noraniza bt rizzuan's 3.A4 : Aktiviti 4 - OpenLearning

1. Bagaimanakah kandungan buku-buku teks dapat memupuk hubungan etnik?

 

Dasar Pendidikan Kebangsaan menggariskan matapelajaran Sejarah sebagai alat yang boleh mewujudkan nilai perpaduan dalam diri individu tidak kira bangsa atau agama. Penekanan pendidikan Sejarah tertumpu kepada kesedaran sejarah, toleransi dan kepekaan masyarakat untuk berkongsi tanggungjawab terhadap masa depan negara. Malamat yang terdapat dalam pendidikan Sejarah ini bertepatan dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara iaitu menjadikan rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Rakyat yang dimaksudkan dalam Falsafah Pendidikan Negara ialah menonjolkan ciri seperti sentiasa berusaha mengekalkan kestabilan negara melalui perpaduan kaum serta amalan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, tolong-menolong, berbelas kasihan, bertimbang rasa, hormat menghormati dan bertoleransi

 

2. Industri hiburan sebagai mekanisme pemupukan jalinan hubungan dalam kalangan masyarakat pelbagai budaya di Malaysia.

 

Dalam membincangkan mengenai industri hiburan sebagai mekanisma perpaduan di Malaysia, seharusnya bertunjangkan kepada struktur masyarakat Malaysia yang pelbagai ini. Hal ini kerana komposisi masyarakat Malaysia yang pebagai ini boleh menjadi kunci kepada kita dalam memahami dan mendapat gambaran yang lebih luas mengenai perkembangan industri hiburan seperti sejarah perlaksanaan sesuatu media massa dan sebagainya. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, hiburan ialah sesuatu (perbuatan, benda dan lain-lain) untuk menghiburkan (menyenangkan, mententeramkan) hati. Menurut Ahmad Fuad Afadhal (2003), industri hiburan merupakan industri yang sedang bergerak dalam media dan penyiaran kini dilihat semakin meluas. Perkembangan industri hiburan turut mempengaruhi pembangunan sesebuah negara. Pembangunan yang dimaksudkan ini ialah pembangunan yang tidak hanya dari aspek ekonomi, tetapi sosial dan politik negara. Industri hiburan atau dikenali sebagai dunia seni, meliputi pelbagai bidang iaitu bidang muzik, lakonan, nyayian, drama, teater, filem, media massa dan sebagainya merupakan elemen-elemen berunsur subjektif yang mampu dihayati oleh seluruh lapisan masyarakat.

 

3. Apresiasi seni (seni lakon, seni tampak, seni suara, seni reka, dll) dalam masyarakat pelbagai kaum.

 

seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan , keseronokan dan kesenangan estetik . Kesenangan estetik adalah kesenangan dan keceriaan kepada pihak yang menerima mesej dan pihak penerima mesej tersebut akan saling bersama menyempurnakan mesej – mesej yang disampaikan . .Dengan lain perkataan , komunikasi yang berkesan hanya akan berlaku dengan sempurna apabila mesej pengirim dapat diterima dengan tepat oleh sipenerima. 2) Sementara itu , menurut Muslim dalam Kitab Al-Iman , menjelaskan tentang kesenangan estetik dan konsep keindahan sebagai pertemuan antara seseorang yang mempunyai ilmu pengetahuan terhadap mesej atau objek yang ditemui .- Bagi orang yang mempunyai ilmu seni apabila bertemu dengan objek alam semulajadi seperti bunga , daun , haiwan dan sebagainya, ia akan dapat mencipta dan melahirkan manifestasi pemikiran dan perasaannya terhadap objek tersebut melalui karya seni atau setidak-tidaknya , ia akan dapat menghargai objek tersebut .- Penyisihan atau penolakan akan berlaku apabila seseorang bertemu dengan objek yang ia tidak mempunyai pengetahuan tidaklah mempunyai pengetahuan mengenainya . 3) Berlandaskan kepada faktor bahawa kesenangan dan keindahan estetik memerlukan ilmu dan pengetahuan , tidaklah menghairankan jika dalam mendefinasikan maksud seni terdapat banyak pendapat yang berbeza . Perbezaan tersebut berlaku disebabkan oleh beberapa faktor bergantung kepada ,• Tinggi atau rendahnya ilmu pengetahuan seseorang • Falsafah , estetik dan pegangan budaya seseorang atau sesuatu bangsa

 

