Lim Leong Siang - UKM-HE-KZHN's 7.A2 : Perbincangan 2 - OpenLearning

Soalan 1

Hubungan antara agama dan etnik di Malaysia.
Mantan Perdana Menteri keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah mengulas mengenai konsep berdialog antara agama yang dicadang untuk dilaksanakan di Malaysia. Ujar beliau masyarakat Malaysia masih lagi berfikiran konservatif dan tidak selesa dengan idea dialog antara agama ini dan masa yang lama adalah perlu untuk menerapkan konsep ini kepada rakyat berbilang kaum. Mantan Perdana Menteri yang kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah mencadangkan kepada seluruh agama di dunia untuk berdialog secara terbuka terutamanya bagi menghapuskan salah tanggap terhadap kepercayaan masing-masing khususnya Islam. Malaysia sebagai sebuah negara yang terdiri daripada berbilang bangsa, agama dan budaya wajar menyahut seruan Perdana Menteri kita sendiri. Umat Islam wajar mengusahakan momentum ke arah itu. Usaha mendidik masyarakat untuk berdialog adalah perlu. Dialog boleh merangkumi aspek-aspek keagamaan mahupun isu-isu sosial.

Soalan 2

Hubungan antara faktor politik dan agama di Malaysia.
Agama dan politik adalah dua perkara penting dalam kehidupan manusia. Namun, agama dan politik juga sering mengundang perdebatan dan polemik. Justeru, ada dalam kalangan kita mahu mengelak daripada berbicara mengenai agama dan politik kerana ia boleh membawa perbalahan dan perbezaan pandangan yang akhirnya menjurus kepada konflik. Bagaimanapun, kita tidak dapat mengelak daripada menyentuh soal agama dan politik dalam kehidupan. Agama dan politik umpama darah daging yang meresapi tubuh badan manusia. Majoriti manusia mempunyai pegangan agama dan pendirian politik masing-masing. Mungkin hanya segelintir yang tidak memilih mana-mana agama dan menolak politik secara mentah-mentah. Pada era globalisasi dan dunia tanpa sempadan, identiti semakin kabur. Manusia adalah warga dunia yang sering terdedah dengan interaksi dan pengalaman global. Banyak pihak percaya globalisasi mengikis identiti agama kerana nilai umum dan sejagat semakin diterima.

Comments

Chat