1. Bagaimanakah kandungan buku-buku teks dapat memupuk hubungan etnik?
Buku teks Sejarah SMR adalah ditulis berdasarkan Huraian Sukatan Mata pelajaran Sejarah SMR. Bagi menjelaskan tentang perkara ini, boleh diteliti petikan tujuan pendidikan sejarah seperti yang nyatakan pada bahagian pendahuluan Huraian Pelajaran Sejarah Tingkatan 3 (PPK, 2002) adalah seperti berikut : Tujuan pendidikan Sejarah adalah untuk memupuk semangat setia negara dan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia melalui pengetahuan dan penghayatan sejarah tanah air. Di peringkat Sekolah Menengah Rendah, pembelajaran tentang sejarah negara yang meliputi jangka masa selama lima ratus tahun disusun secara kronologi. Ia bertujuan untuk memberi pemahaman menyeluruh dan suatu gambaran lengkap tentang sejarah negara kepada murid. (Sumber : Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah SMR ( PPK, 2002 –m/s 2) Objektif isi kandungan mata pelajaran Sejarah SMR adalah tidak selari dengan matlamat Akta Pendidikan 1996 kerana kurang menfokuskan kepada pemupukan perpaduan kepada rakyat negara ini, tetapi elemen patriotisme dinyatakan dengan jelas sebagai sebahagian objektif di dalam kurikulum Sejarah SMR. Contoh elemen patriotisme dinyatakan dengan jelas dalam objektif ke lapan iaitu ‘mempunyai dan mempertingkatkan semangat patriotik dan bersedia melibatkan diri dalam usaha mempertahankan kedaulatan, pembangunan dan kemajuan negara’ berdasarkan Huraian Sukatan Mata Pelajaran Sejarah Tingkatan 3 (PPK, 2002, m/s 4), tetapi tidak terdapat elemen perpaduan yang dinyatakan dalam objektif-objektif kurikulum Sejarah SMR tersebut.
2. Industri hiburan sebagai mekanisme pemupukan jalinan hubungan dalam kalangan masyarakat pelbagai budaya di Malaysia.
Dalam Ucapan Y.A.B Dato’ Haji Abd Ghani Bin Othman (Menteri Besar Johor) di Majlis Perasmian Kongres Kebangsaan Industri Hiburan dan Kesenian Malaysia di Persada Johor, beliau menyatakan bahawa industri hiburan merupakan bidang yang menghimpunkan pelbagai cabang berkaitan, atas tujuan yang murni mengenai masa depan industri yang sama penting dalam pembangunan negara. Sejak berzaman lagi, industri ini sentiasa berusaha menyegarkan kegiatan seni dan budaya yang bukan sekadar hiburan, tetapi sebagai identiti, jati diri dan warisan yang paling berharga. Walaupun hiburan dalam pelbagai bentuk seperti filem, muzik, tarian dan teater sudah lama bertapak dan berkembang mengikut peredaran masa, dan seringkali dibincangkan dalam seminar-seminar, tetapi belum ada suatu usaha sebelum ini untuk membincangkan secara menyeluruh mengenai hal ini. Hiburan juga dikatakan satu unsur yang amat berpengaruh dalam mencorakkan persepsi, nilai atau pandangan seseorang. Di Amerika Syarikat misalnya, filem digunakan sebagai suatu alat propaganda yang amat berkesan. Melalui filem, Amerika Syarikat ditonjolkan sebagai negara yang sentiasa benar dalam apa jua tindak tanduknya berkaitan dasar luarnya, termasuklah perang atau campur tangan di sesebuah negara lain. Di Malaysia, filem-filem dan drama tempatan juga sedikit sebanyak turut memainkan peranan seperti itu. Antaranya ialah filem tempatan mengisahkan keperwiraan tokoh-tokoh perjuangan kemerdekaan menunjukkan suatu usaha yang baik dan wajar digalakkan. Walau bagaimanapun, dari segi jumlahnya adalah masih sedikit. Justeru itu, pengusaha filem tempatan yang mengadaptasikan cerita-cerita berunsurkan patriotisme atau menggalakkan perpaduan antara kaum. Hal ini demikian kerana industri hiburan dalam pelbagai bentuk adalah medium yang amat berpengaruh. Melalui karya seni, dapat diselitkan mesej, semangat atau citra bangsa untuk disampaikan kepada golongan sasaran. Cabaran penggiat industri hiburan adalah bagaimana mahu menerapkan mesej dalam bentu popular. Dalam erti kata lain, bagaimana penggiat hiburan mahu menghasilkan sesuatu karya yang di dalamnya ada mesej, misalnya menggalakkan perpaduan antara kaum, dalam bentuk yang menghiburkan.
