Nur Masliana AZMUKM's 9.A1 : AKTIVITI 1 - OpenLearning

Soalan 1

Kenalpasti ciri-ciri utama sistem pendidikan di Malaysia berdasarkan sejarah perkembangannya dari zaman sebelum merdeka hingga kini.
Sebelum kedatangan British , pendidikan tidak formal seperti pengajaran dari kitab suci Al-Quran , tingkah laku dan akhlak yang baik , pengetahuan dan sifat kerohanian .Semasa penjajahan British , sistem pendidikan telah berkembang .British telah menubuhkan Sekolah Vernakular Melayu di negeri-negeri Selat .Mata pelajaran yang biasa diaplikasikan di sekolah-sekolah Vernakular ialah Bacaan , Mengarang , Ejaan , Menulis , Ilmu Hisab , Latihan Jasmani dan Ilmu Alam .Sekolah Vernakular Cina telah didirikan oleh Persatuan Mubaligh London di egeri Melaka .Pengajarannya ialah Confucious dengan pengajaran Sains Barat .Perkembangan sekolah Vernakular Tamil bermula selepas perkembangan ladang getah , kelapa sawit , kopi dan gula di Tanah Melayu .Sistem dan Struktur Pendidikan Sebelum Merdeka Pihak Jepun telah menakluki Tanah Melayu pada tahun 1941 sehingga tahun 1945.Pada zaman ini, kebanyakan sekolah diajar dalam bahasa Jepun . Selepas kemerdekaan ,kerajaan telah menggubal Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan Bahasa Melayu sebagai pengantar utama pada semua peringkat pendidikan serta penggunaan kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua pelajar . Di samping itu, dasar pendemokrasian pendidikan dilaksanakan pada tahun 1962 dengan memberi pendidikan percuma untuk semua pelajar. Dasar ini diperluas dengan perubahan dasar untuk melanjutkan pendidikan universaldari 9 tahun kepada 11 tahun pada tahun1992.

Soalan 2

Bincangkan bagaimana ciri-ciri yang dinyatakan di atas mempengaruhi perhubungan antara pelajar-pelajar pelbagai kaum dan agama.
Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan kerajaan telah merangka beberapa pelandasar pendidikan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum diMalaysia. Kesamarataan dan peluang pendidikan kepadasemua masyarakat yang diperkenalkan oleh kerajaan mampu membentuk perpaduan yang utuh.

Comments

Chat