai industri hiburan sebagai mekanisma perpaduan di Malaysia, seharusnya bertunjangkan kepada struktur masyarakat Malaysia yang pelbagai ini. Hal ini kerana komposisi masyarakat Malaysia yang pebagai ini boleh menjadi kunci kepada kita dalam memahami dan mendapat gambaran yang lebih luas mengenai perkembangan industri hiburan seperti sejarah perlaksanaan sesuatu media massa dan sebagainya. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, hiburan ialah sesuatu (perbuatan, benda dan lain-lain) untuk menghiburkan (menyenangkan, mententeramkan) hati. Menurut Ahmad Fuad Afadhal (2003), industri hiburan merupakan industri yang sedang bergerak dalam media dan penyiaran kini dilihat semakin meluas. Perkembangan industri hiburan turut mempengaruhi pembangunan sesebuah negara. Pembangunan yang dimaksudkan ini ialah pembangunan yang tidak hanya dari aspek ekonomi, tetapi sosial dan politik negara. Industri hiburan atau dikenali sebagai dunia seni, meliputi pelbagai bidang iaitu bidang muzik, lakonan, nyayian, drama, teater, filem, media massa dan sebagainya merupakan elemen-elemen berunsur subjektif yang mampu dihayati oleh seluruh lapisan masyarakat. Dalam Ucapan Y.A.B Dato’ Haji Abd Ghani Bin Othman (Menteri Besar Johor) di Majlis Perasmian Kongres Kebangsaan Industri Hiburan dan Kesenian Malaysia di Persada Johor, beliau menyatakan bahawa industri hiburan merupakan bidang yang menghimpunkan pelbagai cabang berkaitan, atas tujuan yang murni mengenai masa depan industri yang sama penting dalam pembangunan negara. Sejak berzaman lagi, industri ini sentiasa berusaha menyegarkan kegiatan seni dan budaya yang bukan sekadar hiburan, tetapi sebagai identiti, jati diri dan warisan yang paling berharga. Walaupun hiburan dalam pelbagai bentuk seperti filem, muzik, tarian dan teater sudah lama bertapak dan berkembang mengikut peredaran masa, dan seringkali dibincangkan dalam seminar-seminar, tetapi belum ada suatu usaha sebelum ini untuk membincangkan secara menyeluruh mengenai hal ini. Hiburan juga dikatakan satu unsur yang amat berpengaruh dalam mencorakkan persepsi, nilai atau pandangan seseorang. Di Amerika Syarikat misalnya, filem digunakan sebagai suatu alat propaganda yang amat berkesan. Melalui filem, Amerika Syarikat ditonjolkan sebagai negara yang sentiasa benar dalam apa jua tindak tanduknya berkaitan dasar luarnya, termasuklah perang atau campur tangan di sesebuah negara lain. Di Malaysia, filem-filem dan drama tempatan juga sedikit sebanyak turut memainkan peranan seperti itu. Antaranya ialah filem tempatan mengisahkan keperwiraan tokoh-tokoh perjuangan kemerdekaan menunjukkan suatu usaha yang baik dan wajar digalakkan. Walau bagaimanapun, dari segi jumlahnya adalah masih sedikit. Justeru itu, pengusaha filem tempatan yang mengadaptasikan cerita-cerita berunsurkan patriotisme atau menggalakkan perpaduan antara kaum. Hal ini demikian kerana industri hiburan dalam pelbagai bentuk adalah medium yang amat berpengaruh. Melalui karya seni, dapat diselitkan mesej, semangat atau citra bangsa untuk disampaikan kepada golongan sasaran. Cabaran penggiat industri hiburan adalah bagaimana mahu menerapkan mesej dalam bentu popular. Dalam erti kata lain, bagaimana penggiat hiburan mahu menghasilkan