3. Apresiasi seni (seni lakon, seni tampak, seni suara, seni reka, dll) dalam masyarakat pelbagai kaum.
Menurut Herbert Read, seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan , keseronokan dan kesenangan estetik . Kesenangan estetik adalah kesenangan dan keceriaan kepada pihak yang menerima mesej dan pihak penerima mesej tersebut akan saling bersama menyempurnakan mesej – mesej yang disampaikan . .Dengan lain perkataan , komunikasi yang berkesan hanya akan berlaku dengan sempurna apabila mesej pengirim dapat diterima dengan tepat oleh sipenerima. 2) Sementara itu , menurut Muslim dalam Kitab Al-Iman , menjelaskan tentang kesenangan estetik dan konsep keindahan sebagai pertemuan antara seseorang yang mempunyai ilmu pengetahuan terhadap mesej atau objek yang ditemui Bagi orang yang mempunyai ilmu seni apabila bertemu dengan objek alam semulajadi seperti bunga , daun , haiwan dan sebagainya, ia akan dapat mencipta dan melahirkan manifestasi pemikiran dan perasaannya terhadap objek tersebut melalui karya seni atau setidak-tidaknya , ia akan dapat menghargai objek tersebut .- Penyisihan atau penolakan akan berlaku apabila seseorang bertemu dengan objek yang ia tidak mempunyai pengetahuan tidaklah mempunyai pengetahuan mengenainya . 3) Berlandaskan kepada faktor bahawa kesenangan dan keindahan estetik memerlukan ilmu dan pengetahuan , tidaklah menghairankan jika dalam mendefinasikan maksud seni terdapat banyak pendapat yang berbeza . Perbezaan tersebut berlaku disebabkan oleh beberapa faktor bergantung kepada ,• Tinggi atau rendahnya ilmu pengetahuan seseorang • Falsafah , estetik dan pegangan budaya seseorang atau sesuatu bangsa .• Zaman atau era ( masa ) Lantaran itu terdapat beberapa pendapat mengatakan bahawa seni adalah pernyataan diri ( art as self-expression ) .Mereka yang berpegang kepada pendapat ini beranggapan bahawa Seni Halus iaitu catan , arca lukisan dan cetakan sahajalah yang dapat diterima sebagai seni , kerana melalui aktiviti tersebutlah pernyataan diri dapat dilahirkan dengan bebas .Frank Cizek menyatakan bahawa terdapat daya kreatif yang hebat dalam diri kanak-kanak yang memerlukan jalan keluar untuk menyatakan ekspresi diri .Oleh itu kanak- kanak seharusnya diberi ruang dan peluang untuk melukis tentang apa yang mereka mahu , tentang apa yang mereka lihat dari kaca mata mereka sendiri , bukan melukis tentang apa yang orang lain fikiran .Berlainan pula dengan pendapat Walter Gropius ( Bayer , Gropius and Qropius ) – German Bauhaus (1991 ) yang berpendapat bahawa kraf dan rekabentuk adalah seni Halus .
4. Apakah kawalan-kawalan yang diperlukan dalam memupuk perpaduan kaum di Malaysia?
Dalam mengharungi arus pemodenan, usaha yang efisien harusditangani untuk membentuk perpaduan kaum di negara kita. Pihak keraajaanmempunyai peranan dalam merealisasikan perpaduan kaum. Usaha kerajaanmengadakan Majlis Rumah Terbuka peringkat kebangsaan untuk menyambutperayaan kaum utama Malaysia amat dialu-alukan. Menurut Perdana Menterikita, konsep Satu Malaysia dapat dijayakan melalui majlis sebegini. Semasakerajaan mengadakan majlis rumah terbuka, sarwajagat negara kita yangtediri daripada pelbagai kaum memberi komitmen yang tinggi. Merekamenghadirkan diri dan mengitimkan hubungan mereka dengan masyarakatyang mempunyai pelbagai kaum dan latar belakang. Interaksi antara kaumdalam majlis sebegini dapat memperkasakan hubungan antara kaum diMalaysia. Tuntasnya, kemajuan negara kita bergantung kepada perpaduankaum seperti kata pepatah ‘bersatu teguh, bercerai roboh’.
