UKM-FI-Shahirah Salleh's 7.A1 : Perbincangan 1 - OpenLearning

Soalan 1

Bincangkan perbezaan antara agama dan penganutnya. Misalnya, antara Hindu dan Hinduisme, Muslim dan Islam, dan sebagainya.
Perbezaan antara agama Islam dengan penganutnya iaitu Muslim adalah agama Islam agama yang dianuti oleh sebanyak 60 peratus penduduk Malaysia. Seseorang yang beragama Islam bererti berserah diri dan mengikuti perintah Allah SWT serta mencontohi Nabi Muhammad SAW. Penganut Islam perlu memberi kesaksian bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan-Nya. Ketundukan ini perlu dibuktikan dengan melaksanakan tanggungjawab seperti yang diperintah oleh Allah serta menjauhi larangan-Nya. Muslim mengakui bahawa Nabi Muhammad SAW berfungsi sebagai penyampai ajaran Islam daripada Tuhan dan dalam masa yang sama sebagai ikon yang perlu dicontohi. Menjunjung tinggi akidah dan akhlak Islam adalah misi utama Baginda. Sumber ajaran Islam ialah al-Quran. Seluruh teks al-Quran tidak boleh diubah. Sumber kedua ialah al-Sunnah yang merangkumi ucapan, tindakan serta sifat-sifat Rasulullah SAW dalam bentuk manifestasi ajaran Islam yang juga dikenali sebagai hadis. Islam mewajibkan pengikutnya percaya kepada Allah, semua rasul, kitab suci yang telah diturunkan oleh Allah, malaikat, hari kiamat, qada dan qadar. Dalam hadis juga terkandung Sirah yang mengandungi sejarah hidup Baginda. Melalui hadis seorang Muslim dapat mencontohi bagaimana cara Nabi Muhammad SAW beribadah dan menjalani kehidupan seharian. Sumber ketiga ialah ijtihad, ijmak, qiyas, syura dan sebagainya yang diinstitusikan juga sebagai respons ulama terhadap perubahan dan kemajuan dalam kehidupan harian. Institusi tersebut mampu memberikan penjelasan berdasarkan prinsip syariah kepada umat yang memerlukannya. Sebagai contoh prinsip yang perlu diguna pakai dalam perdagangan saham yang belum wujud pada zaman awal Islam. Islam ialah suatu peraturan hidup dan agama praktikal berkaitan dengan kehidupan dunia dan akhirat. Bagi Islam, Allah telah menentukan jalan yang perlu dilalui sebagai panduan kepada manusia dalam bentuk Syariah. Syariah adalah prinsip Islam yang tertinggi, mengatur kehidupan harian Muslimin yang meliputi segala aspek kehidupan manusia daripada urusan ibadat sampai kepada urusan ekonomi, pemerintahan dan kemasyarakatan. Nabi Muhammad SAW ialah rasul yang terakhir dalam rangkaian pesuruh Allah. Peristiwa sejarah yang terdapat dalam al-Quran merupakan kisah yang benar berlaku. Muslim pula merupakan golongan yang percaya dan yakin tentang kewujudan Allah SWT serta apa ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah saw. Seseorang itu dikira muslim apabila dia mengucap dua kalimah syahadah. Mereka juga percaya kepada rukun-rukun iman. Selain itu, agama Hindu pula adalah agama yang dianuti oleh sebahagian besar komuniti India di negara ini, malah ia merupakan salah satu identifikasi bagi etnik India, walaupun terdapat dalam kalangan mereka yang menganut agama selain Hindu. Agama ini merupakan sekumpulan adat istiadat, budi pekerti dan gambaran kehidupan orang Hindu. Agama yang wujud sejak awal abad ke-8 S.M ini juga dikenali dengan nama agama Brahma. Daripada Brahma inilah diambil perkataan Brahman, iaitu gelaran terhadap pendeta Hindu yang dipercayai mempunyai unsur ketuhanan. Sehingga sekarang tidak diketahui siapakah pengasas agama ini. Agama ini merupakan agama yang berevolusi daripada ajaran Veda yang muncul sebelum penaklukan bangsa Arya ke atas India. Sejarah menerangkan isi kandungan agama ini meliputi pelbagai kepercayaan yang membawanya turun hingga kepada penyembahan batu dan pokok- pokok dan membawanya naik kepada perkara-perkara falsafah yang abstrak dan halus. Terdapat beratus-ratus malah beribu-ribu buah kitab suci Hindu. Walau bagaimanapun, pada umumnya kitab suci mereka yang terbesar adalah terdiri daripada Veda, Undang-Undang Manu, Mahabharata, Gita, Yoga Vasishtha dan Ramayana. Hinduisme pula dikenali sebagai Arya Dharma dan orang-orang yang menganuti agama ini dikenali sebagai Aryan pada ketika dahulu. Pendudukan asal mereka ialah di wilayah Punjab. Tidak ada suatu pendapat yang muktamad tentang asal-usul orang Aryan. Golongan cendikiawan dan sejarahwan masih mempertikaikan dan mengemukakan teori-teori yang bercanggah. Sesetengah pendapat mengatakan bahawa orang Aryan berasal dari kawasan Artik, sesetengah mengatakan Asia Tengah, dan segelintir mengatakan Mediterranean dan sebagainya. Swami Vivekananda sebaliknya menegaskan bahawa orang Aryan berasal dari benua India dan bukannya satu bangsa pendatang dari luar India. Walau bagaimanapun, dari Punjab, orang Aryan bersebar ke seluruh India Utara, sehingga kawasan yang mereka menduduki dikenali sebagai Aryavarta. Mereka kemudiannya, merentasi banjaran Vindhya dan bersebar ke seluruh India Selatan. Agastya Muni dianggap sebagai orang yang telah membawa bangsa Aryan ke Selatan. Istilah Hinduisme merangkumi pelbagai aliran fikiran dan falsafah, serta upacara-upacara amal yang amat berbeza. Sebahagian besar penganut Hindu bersembahyang kepada pelbagai dewa-dewi, dan menganggap dewa-dewi ini sebagai penjelmaan-penjelmaan untuk satu Roh yang agung (Brahman), sedangkan banyak penganut yang lain menumpukan kepada satu konsep mufrad untuk Brahman (Tuhan), umpamanya Vaishnavisme, Saivisme dan Saktisme.