sesuatu karya yang di dalamnya ada mesej, misalnya menggalakkan perpaduan antara kaum, dalam bentuk yang menghiburkan. Selain itu, menurut Y.A.B Dato’ Haji Abd Ghani Bin Othman kepentingan industri hiburan di negara ini bukan sahaja untuk industri itu sendiri, malah hubungannya dengan masyarakat dan negara. Dalam konteks pembinaan negara, hiburan tidak sewajarnya dilihat dari sudut hiburan semata-mata. Hal ini bermaksud, di samping unsur hiburan dalam karya seni seperti filem, muzik atau teater, perlu juga difikirkan mengenai peranan hiburan itu sendiri dalam pembinaan negara yang mencakupi aspek ekonomi, sosial, pendidikan, perpaduan, kebudayaan dan sebagainya. Industri hiburan juga disarankan agar bersifat membina dan bukan merosakkan. Penggunaan hiburan bagi apa jua tujuan positif hanya akan berkesan jika hiburan itu diterima oleh masyarakat. Oleh itu, bentuk hiburan perlulah sentiasa disesuaikan mengikut peredaran masa supaya industri hiburan dapat bertahan dan seterusnya bersaing dengan budaya yang popular sifatnya. Dalam hal ini, pengamal dan penggiat hiburan boleh memainkan peranan mereka. Tidak dinafikan hiburan massa seperti nyanyian amat popular. Setiap kali diadakan pesta iaitu artis-artis terkemuka mengadakan persembahan, sudah pasti ramai yang datang menyaksikannya. Dalam acara-acara seperti inilah, penganjur boleh membantu mempopularkan kesenian tempatan seperti zapin, ghazal, joget, menora atau rodat dengan menyelitkannya sebagai acara selingan. Dengan cara persembahan yang menarik, ia akan dapat menarik minat masyarakat, khususnya generasi muda, untuk mengenali, meminati dan selanjutnya mengembangkannya kepada generasi seterusnya. Selain itu, dalam kertas kerja bertajuk Gendang Melayu Sarawak: Satu Unsur Pemersatu Pelbagai Kaum yang dibentangkan dalam Festival Puisi Pelbagai Kaum pada 10 hingga 13 Jun 2005 di Hotel Dynasty, Miri Sarawak, menyatakan bahawa Gendang Melayu Sarawak sebagai satu unsur budaya tempatan Sarawak yang berperanan sebagai salah satu unsur penyatuan yang berkesan pada satu peringkat dan ketika bagi kaum-kaum di Sarawak. Penduduk Sarawak seramai sekitar 2.2 juta dan terdiri daripada 27 kumpulan etnik bumiputera yang menjadikannya salah sebuah negeri yang paling banyak jumlah etniknya. Kumpulan-kumpulan etnik utama ialah Melayu, Melanau, Iban, Bidayuh dan orang Ulu yang pada asalnya tinggal secara amat segmental mengikut geografi. Walau bagaimanapun, mobiliti sosial dan penyerapan peranan ekonomi yang tidak mengikut batas kaum menjadikan pola sedemikian tidak lagi relevan. Dengan kepelbagaian penduduk yang bercakap dalam 45 bahasa dan dialek, pastinya terdapat pelbagai pula unsur budaya, amalan dan kepercayaan tradisi. Secara ringkasnya, orang Melayu beragama Islam, Melanau pula sebahagiannya beragama Islam dan sebahagian lagi beragama Kristian, Liko dan Dayak kebanyakannya Kristian, dan masih ramai ayng berpegang kepada kepercayaan animisme. Hal ini jelas menggambarkan terasingnya sistem sosial dan amal budaya ketika itu di Sarawak. Walau bagaimanapun, pendidikan dan mobiliti sosial yang wujud selepas kemerdekaan menjadikan perpaduan wujud bukan sahaja di antara bahagian-bahagian yang berlainan bahkan di antara pelbagai kaumnya. Penubuhan