UKM-FI-WARDATUL TOHIRAH OTHAMAN's 7.A1 : Perbincangan 1 - OpenLearning

Soalan 1

Bincangkan perbezaan antara agama dan penganutnya. Misalnya, antara Hindu dan Hinduisme, Muslim dan Islam, dan sebagainya.
Di Malaysia, agama dan etnik sangat berkait rapat dan telah menjadi identiti kelompok yang saling melengkapi sehinggakan kelompok etnik disamakan dengan kelompok agama. Orang Melayu dianggap sebagai orang Islam, orang India dianggap sebagai orang Hindu, orang Cina dianggap sebagai Budha serta orang Asli dan suku kaum bumiputera dipedalaman Sabah dan Sarawak sebagai penganut animisme. Sedangkan agama dan penganut itu adalah dua perkara yang berbeza. Contohnya, orang Asli tidak semestinya animisme. Kini, zaman moden yang semakin membangun, orang Asli telah mendapat perubahan dan rata-rata daripada mereka ramai yang telah memeluk agama Islam dan berasal dari keluarga yang beragama Islam. Orang Islam juga tidak semestinya Orang Melayu. Stereotaip ini tidak sepatutnya berlanjutan kerana ini adalah perkara yang subjektif yang boleh menimbulkan isu. Secara umumnya, agama boleh ditakrifkan sebagai hubungan antara manusia dengan sesuatu kuasa luar biasa yang dianggap dapat memberikan perlindungan. Agama juga adalah kepercayaan dan pegangan seseorang kepada Tuhan atau sesuatu kuasa yang dianggap suci dan luar biasa yang mampu menundukkan manusia kepadanya. Manakala penganut pula adalah pemeluk atau pengikut yang menganut agama tersebut. Contohnya, Agama Islam tidak hanya untuk Oranf Melayu tetapi kaum lain juga sangat digalakkan untuk memeluk Islam dan seterusnya Orang yang beragama Islam ini dikategorikan sebagai Muslim iaitu pemeluk agama Islam. Begitu juga dengan agama dan kepercayaan lain.

Soalan 2

Bincangkan bagaimana budaya setempat mempengaruhi amalan agama  masyarakat.
Budaya setempat sangat mempengaruhi agama, begitu juga sebaliknya. Budaya merupakan amalan, penerimaan dan kepercayaan oleh sesuatu masyarakat yang dipraktikkan secara berterusan atau diulangi oleh generasi yang seterusnya. Budaya juga dianngap sebagai adat sesuatu kaum. Contohnya, perkahwinan Melayu adatnya ialah merisik, bertunang dan bernikah. Budaya ini dilakukan berterusan turun-temurun walaupun bertunang adalah tidak wajib didalam agama Islam namun bak kata pepatah, biar mati anak jangan mati adat. Begitu juga dengan amalan budaya agama lain iaitu seperti agama Hindu, mereka dikehendaki berpuasa pada waktu-waktu yang tertentu. Itu adalah budaya mereka selari dengan ikutan agama mereka. Dari aspek perkahwinan pula mereka diharuskan untuk melakukan majlis persandingan bagi budaya dan agama mereka namun telah menjadi ikutan bagi agama lain di Malaysia ini. Selagi ia tidak melanggar syarak dan norma masyarakat, ia boleh menjadi ikutan. Budaya yang pelbagai ini menjadi corak dan menambahkan lagi warna-warni kebudayaan di Malaysia. Bagi kaum Cina pula misalnya mereka juga mempunyai budaya yang tersendiri iaitu pada malam perayaan cina, mereka dikehendaki makan besar secara beramai-ramai bersama ahli keluarga tersayang. Budaya ini juga menjadi ikutan kepada agama lain, iaitu mengadakan makan besar sebelum hari perayaan.

Comments

Chat