Amirul Haffiz's 4.A1 : LATIHAN 1 - OpenLearning

Soalan 1

Setelah menonton video tentang LO 1, maka bincangkan hubung kait antara pembangunan ekonomi dengan hubungan etnik di Malaysia (sebelum merdeka, selepas merdeka dan sekarang)
Menurut Zulhilmi Paidi dan Rohani Ab.Ghani (2003) mengatakan setelah Perang Dunia Kedua berakhir, pemerintah kolonial Inggeris mencuba sedaya upaya membina kembali Persekutuan Tanah Melayu daripada runtuhan peperangan tersebut, baik dari segi fizikal mahupun dari segi sosial, politik dan ekonomi. Dalam arena politik, mereka menemui kegagalan terutamanya dalam usaha untuk mendlrikan Malayan Union. Namun, dari segi ekonomi mereka telah berjaya, dengan mengambil ilham daripada rancangan lima tahun yang dilaksanakan di Soviet Union dan India, serta pengalaman Marshall Plan, yang telah berjaya membina kembali seluruh Eropah dengan biayaan Amerlka Syarlkat, dan dengan naungan PBB serta beberapa pertubuhan kecil yang menganggotainya, kolonial British telah memperkenalkan institusi "perancangan pembangunan " di Persekutuan Tanah Melayu ketika itu. Pihak penjajah British telah merangkakan dan melaksanakan Rancangan lima tahun pertama Persekutuan Tanah Melayu yang diberl nama Draff Development Plan of Malaya (1950 - 1955). Dengan terlaksananya rancangan tersebut, terasaslah suatu tradisl perancangan moden, suatu Institusl penting dan suatu alat politik berkesan yang menentukan masa depan Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia. Sebagai suatu tradisi moden "perancangan pembangunan" dikekalkan sehingga kini. Sebagai suatu tradisi, institusi tersebut membentuk watak dan wajah negara bangsa Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia. Sebagai suatu alat politik, tradisi dan institusl ini memalnkan peranan penting dan .melaluinya perundingan dan kesepakatan antara kumpulan etnik dan kelas dlgubah. Secara keseluruhannya, "perancangan pembangunan" menjadi elemen terpenting dalam pembentukan negara Malaysia yang kita kenal harl ini. Kejayaan sebelum kelahiran negara bangsa Malaysia telah meyakinkan pihak kolonlal British untuk melanjutkannya. Rancangan Malaya Pertama (1956- 1960) adalah perlanjutan usaha tersebut. Ketika pelaksanaan rancangan ini, pimpinan tempatan telah diasuh dan diberikan tanggungjawab mengendalikan proses pembangunan masyarakatnya sendlri melalul pemerintahan sendiri yang terbatas selepas Pllihan Raya Umum tahun 1955 dan kemudiannya melalui pemberian kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Selepas Pilihan Raya Umum tahun 1959,Rancangan Malaya Kedua (1961 - 1965) diperkenalkan dan dilaksanakan sepenuhnya oleh pimpinan tempatan. Walaupun dari segi falsafah, bentuk dan teknik corak perancangan pembangunan ketika itu merupakan lanjutan perancangan: pembangunan kolonlal British, namun dari segi tujuan, matlamat dan strategi khusus telah menunjukkan banyak perubahan dan penyesuaian. Perubahan dan penyesuaian dalam perancangan pembangunan lebih jelas apabila negara bangsa Malaysia dibentuk pada tahun 1963 dan setelah Pilihan Raya Umum tahun 1964 dilancarkan Rancangan Malaysia Pertama (1966 - 1970). Usaha untuk membangunkan masyarakat Malaysia pada masa itu lebih agresif sifatnya. Pelbagai dasar dalam bidang pendidikan, bahasa dan budaya diperkenalkan untuk melengkapi rancangan pembangunan tersebut yang rata-rata bercorak ekonomistik. Walaupun