5. Orientasi parti politik yang ada sekarang lebih cenderung ke arah polarisasi kaum atau perpaduan?
Masalah polarisasi telah wujud sejak zaman penjajahan British lagi. Pemerintahan mereka pada masa itu mempunyai dasar yang mengekalkan struktur kelas dan sosioekonomi kaum-kaum tertentu. Pihak British tidak menyediakan satu system persekolahan yang bersepadu. Sebaliknya mereka membiarkan kewujudan system pendidikan yang berbagai-bagai aliran termasuk aliran Inggeris, Melayu, Cina dan Tamil. Tujuannya ialah untuk memenuhi keperluan sector tertentu dalam ekonomi zaman berkenaan. Meskipun akhirnya bilangan penuntut meningkat dengan pengetahuan berorentasikan pendidikan Inggeris sehingga ke hari ini, namun peluang-peluang menggunakan kelayakan tersebut sebagai mobility ke atas tidak terbuka kepada golongan rendah. Oleh itu, perbezaan kelas terus kekal. Sebagai contoh, sejak perkembangan perusahan getah dari permulaan abad ke 20, pihak British memerlukan tenaga kerja yang tetap. Jadi sejak 1905, sekolah-sekolah Tamil disediakan di estet-estet agar tenaga buruh bagi estet getah terjamin. Justeru itu, pihak British mendapat tenaga kerja yang tetap dan murah. Oleh kerana sekolah Tamil pada masa itu serba kekurangan dari pelbagai segi kemudahan dan tenaga pengajar, peluang bagi kaum India yang berkerja di estet untuk mendapat pekerjaan lain amat terbatas. Pendidikan Cina juga dikuasai oleh pihak penjajah bagi tujuan memenuhi keperluan tenaga kerja mereka. Dengan perkembangan ekonomi colonial di Semenanjung Malaysia pada awal kurun ke 20, sekolah-sekolah Cina juga turut berkembang. Sekolah-sekolah Cina dipengaruhi oleh fahaman Cina yang mengagung-agungkan pendidikan dan budaya Cina tradisional. Dengan ini, pihak pemerintah British pada masa itu telah berjaya memisahkan rakyat mengikut kaum atau etnik masing-masing. Jelas bahwa pengenalan kaum dengan peranan ekonomi yang merupakan masalah besar di Malaysia kini adalah akibat system sosioekonomi penjajah. Pertentangan pendapat tentang hak-hak kerakyatan timbul perselisihan di antara kaum sehingga kini. Perkara berkenaan telah bermula sejak dulu lagi sebelum merdeka. Perasaan ini diapi-apikan lagi oleh pihak-pihak tertentu demi untuk mencapai matlamat dan kepentingan peribadi.
6. Orientasi Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang ada sekarang lebig cenderung ke arah polarisasi kaum atau perpaduan?
Jelas di sini bahawa pertubuhan bukankerajaan (NGO) dan media massa Cina memainkan peranan penting dalam sosialisasi politik Cina. Semua fakta di atas menunjukkan bahawa politik Malaysia sejak dari awal lagi, melalui penjajahan demi penjajahan dan kemasukan imigran, adalah bersifat perkauman(komunalisme). Abdullah Dahana (2002) menyifatkan politik komunalisme begitu kakusehinggakan kehidupan politik dibentuk mengikut garisan etnik. Selain daripada dasar ‘pecahdan perintah’ yang diamalkan oleh British, sikap lunak orang Melayu terhadap orang lain dankepandaian orang lain mengekspoitasikan orang Melayu turut menyumbang kepada masalahkaum sehingga ke hari ini. Dengan kebijaksanaan penjajah dan imigran ini juga, negara inidiberikan kemerdekaan dengan bersyarat iaitu mereka mesti sanggup berkongsi kuasa dan ekonomi (Ling Liong Sik 1995).