Malaysia yang merangkumi Sarawak di dalammya, menuntutkan rakyat Sarawak bersatu padu demi survival dan kelangsungan dalam arus pembangunan politik dan ekonomi yang tiba-tiba lebih pesat dan lebih terarah. Mulai ketika ini, gendang dilihat berperanan di Sarawak sebagai salah satu alat penyatupaduan pelbagai kaum. Istilah gendang merujuk kepada beberapa alat muzik membrano yangh pelbagai bentuk tetapi kesemuanya melahirkan bunyi atau muzik apabila dipukul sama ada dengan tangan ataupun dengan dengan kayu pemukul atau lidi. Di antaranya ialah gendang kecil, gendang pertengahan, gendang besar, tabuh, tar dan kompang. Walau bagaimanapun dalam kertas kerja ini, yang dirujuk ialah rebana yang diameter permukaannya sekitar setengah meter dan bentuk kayu badannya mengincup ke belakang dengan diameter lubang di belakangnya sekitar suku meter. Gendang sebagai alat muzik wujud dalam semua budaya di Sarawak, dengan peranan hampir sama dalam semua kaum, tapi berbeza rentak pukulan. Dalam sejarahnva gendang atau rebana menjadi alat muzik upacara menurun atau perubatan tradisional untuk kesemua kaum bumiputera. Selain itu, gendang juga menjadi salah sebuah alat muzik di dalam pukulan muzik bagi acara pertahanan diri seperti pencak dan shat dalam masyarakat Melayu dan Melanau, atau ajat perang dalam kaum Iban. Gendang dalam Masyarakat Melayu Sarawak Dalam kertas kerha ini juga, tumpuan adalah kepada rebana atau gendang, dalam acara hiburan, terutama di dalam masyarakat Melayu. Apabila bercakap tentang gendang dalam acara hiburan gendang dan santai yang kita maksudkan ialah permainan gendang atau majlis bergendang untuk berhibur dan memeriahkan suasana kerana ada kunjungan pembesar, bersuka ria selepas menuai, memeriahkan sesuatu perayaan atau majlis perkahwinan, upacara rasmi dihadiri oleh pembesar, atau kerana sesuatu kejayaan dan kemenangan. Dalam masyarakat Melayu permainan gendang sebagai cara berhibur telah melalui evolusi dan perubahan mengikut zaman dan keadaan dan diberi pelbagai nama daripada Gendang Melayu Lama atau Gendang Air sehinggalah Majlis Tandak, Bermukun, Nopeng atau Gendang Melayu Baru. Amalan hiburan melalui gendang ini dilihat mampu mewujudkan perpaduan antara pelbagai kaum di Sarawak. Melalui kertas kerja ini, telah membuktikan bahawa industri hiburan bukan sekadar berfungi sebagai alat untuk keseronokan malah mempunyai mesejnya yang tersendiri. Kertas kerja ini telah meyakini pengkaji akan hiburan yang mempunyai pelbagai fungsi lain selain untuk keseronokan. Kehidupan masyarakat pelbagai kaum dapat dipupuk hanya dengan permainan gendang. Beginilah gambaran betapa terdapatnya mesej perpaduan melalui hiburan sama ada mesej ini adalah secara tidak lansung mahupun secara lansung. Melalui kertas kerja ini juga, pengkaji melihat bahawa kepelbagaian etnik Sarawak yang menjangkau sehingga 27 kumpulan etnik boleh disatukan dengan permainan muzik sedemikian, jadi adalah tidak mustahil untuk menjadikan industri hiburan sebagai mekanisme pemupukan jalinan masyarakat pelbagai bangsa di Malaysia yang kebanyakannya adalah dari kaum Melayu, Cina dan India. Jenis-jenis industri hiburan yang boleh dijadikan sebagai mekanisme pemupukan jalinan hubungan dalam kalangan masyarakat pelbagai budaya.