4. Apakah kawalan-kawalan yang diperlukan dalam memupuk perpaduan kaum di Malaysia?

 

mengadakan aktiviti gotong-royong di taman-taman perumahan untuk memupuk perpaduan kaum rakyat di Malaysia. Masyarakat yang berbilang kaum akan keluar untuk bekerjasama membersihkan taman-taman perumahan. Melalui aktiviti kemasyarakatan ini, mereka dapat lebih mengenali antara satu sama lain melalui perbualan dan berinteraksi kerana tak kenal maka tak cinta. Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pernah menegaskan bahawa bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat; perpaduan merupakan kekuatan negara. Oleh sebab itu, saya percaya bahawa jika kita mengamalkan prinsip berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, kita dapat menikmati pembangunan nusa tercinta ini bersama-sama. Selain itu, kita juga boleh mengamalkan amalan kunjung-mengunjung ke rumah rakan-rakan yang berlainan bangsa sempena hari-hari perayaan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Kebudayaan antara kaum dapat difahami dengan lebih mendalam sekali gus dapat menjana tahap kefahaman dan membina masyarakat yang saling menghormati. Amalan rumah terbuka juga boleh dipraktikkan untuk memupuk perpaduan kaum rakyat Malaysia dengan amalan saling memaafkan sesama insan. Oleh itu, sikap buang yang keruh , ambil yang jernih ternyata mampu menjalinhubungkan semangat perpaduan yang tersedia utuh.

 

5. Orientasi parti politik yang ada sekarang lebih cenderung ke arah polarisasi kaum atau perpaduan?

 

Hubungan kekuasaan antara negara dan aliran perjuangan di zaman dulu dan sekarang mengalami perubahan dari segi struktur. Dulu, hubungan antarabangsa dimainkan oleh kerajaan dan rakyat yang terbahagi kepada hubungan Kerajaan dengan Kerajaan,dan Rakyat dengan Rakyat. Sekarang, pola hubungan itu berubah menjadi bervariasi, seperti Kerajaan dengan Rakyat dan sebagainya. Ini adalah bergantung kepada samada kekuatan terletak pada institusi kerajaan atau kekuatan perseorangan rakyat biasa. Bahkan suatu pemerintahan negara lain dapat bertindak untuk melindungi warganegara dari negara lain atas nama perlindungan hak asasi manusia (suaka politik). Masalah yang kita hadapi ini adalah kerana pemahaman terhadap konsep hak asasi manusia itu haruslah dilihat dalam konteks 'relationalistic perspectives of power' yang tepat. Bahkan, konsep hubungan kekuasaan itu sendiripun juga mengalami perubahan berkenaan dengan kenyataan bahwa elemen-elemen kekuasaan itu dewasa ini tidak saja terikat dengan kedudukan politik malah juga berhubung rapat dengan kekuasaan pada sumber ekonomi, dan teknologi industri yang memainkan peranan yang makin penting dewasa ini. Oleh karena itu, konsep dan prosedur-prosedur hak asasi manusia dewasa ini selain harus dilihat dalam konteks hubungan kekuasaan politik, juga harus dikaitkan dengan konteks hubungan kekuasaan ekonomi dan industri.

 

6. Orientasi Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang ada sekarang lebig cenderung ke arah polarisasi kaum atau perpaduan?

 

Masalah polarisasi telah wujud sejak zaman penjajahan British lagi. Pemerintahan mereka pada masa itu mempunyai dasar yang mengekalkan struktur kelas dan sosioekonomi kaum-kaum tertentu. Pihak British tidak menyediakan satu system persekolahan yang bersepadu. Sebaliknya mereka membiarkan kewujudan system pendidikan yang berbagai-bagai aliran termasuk aliran Inggeris, Melayu, Cina dan Tamil. Tujuannya ialah untuk memenuhi keperluan sector tertentu dalam ekonomi zaman berkenaan. Meskipun akhirnya bilangan penuntut meningkat dengan pengetahuan berorentasikan pendidikan Inggeris sehingga ke hari ini, namun peluang-peluang menggunakan kelayakan tersebut sebagai mobility ke atas tidak terbuka kepada golongan rendah. Oleh itu, perbezaan kelas terus kekal

 

7. Permainan tradisional masyarakat Malaysia sebagai warisan dan wadah memupuk persafahaman antara pelbagai etnik.

 

permainan tradisional boleh dilihat sebagai simbol budaya, kepelbagaian masyarakat dan ianya juga merupakan saluran yang cekap untuk menyampaikan nilai-nilai perpaduan, kepelbagaian, inklusif dan kesedaran budaya. contoh permainan tradisional seperti layang-layang yang asalnya dimainkan oleh masyarakat melayu tetapi dapat dilihat juga kaum lain turut bermain layang-layang

 

Comments

Chat