tumpuan utama diberikan kepada usaha membangunkan masyarakat desa yang miskin dan tertinggal namun usaha menggerakkan perindustrian gantian import, khasnya perusahaan pembuatan juga diperkenalkan. Kelancaran pelaksanaan Rancangan Malaysia Pertama terbantut seketika akibat Konfrontasi Indonesia-Malaysia yang berakhir pada tahun 1966, Namun begitu, pemerintah telah berjaya menunjukkan kemampuan yang dapat mereka laksanakan. Setidak-tidaknya dari segi kemudahan prasarana "pembangunan" telah dirasakan. Tentunya, segala usaha ini tidak dapat memuaskan hati semua pihak. Hal ini dijelmakan melalui pencapaian pihak parti pembangkang dalam arena politik kepartian. Bibit-bibit pertentangan ini yang kian membahang, akhirnya mencetuskan suatu pertentangan terbuka lagi berdarah. Peristiwa 13 Mei 1969 terpahat dalam sejarah pembangunan Malaysia sebagai suatu tinta hitam yang menginsafkan rakyat Malaysia. Peristiwa ini berlaku sebaik sahaja selesai Pilihan Raya Umum tahun 1969. Rusuhan bermula di Kuala Lumpur dan kemudiannya telah merebak ke beberapa tempat lain tetapi dapat dikawal negera. Parlimen telah digantung, demokrasi terhenti dan kedukaan daripada peristiwa itu dijadikan sempadan Biduk lalu kiambang bertaut, bak kata bidalan. Begitulah keadaannya di Malaysia kelika itu. Lahir daripada peristiwa 13 Mei 1969 ialah Rancangan Malaysia Kedua (1971- 1975). Digarab ke.dalamnya Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan membetulkan ketidakseimbangan ekonomi yang wujud antara kaum dan wilayah bagi mencapai perpaduan negara. Apa yang psnting ialah rancangan ini telah menganjurkan suatu usaha membangunkan masyarakat Malaysia untuk jangka masa panjang, iaitu mengambil tempoh selama 20 tahun (1971 - 1990). Hal ini bererti bermula dengan Rancangan Malaysia Kedua (1971 - 75) dan untuk tiga rancangan lima tahun selanjutnya, iaitu Rancangan Malaysia Ketiga (1976 - 1980), Rancangan Malaysia Kempat (1981 - 1985) dan Rancangan Malaysia Kelima (1986- 1990), segala usaha akan ditumpukan untuk mencapai matlamat DEB.Rancangan Malaysia Kedua (1971 - 1975) merupakan rancangan pembangunan yang menitikberatkan usaha untuk menyelesaikan masalah perbezaan ekonomi antara sektor dan etnik agar kestabilan ekonomi dan politik dapat dicapai. Ketika itu terdapat peralihan daripada industri gantian-import kepada industri berorientasikan esksport. Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980) merupakan rancangan pembangunan yang melanjutkan dasar industri yang dirangka pada Rancangan Malaysia Kedua. Rancangan Malaysia Keempat (1981 - 1985), Rancangan Malaysia Kelima (1986 - 1990) dan Rancangan Malaysia Kdenam (1991 - 1995) merupakan rancaragan pembangunan yang menitikberatkan industri berasaskan teknologi yang lebih maju dan dasar penswastaan. Rancangan Malaysia Ketujuh (1996- 2000) dan Rancangan Malaysia Kelapan (2001 - 2005) pula mula memberi perhatian kepada atas industri berteraskan k-ekonomi. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (2006 - 2010), tumpuan tidak hanya diberikan kepada Industri berteraskan k-ekonoml tetapi turut memberi perhatian kepada isu pembangunan manusia atau disebut sebagai modal insan . Dalam konteks ini, Islam Hadhari dijadikan kerangka kerja untuk meningkat kualiti modal insan yang tidak hanya meliputi etnik Melayu atau masyarakat Islam tetapi juga semua rakyat Malaysia.

