Soalan 1
Apakah impak globalisasi kepada negara kita Malaysia?Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia di bawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah Negara. Hal ini kerana globalisasi adalah satu element yang menggalakkan pembangunan dari semua aspek sama ada ekonomi, komuniksai, ketenteraan, pendidikan dan sebagainya. Cendiakawan barat pula mentakrifkan globalisai sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia. Antara impak-impak globalisasi ini terhadap Negara kita adalah kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) mempergiat perdagagan antarabangsa. Ternyata perniaga dapat meluaskan pasatan niaganya ke seluruh dunia. Melalui kemajuan teknologi persidangan video, internet dan e-mel telah memudahkan perhubungan antara individu. Wujudnya perdagangan bebas, pengaliran modal secara bebas, telah menggalakkan persaingan, peluasan pasaran, peningkatan kualiti produk dan berlakunya aliran buruh mahir dan separa mahir dalam pemangkin kepada kemajuan Negara. Secara langsung kesan positif globalisasi yang dinyatakankan dapat memajukan ekonomi Negara.
Soalan 2
Apakah impak globalisasi kepada tindakan pengukuhan (affirmative action) dan hubungan etnik di Malaysia?Antara yang memberi impak globalisasi kepada tindakkan pengukuhan etnik di Malaysia adalah sistem komunikasi yang menghubungkan seluruh etnik yang ada di Malaysia. Pekongsian maklumat, pengetahuan, pengamalan budaya serta interaksi antara etnik di Malaysia bergerak dengan bebasnya tidak ada sempadan dan halangan. Dengan komunikasi tanpa sempadan ini dapat menjalinkan hubungan erat antara etnik di emenanjung Malaysia mahupun di Sabah dan Serawak.
Soalan 3
Bagaimanakah pihak universiti menangani arus globalisasi dalam kalangan pelajar?Dalam positifnya impak globalisai, terdapat juga nila-nilai negatif yang wujud di dunia tanpa sempadan ini yang menyebabkan Malaysia menghadapi kemelut sosial. Kebanjiran maklumat, akses yang mudah keadaan duniahiburan, layaran mudah bahan-bahan porno melalui internet dan melayari alam siber yang menjadi trend masyarakat kini. Ibarat semuanya hanya dihujung jari. Pekembangan tersebut mendorong para perancang pihak universiti terpaksa menyemak semula keberkesanan dan langkah untuk menghadapi arus globalisasi di kalangan pelajar. Antaranya adalah menekanan terhadap agama. Nilai murni dan akhlak harus diberikan penekanan yang utama terhadap pelajar-pelajar. Hal ini dapat membina jati diri yang teguh dalam kalangan pelajar. Pegangan nilai moral yang kukuh membantu menghadapi arus globalisasi.
Soalan 4
Adakah konsep kesaksamaan/kesamaratan dalam agihan dan pertumbuhan dari segi wilayah – Semenanjung Sabah dan Sarawak?Di Malaysia, falsafah yang menjadi panduan kerajaan dalam mencapai perpaduan masyarakat ialah pertumbuhan dengan agihan yang dijadikan panduan dalam Dasar Ekonomi Baru dalam matlamat teras serampang dua mata. Ekonomi Malaysia perlu diuruskan dengan baik dan berkesan. Hal ini bukan sahaja kepada agenda memacu ekonomi Negara agar tumbuh pesat tetapi juga memerlukan agenda agihan kekayaan agar hasil daripada pertumbuhan ekonomi tersebut dapat dinikmati secara adil oleh masyarakat semenanjung mahupun masyarakat Sabah Serawak walaupun mencari titik keseimbangan antara agenda pertumbuhan dengan agenda agihan yang adil merupakan satu peranan berat yang perlu dilaksanakan oleh kerajaan.