7. Permainan tradisional masyarakat Malaysia sebagai warisan dan wadah memupuk persafahaman antara pelbagai etnik.
Di ASEAN, permainan tradisional boleh dilihat sebagai simbol budaya, kepelbagaian masyarakat dan ianya juga merupakan saluran yang cekap untuk menyampaikan nilai-nilai perpaduan, kepelbagaian, inklusif dan kesedaran budaya. Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah berkata, melihat kepada perspektif budaya, permainan tradisional antara lain mencerminkan ungkapan budaya yang berbeza dan mewujudkan jambatan penghubung antara budaya bagi kefahaman bersama yang lebih baik. Permainan tradisional, tambahnya, telah menjadi suatu ungkapan kecerdasan manusia iaitu permainan yang mengandungi cara kehidupan tradisional yang merangkumi cita-cita murni dan sikap di mana di dalamnya terdapat unsur-unsur antara aktiviti, kerjasama, amanah, daya tahan dan cabaran."Permainan tradisional juga mengajar masyarakat pentingnya kebersamaan dalam mencapai matlamat yang sama. Sebagai misal, beberapa, permainan tradisional seperti tarik kalat adalah mengenai kekuatan, kefahaman dan bergerak secara serentak dan juga membentuk sinergi dan strategi. Di sisi lain, permainan congkak dikenali di Brunei, Malaysia dan Singapura, dan di Indonesia dikenali sebagai Dakon, adalah mengenai kejujuran, kecerdasan dan ketelitian," jelas Yang Berhormat semasa berucap merasmikan Festival Mini Ekspresi Budaya ASEAN, di Atrium Airport Mall Berakas, di sini. Yang Berhormat melahirkan kepercayaan bahawa permainan tradisional biasa dan permainan tradisional lain di ASEAN boleh memupuk persefahaman antara budaya negara yang boleh menjadi media yang berkesan bagi integrasi-integrasi politik serantau, ekonomi dan budaya yang dapat merealisasikan Komuniti ASEAN pada tahun 2015. Dengan itu, permainan tradisional, jelas Yang Berhormat, boleh dilihat sebagai nilai tambah dari segi pemahaman budaya dan toleransi bersama dalam kalangan komuniti negara dan sesama mereka."Cabaran yang dihadapi dalam memelihara warisan budaya antara lain berpunca dari kurangnya penghargaan budaya tempatan yang mengehadkan usaha-usaha untuk meningkatkan pemahaman silang budaya di kalangan negara-negara. Ini merupakan isu biasa yang dihadapi hari ini. Bagi menangani masalah ini, kita mempunyai tanggungjawab kolektif. "Di sebalik cabaran ini, saya berbesar hati pada mengambil maklum bahawa festival mini antara lain akan mengetengahkan pemeliharaan permainan tradisional sebagai sebahagian daripada koleksi warisan budaya berhubung dengan warisan kebudayaan tidak ketara," ujar Yang Berhormat seterusnya. Dalam hubungan ini Yang Berhormat menegaskan bahawa tanggungjawab untuk melindungi, memulihara dan menggalakkan kemahiran aktiviti budaya terletak di tangan belia di mana mereka juga perlu melibatkan diri untuk mendekati masyarakat awam, di samping peranan formal yang perlu dimainkan oleh institusi pendidikan dalam menyebarkan nilai-nilai budaya tempatan. "Festival mini hari ini menunjukkan komitmen yang kukuh untuk memelihara dan menggalakkan serta merapatkan pelbagai budaya yang mencerminkan akar umbi ASEAN dan pelbagai budaya dan tradisi," tambah Yang Berhormat. Yang Berhormat juga percaya bahawa warisan budaya tidak dapat dinafikan merupakan salah satu kekuatan dan aset serantau yang mana kepelbagaiannya akan memberi kuasa untuk memahami perbezaan budaya masing-masing dan juga ekspresi budaya yang berbeza. "Oleh itu jika kita memahami perbezaan tersebut akan memupuk kita bersama-sama dan membuat kita menjadi masyarakat yang lebih luas dan unik," ujarnya. Untuk mencapai matlamat Komuniti ASEAN 2015, negara-negara anggota ASEAN, tambah Yang Berhormat, akan menggalakkan pemikiran ke arah ASEAN sebagai rangka kerja untuk membentuk dan membina dasar serantau, program, projek dan strategi promosi untuk menggalakkan perkongsian wacana budaya di peringkat ASEAN, ke arah pengukuhan masyarakat ASEAN. Untuk tujuan ini, jelas Yang Berhormat, Komuniti Sosio-Budaya ASEAN (ASCC) sebagai tunggak ketiga ke arah Komuniti ASEAN 2015 telah mencapai kemajuan yang positif yang mana ianya telah diakui oleh pemimpin-pemimpin ASEAN dalam Sidang Kemuncak ASEAN Ke-23 di Negara Brunei Darussalam. "Ini adalah bagaimana ASEAN melihat diri sendiri. Suasana kerjasama, kesatuan dan matlamat yang sama dalam mempromosikan minda ASEAN merangkumi perlindungan, promosi dan penggunaan Kepelbagaian Budaya ASEAN; Peningkatan Kreativiti Kebudayaan dan Industri; Kebudayaan sebagai satu cara ke arah masyarakat ASEAN yang berkongsi dan penyayang dan kerjasama dengan Badan-badan Sektoral ASEAN yang lain. Mekanisme utama untuk pelaksanaan Kebudayaan dan Kesenian adalah Menteri ASEAN yang bertanggungjawab bagi Kebudayaan dan Kesenian (AMCA)," jelas Yang Berhormat.