Soalan 2

Setelah memahami LO 2, terangkan bagaimanakah kedudukan ekonomi Bumiputera / Kaum Cina / Kaum India / Kaum lain sebelum dan selepas Dasar Ekonomi Baru? Sila pertimbangkan impak jawapan anda ke atas keadaan politik, ekonomi dan sosial semasa.
Dasar Ekonomi Baru adalah dasar yang menunjukkan dengan jelas hubungkaitnya dengan hubungan antara etnik kerana ia sememangnya dirangka untuk merapatkan jurang yang dibuat penjajah British melalui Dasar Pecah Dan Perintah. Oleh itu, dasar ini dibentuk untuk menutup semula lubang-lubang kekurangan semasa penjajahan British serta menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Kadar kemiskinan yang berada di 52.4% pada tahun 1970 akhirnya berjaya dikurangkan kepada 17.1% pada tahun 1990 pada tahun akhir tamatnya Dasar Ekonomi Baru. Namun begitu, orang-orang melayu masin ketinggalan dalam sektor industri kecil dan sederhana disebabkan gagalnya budaya niaga dalam kalangan orang-orang melayu. Kerajaan telah memberikan tumpuan utama dalam memajukan profesion bumiputera terutama orang-orang Melayu dalam bidang kejuruteraan, kedoktoran, peguam dan akauntan. Oleh itu, orang-orang Melayu banyak menceburi profesion-profesion sedemikian. Kualiti hidup rakyat meningkat seiring dengan kepesatan pertumbuhan ekonomi negara. Walaupun sebelum pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru, ketaksamaan ekonomi dilihat agak besar, namun ketaksamarataan pendapatan menjadi semakin baik sehinggalah tahun 1990. Tetapi keadaan itu menjadi teruk semula selepas tahun yang demikian dimana kaya semakin kaya dan miskin kekal miskin. Pendapatan agihan antara etnik juga banyak perbezaannya. Perbezaan jurang antara luar bandar dengan bandar telah menurun semakin berkurangan namun selepas Dasar Ekonomi Baru tamat ia kembali meningkat. Jadi ini menunjukkan keberkesanan Dasar Ekonomi Baru walaupun kejayaan tidaklah mencapai objektifnya sepenuhnya namun ia masih boleh dikira sebagai satu impak yang positif.

Soalan 3

Video LO 2 juga ada membincangkan berkenaan dasar-dasar yang telah dan akan dilaksanakan oleh kerajaan dalam memacu ekonomi negara. Huraikan dasar-dasar yang berkaitan dengan isu agihan dan pertumbuhan ekonomi di Malaysia.
Dasar-dasar kerajaan adalah untuk mencorakkan kehidupan rakyat sesebuah negara. Dasar-dasar kerajaan Malaysia mempunyai keunikkannya sendiri kerana dasar ini digubal sesuai dengan ciri-ciri dan keperluan semasa. Sebagai sebuah negara kecil yang dibahagikan kepada dua wilayah iatu Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak. Malaysia adalah merupakan negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa dan keturunan, menganuti pelbagai fahaman agama dan mempraktikkan pelbagai budaya dan konteks sebuah negara persekutuan. Dasar merupakan suatu yang penting dalam sisitem pentadbiran dan pemerintahan sebuah negara. Dasar merupakan rangka dalam pelaksanaan rancangan kerajaan dan berbentuk pelan tindakan yang dilaksanakan bagi mencapai objektif untuk kepentingan masyarakat dan negara. Dasar negara adalah merupakan garis panduan pentadbiran yang merangkumi segala arahan dan peraturan untuk mencapai matlamat kepimpinan negara ke arah sebuah negara yang gemilang. Walaubagaimanapun, minat seseorang terhadap perkara ini berbeza. Ada yang terlibat dalam pengubalan dasar dan ada yang berfungsi sebagai pelaksana. Tujuan dasar-dasar negara adalah bagi membantu negara mencapai matlamat keselamatan negara. Selain itu, kepentingan perpaduan dan kestabilan negara adalah bagi menjamin kestabilan sosial dan ekonomi rakyat juga masyarakat. Oleh itu, perpaduan negara akan menjamin kestabilan politik, ekonomi dan sosial dalam kalangan penduduk negara ini seterusnya akan menjadi faktor penting kepada pembangunan dan kemajuan negara. Dasar-dasar kerajaan Malaysia mempunyai keunikkannya sendiri kerana dasar ini digubal sesuai dengan ciri-ciri dan keperluan semasa negara. Semua rakyat Malaysia akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan perutukan-perutukan perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan. Matlamat untuk menjadi sebuah negara yang makmur lagi bersatupadu berasaskan sistem demokrasi dalam suasana pembangunan yang aman dan stabil dengan mempunyai keunikan tersendiri. Pembangunan adalah sesuatu yang abstrak dan terlalu luas untuk dibincangkan. Dalam konteks Negara, aspek pembangunan akan melihat beberapa perkara yang penting. Oleh itu Malaysia perlu mempunyai dasar yang bukan sahaja dapat mengembleng sumber-sumber tetapi boleh mengurangkan jurang perbezaan antara kaum bagi memantapkan perpaduan dan integrasi nasional

