1. Bagaimanakah kandungan buku-buku teks dapat memupuk hubungan etnik?
Buku teks merupakan mekanisma yang sangat membantu pelajar memhamai mengenai apa itu hubungan etnik. Kandungan yang terdapat di dalam buku teks mempunyai banyak maklumat penting. Konsep-konsep baru yang diterangkan di dalam buku teks mampu memupuk pelajar memahami dengan lebih terperinci mengenai hubungan etnik. Contohnya konsep-konsep seperti amalgamasi,akulturasi akomodasi dan lain-lain. Konsep ini jika tidak ada di dalam buku teks maka sukar para untuk para pelajar mengetahuinya.
2. Industri hiburan sebagai mekanisme pemupukan jalinan hubungan dalam kalangan masyarakat pelbagai budaya di Malaysia.
Industri hiburan juga merupakan salah satu platform yang mampu memupuk semangat kekitaan dalam masyarakat. Sebagai contoh, media televisyen yang memaparkan pelbagai iklan, filem dan rancangan televisyen yang mengisahkan dan mengaitkan hubungan antara kaum dan pelbagai budaya. Oleh itu, masyarakat akan lebih mengenali dengan lebih dekat dan mendalam bahawa, hubungan yang baik dalam setiap kaum mampu mendatangkan pelbagai kebaikan.
3. Apresiasi seni (seni lakon, seni tampak, seni suara, seni reka, dll) dalam masyarakat pelbagai kaum.
Melalui apresiasi seni dalam masyarakat pelbagai kaum juga dapat kita lihat barisan artis di negara kita yang mampu untuk melakonkan watak, menyanyikan lagu dalam bahasa yang berlainan. sebagai contoh, artis Melayu, Shila Amzah yang boleh menyanyi dan berbicara dalam bahasa Cina dengan fasih. Sehubungan itu, melalui cara ini, kesepaduan kaum dapat dikekalkan.
4. Apakah kawalan-kawalan yang diperlukan dalam memupuk perpaduan kaum di Malaysia?
Perpaduan kaum di Malaysia penting untuk mengekalkan keamanan. Hal ini demikian kerana Malaysia mempunyai pelbagai kaum yang mempunyai cara, adat serta bahasa mereka yang tersendiri. Oleh sebab itu, kawalan amat diperlukan dalam memupuk perpaduan kaum ini kerana masyarakat di Malaysia perlulah menghormati agama lain. Antara kawalan yang boleh dilakukan ialah melarang penduduk Malaysia untuk membangkitkan isu sensitif kaum seperti membangkitkan isu agama. Selain itu, kerajaan boleh mengawal daripada tercetusnya rusuhan dan penindasan kaum walaupun mereka mempunyai hak berhimpun dan suara yang boleh dilontarkan untuk memelihara hak asasi mereka dengan melakukan kawalan undang-undang. Oleh itu, kawalan-kawalan ini sangat diperlukan untuk memupuk perpaduan kaum di Malaysia.
5. Orientasi parti politik yang ada sekarang lebih cenderung ke arah polarisasi kaum atau perpaduan?
Parti politik sekarang lebih cenderung ke arah polarisasi kaum berbanding perpaduan kerana itu yang terjadi sedikit pergolakan dalam kalangan rakyat. Parti politik kurang menitikberatkan persoalan perpaduan tetapi hanya bergabung ketika pilihan raya bagi memerintah Malaysia.
6. Orientasi Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang ada sekarang lebig cenderung ke arah polarisasi kaum atau perpaduan?
Secara amnya,Orientasi Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) juga adalah sama seperti parti politik.Dimana,mereka dilihat sebagai sebuah badan induk yang mempunyai kuasa membuat perubahan.Namun,hal ini kerana, perbezaan etnik menyebabkan mereka susah untuk menolong bangsa lain. Contohnya yang lebih jelas boleh kita lihat NGO-NGO yang majoritinya daripada berbangsa cina. Mereka ini hanya kan menolong bangsa mereka sahaja. Dalam pemberian dana sesuatu pgram atau bencana mereka ini sangat boleh dilihat apabila badan NGO ini mudah sangat untuk memberi dana tanpa memerlukan banyka urusan. Ini telah menunjukkan mereka hanya mementingkan kaum mereka sahaja tanpa mengambil berat kaum lain. Namun, tidak boleh dinafikan juga ada segelintir NGO yang sanggup menolong orang lain tanpa melihat kaum, agama dan bangsa.Namun,peratusannya adalah amat kecil.Jika kesemuanya memainkan peranan masing- masing dalam memupuk hubungan etnik nescaya perpaduan yang terbentuk di Malaysia amat utuh hingga ke akhirnya.
7. Permainan tradisional masyarakat Malaysia sebagai warisan dan wadah memupuk persafahaman antara pelbagai etnik.
Permainan tradisional merupakan salah satu cara yang mampu mengeratkan lagi hubungan erat antara berlainan etnik. Di Malaysia, semua kaum boleh bermain permainan tradisional kaum lain. Mereka tidak terbatas untuk mengetahui permainan mereka sahaja bahkan ada sesetengah orang hebat bermain permainan kaum lain daripada permainan kaum mereka. Contoh permainan dari kaum melayu seperti congkak dan gasing, kaum cina mahjong dan yoyo cina dan akhir sekali bagi kaum india pula ialah chanturanga dan kabadi. mengertakan hubungan etnik di samping dapat memperkenalkan tradisi kaum masing-masing. Oleh itu, semangat kebersamaan mampu dipupuk apabila terdapatnya pertandingan yang diadakan di Malaysia pada setiap tahun mengenai permainan tradisional yang mana ianya tidak terbatas kepada sesuatu kaum sahaja.