Soalan 1
Isu Murtad dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia.Gejala murtad merupakan antara isu yang disifatkan sebagai sangat sensitif kepada masyarakat muslim khasnya di Negara ini. Orang-orang Islam yang murtad adalah dianggap telah melakukan satu jenayah yang besar terhadap agama dan umat Islam. Murtad dari segi bahasa bererti kembali daripada sesuatu dan menuju kepada sesuatu yang lain daripadanya (al-Zuhaili. 1997 : 5576). Murtad juga disebut dengan perkataan irtidad atau Riddah. Manakala dari segi istilah syarak murtad ialah memutuskan Islam atau kembali daripada Islam kepada kufur selepas menganutinya dan seterusnya menganuti mana-mana agama atau mana-mana pegangan akidah (al-Zuhaili. 1997 : 5576). orang yang murtad, ia juga diertikan sebagai orang telah melakukan jenayah yang menghina Islam, itu adalah contoh yang buruk bagi orang lain yang mungkin terpengaruh dengan da'yahnya, hal ini tentunya akan menimbulkan fitnah kepada Islam. Pandangan Islam terhadap golongan murtad Dalam hal ini, baginda Rasulullah s.a.w. telah memberi satu garis panduan berhubung dengan golongan murtad berdasarkan sebuah hadis yang tegas daripada baginda yang bermaksud: "Sesiapa yang menukar agamanya (Islam), maka kamu bunuhlah dia". Hadis riwayat Imam Ahmad, Bukhari, Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Majah dan Nasa~ie. Apa yang perlu dibuat ke atas orang yang murtad Untuk itu orang murtad tidak harus dibiarkan dalam keadaan 'riddahnya' melainkan pihak yang berkuasa hendaklah menyuruhnya kembali bertaubat dan memeluk Islam, jika ia enggan, hendaklah dikenakan hukuman bunuh. Hukuman tersebut sekali-kali tidak bertentangan dengan 'dasar kebebasan beragama' atau dasar 'tidak ada paksaan dalam agama' sebagaimana yang disebutkan dalam al-Quran kerana ia tidak tidak ada kaitan langsung dengan persoalan murtad. Sedangkan maksud 'tidak ada paksaan dalam agama' itu ertinya ialah bahawa orang-orang Islam tidak boleh sama sekali memaksa orang-orang kafir memeluk Islam kerana hakikat iman serta kesudahannya yang baik dan hakikat kufur serta akibatnya yang buruk terserah kepada manusia memilihnya setelah disebarkan dakwah islamiyah kepada mereka. Namun begitu, undang-undang di Malaysia lebih kepada undang-undang sivil dan bagi mereka yang murtad , tiada hukuman bunuh yang dikenakan.
Soalan 2
Isu Hak Penjagaan Anak Bagi Pasangan Yang Salah Seorang daripada Mereka Memeluk Islam.Para ulama di dalam keempat-empat mazhab membincangkan tentang perkara ini . Para ulama bermazhab Syafie dan Hanbali rahimahumullah meletakkan bahawa hak penjagaan mestilah kepada seorang Islam. Orang kafir tidak layak untuk mendapat hak penjagaan anak tersebut. Manakala para ulama bermazhab Hanafi dan sebahagian ulama Maliki rahimahumullah tidak meletakkan Islam sebagai syarat untuk penjagaan. Ini bermakna jika penjaga tersebut (ibu atau bapa) salah seorang daripada mereka masih di dalam agama asal (non muslim) maka mereka masih boleh mempunyai hak untuk menjaga. Ini berdasarkan kepada hadis Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh al-Imam Abu Daud , al-Nasa’ie , Ibn Majah , Ahmad bin Hambal , al-Baihaqi , al-Hakim Naisaburi, Ibn Abi Syaibah rahimahumullah dan para ulama hadis yang lain . Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam membenarkan untuk budak tersebut memilih dengan siapakah dia ingin tinggal, sama ada dengan ayahnya yang Muslim atau Ibunya yang Non-Muslimah. Ini kerana hak penjagaan adalah atas rasa belas kasihan dan ianya tidak menjadi masalah walaupun berbeza agama. Nas hadis tersebut adalah seperti berikut: Diriwayatkan daripada Saidina Abdul Humaid bin Salamah radhiyallahu anhuma bahawa datuknya telah memeluk Islam pada zaman Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam, tetapi neneknya enggan. Hasil perkahwinan mereka, dikurniakan seorang anak. Mereka berdua datang mengadu kepada Baginda sallallahu alaihi wasallam (berkenaan hak penjagaan terhadap budak tersebut). Sabda Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam kepada mereka berdua : Jika kamu berdua mahu, budak tersebut akan diberikan pilihan untuk memilih kamu berdua. Kata Abdul Humaid bin Salamah : Si ayah diletakkan di suatu sudut, dan si ibu juga diletakkan di suatu sudut, maka budak tadi diberi pilihan . Didapati budak tersebut bergerak ke arah ibunya.Maka Baginda sallallahu alaihi wasallam berdoa: Ya Allah berikanlah hidayah kepadanya. Kata Abdul Humaid bin Salamah :Maka budak tersebut kembali kepada ayahnya (mengikut ayahnya). Namun begitu, mengikut undang-undang sivil kedua ibubapa merupakan penjaga bersama (“equal guardians”).Penukaran agama salah satu pihak tidak akan mengubah keadaan tersebut. Menjadi penjaga bersama bermaksud kedua ibubapa mestilah mencapai persetujuan bersama apabila membuat keputusan-keputusan penting, termasuklah berkaitan dengan agama anak-anak. Ibu atau bapa yang telah menukar agama, tidak boleh menukar agama anak-anaknyan tanpa kebenaran pihak yang tidak menukar agama.
Soalan 3
Isu Penurunan Salib di Kampung Medan.Mengenai isu penurunan salib di kampung medan, pada pendapat peribadi saya, penduduk kampung medan tidak sepatutnya mengadakan demonstrasi sebegitu dan menyuruh pihak gereja menurunkan salib tersebut. Walaupun mereka tidak mempunyai permit yang sah untuk membina gereja di kawasana itu, namun seharusnya perbincangan harus dilakukan bagi mengelakkan berlakunya pergaduhan. Selain itu, mengapa perlu diriuhkan mengenai tanda salib tersebut, sekiranya kita merupakan seorang yang beriman dan percaya teguh kepada agama kita, tiada sebarang tanda yang mampu merosakkan akidah mahupun memesongkan kita.
Soalan 4
Isu Penggunaan Kalimah Allah oleh Masyarakat Kristian.Pada pendapat saya, ianya tidak relevan bagi penganut kristian untuk menggunakan kalimah Allah. walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun penggunaanya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid. Kalimah ‘Allah’ adalah kata nama khas berasal daripada bahasa Arab. Kalimah ini tidak boleh digunakan dalam bentuk atau makna-makna lain. Menurut nahu Arab, kalimah ini tidak boleh diumum, dikecil, dilelaki, diperempuan atau diterbitkan nama-nama lain daripadanya. Kalimah ‘Allah’ adalah bebas dari segi struktur nahu dan maknanya dari segala korupsi. Kita tidak boleh memanipulasikannya dengan apa cara sekalipun dalam bahasa asalnya. Oleh itu, dengan jelas dapat dilihat bahawa kalimah Allah merupakan satu kalimah yang khas bagi muslim. dan jika dilihat daripada definisi di dalam kamus-kamus antarabangsa, kalimah Allah adalah merujuk kepada agama Islam. Kamus Oxford – Allah : Name of God among Muslims. Eksiklopedia Britannica – Allah : “God”, the one and only God in the religion of Islam. Eksiklopedia Katolik – Let it be noted that although Allah is an Arabic term, it is used by all Moslems, whatever be their language, as the name of God.
Soalan 5

Soalan 6
Isu Kepala Lembu di Kuil / Rumah Penganut Hindu.Pada pendapat saya, tiada masalah jika kepala lembu dipamerkan di kuil mahupun di rumah penganut Hindu. Hal ini kerana, ianya merupakan kepercayaan mereka. Namun begitu, seharusnya ada sifat toleransi di mana mereka tidak sepatutnya mempamerkan kepala lembu tersebut sekiranya rumah atau kuil mereka berdekatan dengan rumah kaum atau masyarakat yang bergama lain. Seeloknya mereka berbincang dan bertanya dahulu kepada jiran atau masyarajat setempat sebelum mempamerkan kepala lembu tersebut di rumah ataupun di kuil.