Soalan 4

LO 3 menekan isu globalisasi dan ekonomi. Bincangkan peranan globalisasi dan impaknya kepada keadaan ekonomi multi-etnik di Malaysia. Juga fokus kepada kekuatan kepelbagaian etnik di Malaysia (yang tiada pada negara lain) dalam menyumbang kepada kelestarian ekonomi Malaysia.
Proses globalisasi bukan hanya mempunyai matlamat untuk menghomogenkan dunia dengan hanya satu sistem ekonomi iaitu sistem kapitalis tetapi juga proses penghomogenan itu melibatkan usaha mewujudkan satu budaya tunggal di dunia. (Omar Jah, 2001). Cadangan yang dilontarkan ialah masyarakat baru, dengan budaya baru, yang menolak budaya tradisi termasuklah adat resam dan agama ditukar kepada budaya baru berasaskan kepada kehidupan kebendaan sekular moden. Dalam masyarakat yang baru, budaya masyarakat tradisional akan dikesampingkan dan diganti dengan nilai-nilai sekular barat seperti konsumerisme, materialisme dan individualisme. Bahaya nilai baru ini ialah wujudnya suatu pandangan hidup yang mengenepikan peranan agama dan realiti metafizik dalam pembinaan budaya, sekaligus mencipta manusia yang tidak kenal tuhannya; sebaliknya mempunyai matlamat utama dalam penghasilan dan penggunaan material yang melampau (Omar Jah, 2001). Bahaya globalisasi ke atas budaya terletak dalam fakta bahawa globalisasi ialah salah satu bentuk penjajahan yang memasuki ciri teras dalam kehidupan seseorang iaitu pemikiran dan kesedaran manusia. Globalisasi memiliki tarikan kuat ke atas nafsu, emosi serta keseronokan kebendaan yang memberi kesan ke atas setiap individu dalam masyarakat. Globalisasi juga memiliki alat-alat teknologi komunikasi yang begitu berkuasa dan canggih yang mampu menyampaikan berita-berita dan menyebarkan idea-idea melintasi sempadan negara dan batasan fizikal, yang dengan mudahnya memasuki minda manusia. Apa yang menambah lagi tarikan manusia moden ialah pendekatannya yang liberal terhadap kehidupan yang menolak sebarang sekatan ke atas apa yang manusia boleh lakukan (liberalisme), kebebasan bercakap, kepenggunaan dan pemilikan. Budaya baru ini memperjuangkan individualisme dan liberalisme tanpa jaminan bahawa kebebasan manusia memilih apa yang baik dan betul untuk dirinya sendiri. Globalisasi budaya ialah kebebasan dan liberalisme dalam aktiviti manusia. Kebangkitan kesedaran tentang hak individu dan wanita yang disemarakkan oleh arus globalisasi telah menyemarakkan kemunculan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan di negara ini. Mereka berjuang bagi mendapatkan apa yang mereka panggil hak asasi manusia, hak untuk wanita dan kanak-kanak, program-program bagi golongan warga emas dan minoriti, hak-hak pengguna, pemuliharaan alam sekitar dan sebagainya. Kemunculan organisasi sosial ini bersama dengan parti-parti politik demokrasi dan golongan intelektual telah menyumbang ke arah keterbukaan yang lebih luas dalam suasana demokrasi, dan perkembangan kepada wujudnya masyarakat matang yang meningkatkan satu perpaduan baru melintasi garis-garis etnik dan agama (Abdul Rahman, 2001). Pihak kerajaan sendiri menyedari perkara ini dengan menyokong beberapa NGO yang cenderung kepada mereka.

Comments

Chat