Soalan 2

Bincangkan bagaimana budaya setempat mempengaruhi amalan agama  masyarakat.
Terdapat pelbagai cara yang mempengaruhi amalan agama masyarakat. Antaranya melalui budaya setempat. Sebagai contohnya, orang Melayu sangat sinonim dengan Islam,kebudayaan yang dipengaruhi oleh Islam di negara ini masih lagi dicampur adukkan dengan amalan-amalan khurafat dan agama-agama yang lain. Buktinya, dalam budaya perkahwinan masyarakat Melayu, walimatul urus dan akad dilaksanakan mengikut syariat Islam, akan tetapi perhiasan diri yang dipakaikan kepada kedua-dua mempelai mempunyai unsur-unsur yang bertentangan dengan ajaran Islam seperti sulaman berbentuk hidupan bernyawa serta tidak menutup aurat kerana dikatakan pemakaian peralatan berkenaan dapat menghindari hasad dengki orang lain dalam majlis tersebut. Pengantin juga tidak dibenarkan mandi dari pagi hingga tamat majlis atau perlu mencampak sehelai pakaian dalam pengantin ke bumbung bagi mengelak hujan mengganggu majlis tersebut. Selain itu dalam amalan perubatan tradisional pula, pelbagai salah amalan dilakukan oleh pengamal perubatan (bomoh) dan juga orang yang meminta pertolongan. Sebagai contoh, bagi seorang kanak-kanak yang mengalami sakit di bahagian perut sehingga kelihatan perut tersebut menjadi buncit, dikatakan mengalami busung jin sebagai akibat bermain atau duduk di busut semut yang besar di suatu sudut di kampung tersebut. Mungkin benar telahan tersebut namun begitu kaedah perubatan pada masa tersebut mencampur adukkan antara bacaan ayat-ayat suci Al-Quranul Karim dengan jampi serapah. Paling ketara, amalan bertangkal dilaksanakan bagi mengubati penyakit.

Comments

Chat