3. Apresiasi seni (seni lakon, seni tampak, seni suara, seni reka, dll) dalam masyarakat pelbagai kaum.
Untuk mengapresiasi suatu karya seni rupa, perlu di perhatikan unsur-unsur sebagai berikut meliputi tema, gaya ,tekhnik dan komposisi. Mengapresiasi seni tidaklah dengan menilai suatu karya seni saja, mengapresiasi dapat diterapkan dalam kehidupan sehari-hari. Misalnya saja ketika kita ingin membeli sebuah sepatu, dan terdapat banyak pilihan-pilihan sepatu yang tersedia, kemudian kita memilih salah satu sepatu dari berbagai ragam yang tersedia, di mana sepatu tersebut yang cocok atau sesuai dengan pribadi kita, dan orang-orang di sekitar kita merasa nyaman dengan hal itu dan menilai bahwa kita terlihat lebih gagah, tampan atau cantik. Itupun juga termasuk sebagai tindakan apresiasi. Dalam mengapresiasi suatu karya seni, adapaun sikap atau kegiatan yang digolongkan sebagai berikut : Apresiasi empatik, yaitu sikap apresiasi yang menilai suatu karya seni sebatas tangkapan indrawi. Apresiasi estetis, yaitu apresiasi menilai karya seni dengan melibatkan pengamatan dan penghayatan yang mendalam. Apresiasi kritik, yaitu apresiasi karya seni dengan mengklasifikasi, mendeskripsi, menjelaskan, menganalisis, menafsirkan dan mengevaluasi serta menyimpulkan hasil pengamatannya. Sikap apresiasi ini dapat dilakukan secara langsung dengan mengamati suatu benda. ads Sikap apresiasi ini terbentuk atas kesadaran akan kontribusi para seniman bagi bangsa dan negara atau bagi nilai-nilai kemanusiaan pada umumnya. Dalam berapresiasi dalam seni, dapat mengembangkan rasa empati kepada profesi seniman dan budayawan. Pengenalan akan tokoh-tokoh seni budaya kepada masyarakat sekitar termasuk hal yang dapat menumbuhkan perasaan simpati, dan jika dilakukan secara berulang-ulang akan meningkat menjadi perasaan yang lebih dalam yaitu rasa empati. Apakah perbedaan Simpati dan Empati itu? Perasaan simpati adalah suatu proses dimana seseorang merasa tertarik terhadap orang lain atau pihak lain, sehingga mampu merasakan apa yang dialami, diderita orang tersebut. Sedangkan empati adalah melakukan sesuatu kepada orang lain, dengan menggunakan cara berpikir orang lain tersebut, yang menurut orang lain itu menyenangkan, yang menurut orang lain benar. Itulah perbedaan antara simpati dan empati. Kegiatan berapresiasi meliputi: persepsi, pengetahuan, pengertian, analisis, penlaian, dan apresiasi. Kegiatan persepsi yaitu memberikan gambaran-gambaran tentang bentuk-bentuk karya seni di Indonesia, contohnya memperkenalkan tarian-tarian, musik, dan lain-lain. Pengetahuan yaitu pada tahap ini, kita mempresentasekan pengetahuan-pengetahuan yang telah di miliki baik sejarah ataupun yang lainnya. Pengertian, pada tingkat ini, harapan dapat membantu menerjemahkan tema ke dalam berbagai wujud seni, berdasarkan pengalaman, dalam kemampuannya dalam merasakan musik. Analisis, pada tahap ini, kita mulai mendeskripsikan seni yang telah di pelajari. Penilaian yaitu memberikan sebuah saran ataupun kritkan terhadap suatu karya seni. Dengan demikian, dapat kita simpulkan bahwa apersiasi terhadap seni itu penting baik kesenian tradisonal maupun modern, dengan mengapresiasi suatu karya seni dan membangun empati dalam pribadi kita, dapat dipastikan seni dan budaya kita tidak akan mudah pudar termakan zaman. Selain itu, dengan mengapresiasi seni kita terdorong untuk membangkitkan jiwa-jiwa para seniman Indonesia agar terus berkarya. Lalu kenapa tidak kita mulai dari sekarang? Sekarang atau tidak selamanya.
4. Apakah kawalan-kawalan yang diperlukan dalam memupuk perpaduan kaum di Malaysia?
TIDAK MENGHASUT ANTARA SATU SAMA LAIN
5. Orientasi parti politik yang ada sekarang lebih cenderung ke arah polarisasi kaum atau perpaduan?
PERPADUAN
6. Orientasi Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang ada sekarang lebig cenderung ke arah polarisasi kaum atau perpaduan?
PERPADUAN
7. Permainan tradisional masyarakat Malaysia sebagai warisan dan wadah memupuk persafahaman antara pelbagai etnik.
Permainan tradisional telah menjadi suatu ungkapan kecerdasan manusia iaitu permainan yang mengandungi cara kehidupan tradisional yang merangkumi cita-cita murni dan sikap di mana di dalamnya terdapat unsur-unsur antara aktiviti, kerjasama, amanah, daya tahan dan cabaran. "Permainan tradisional juga mengajar masyarakat pentingnya kebersamaan dalam mencapai matlamat yang sama. Sebagai misal, beberapa, permainan tradisional seperti tarik kalat adalah mengenai kekuatan, kefahaman dan bergerak secara serentak dan juga membentuk sinergi dan strategi.