Soalan 1
Bincangkan perbezaan antara agama dan penganutnya. Misalnya, antara Hindu dan Hinduisme, Muslim dan Islam, dan sebagainya.Berdasarkan buku mengenai agama-agama di dunia, agama Hindu merupakan agama yang bukan wahyu ataupun bukan semit. Antara kitab utama agama Hindu ialah kitab veda dan juga kitab upanishad. Berdasarkan kitab agama hindu, dikatakan bahawa Tuhan itu tunggal (esa), tiada sekutu, tiada yang menyamaiNya, tiada yang menyerupaiNya dan tiada yang menyaingiNya. namun begitu jika kita lihat pada hari ini, kebanyakan penganut agama Hindu menyembah berhala iaitu patung ciptaan mereka malahan mereka menganggap bahawa berhala itu sebagai tuhan mereka. Dengan ini, dapat dikonklusikan bahawa kebanyakan penganut agama Hindu tidak mengamalkan apa yang diperintahkan oleh kitab mereka sebaliknya mengikut adat ataupun tradisi nenek moyang mereka semata-mata.Selain itu, Hinduisme juga merupakan satu keseluruhan dari semua ritus(2500 SM) pendapat dan tindakan keagamaan , tradisi dan mitologi yang disahkan oleh buku-buku suci dan peraturan Brahmana. Oleh itu, ianya juga merupakan suatu sistem sosial yang diperkuat oleh cita-cita keagamaan dan dengan demikian lalu mempunyai tendensi keagamaan dan ianya bukan wahyu daripada tuhan Agama Islam merupakan agama wahyu yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Jika kita lihat terdapat banyak persamaan di antara agama islam dan juga agama Kristian. Hal ini adalah kerana, dikatakan bahawa tuhan bagi agama kristian ialah jesus(Nabi Isa A.S). Akan saya huraikan mengenai agama kristian di perenggan berikutnya. Sejarah agama Islam bermula apabila lahirnya nabi Muhammad S.A.W pada tahun 570 M dan rasululllah terus menyampaikan wahyu yang diberikan kepadanya. Jika kita lihat pada hari ini, pegangan dan amalan umat islam adalah berdasarkan Al-Quran dan juga hadis dimana mereka tidak melakukan apa yang dilarang oleh kitab suci mereka. Namun begitu, terdapat beberapa mazhab yang muncul dan diikuti oleh masyarakat islam di sesebuah negara. Walaupun begitu, keempat-empat mazhab ini iaitu maliki,hanbali,hanafi dan Shafi'i tidak banyak bezanya dan masih berlandaskan akidah yang sebenar. Oleh itu, tiada salahnya untuk mengikut mana-mana mazhab yang dirasakan sesuai. Agama kristian merupakan agama yang datang sebelum Islam di mana pada pendapat saya sendiri, ianya merupakan kesalahan para paderi mahupun gereja yang menyampaikan agama tersebut. Terdapat banyak percanggahan antara apa yang diamalkan oleh masyarakat kristian dengan apa yang disebut di dalam kitab injil. Telah jelas terbukti bahawa Jesus(Nabi Isa) bukanlah tuhan bagi agama kristian. Tidak terdapat pernyataan yang ambigu di dalam Bible dimana jesus sendiri mengaku bahawa dirinya adalah Tuhan. Terdapat banyak larangan di dalam Bible dimana masyarakat kristian telah melanggar atau mengabaikan larangan itu. Antara contoh larangannya ialah harangan makan babi, disebutkan dalam Leviticus 11:7-8 "dan babi itu, kerana ia bahagian berkuku dan adalah terbelah berkaki tetapi tidak mengunyah biak, adalah haram bagimu . Anda tidak akan makan apa-apa dari pada dagingnya, dan anda tidak boleh menyentuh bangkainya ; mereka adalah haram "bagimu .Selain itu terdapat juga larangan meminum arak , Walaupun Alkitab tidak pernah mengatakan bahawa alkohol itu sendiri adalah berdosa , ia mengatakan banyak kali bahawa mabuk adalah satu dosa. Tuhan berkata, " Jangan kamu mabuk oleh anggur , yang membawa kepada perbuatan yang songsang. Sebaliknya, hendaklah kamu penuh dengan Roh. " (Efesus 5 : 6) Malah, terdapat banyak ayat-ayat dalam Alkitab yang bersuara menentang mabuk. (Untuk beberapa contoh , lihat Rom 13:13 ; Galatia 5: . 19-21 ; 1 Petrus 4 : 3). Seterusnya ialah suruhan supaya wanita kristian menutup bahagian kepalanya dan larangan melakukan seks sebelum berkahwin. Oleh itu, saya simpulkan di sini bahawa masyarakat kristian tidak mengamalkan apa yang diajar dan diberitahu di dalam Alkitab(Bible) mereka. Selain itu terdapat banyak lagi agama-agama lain di dunia ini seperti Budha dan confucianism yang di mana ianya bukanlah agama wahyu tetapi agama yang muncul daripada pemikiran seseorang yang menjurus ke arah kebaikan lalu dianggap sebagai agama.
Soalan 2
Bincangkan bagaimana budaya setempat mempengaruhi amalan agama masyarakat.Seperti yang telah saya katakan pada soalan di atas , kebanyakan masyarakat tidak mengamalkan apa yang diajarkan oleh kitab mereka tetapi mengamalkan budaya serta tradisi nenek moyang mereka dalam perihal agama. Sebagai contoh, masyarakat hindu yang menyembah tuhan mereka melalui berhala sedangkan ianya adalah dilarang di dalam kitab suci mereka. Dan jelas terdapat ayat yang mengatakan bahawa Tuhan itu tunggal (esa), tiada sekutu, tiada yang menyamaiNya, tiada yang menyerupaiNya dan tiada yang menyaingiNya di dalam kitab mereka. Bagi umat Islam pula dapat dilihat cara penyambahan mereka terhadap tuhan mereka ialah melalui solat lima waktu yang diamalkan oleh seluruh umat islam di seluruh dunia, tiada perbezaan dan tidak mengikut budaya tetapi berlandaskan ajaran al-Quran yang sebenar-benarnya. bagi agama Kristian pula, terdapat beberapa jenis puak seperti katholik, protestan dan selainnya di mana cara mereka menyembah tuhan mereka adalah berbeza. Jika dilihat, orang katholik memuja tuhan mereka dengan memasang lagu dan membaca kitab mereka tetapi bagi puak-puak yang lain, ade yang menari-nari dan juga melompat-lompat sebagai cara memuja. Dapat dilihat bahawa, masyarakat hari ini lebih kepada mengamalkan budaya berbanding agama yang benar.